UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Monday, August 31, 2009

Isu Kepala Lembu

Jamil Isa, salah seorang jawatankuasa tindakan penduduk Seksyen 23 telah membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya telah mempolitikan perarakan hari Jumaat mereka hingga menimbulkan ketegangan kaum.

Beliau menuntut polis menyiasat beberapa personaliti khususnya, Khairy Jamaluddin, Dato Seri Samy Velu, YB Khalid Samad, dan YB Rodziah Salleh yang telah membuat kenyataan yang meningkatkan suhu perkauman untuk mengalihkan tumpuan orang ramai kepada isu yang hanya isu setempat.

Menurutnya, kepala lembu itu ditujukan kepada wakil-wakil rakyat dan Menteri Besar berugama Islam dan bangsa Melayu. Simbol disebalik tindakan mereka adalah menyamakan keputusan dan cara mereka bertindak dengan bintang lembu.

Suara tidak puashati kumpulan Melayu Islam terhadap pemimpin Melayu Islam tidak membabitkan penganuit Hindu dan tidak harus diinterpretasi sebagai menghina penganut ugama Hindu.

Pelbagai pihak mengutuk tindakan penduduk Seksyen 23 berarak menjinjing kepala lembu pada hari Jumaat lepas.

Pemimpin politik dari kedua-dua belah mengecam penduduk Seksyen 23 seolah-olah mereka tidak mempunyai sikap toleransi terhadap pembangunan kuil di kawasan mereka.

Kenyataan yang dibuat jelas tidak berasaskan fakta sebenar dan hanya bertujuan untuk bermian politik kepartiaan. Padahal perarakan melibatkan semua ahli dalam pelbagai parti politik.

Asal isu ini bermula apabila wakil rakyat Shah Alam, Khalid Samad dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Salleh beserta pihak Menteri Besar dan Dr Xavier Jeyalumar membuat keputusan tanpa berbincang dan mengambil kira suara rakyat Seksyen 23.

Tapak untuk kuil di Seksyen 22 telah diwartakan dan diluluskan oleh pentadbiran BN sebelum ini tetapi mereka melayan kerenah penganut Hindu di kuil Sekseyn 19 yang degil.

Dari tinjauan penulis dengan penduduk Seksyen 23, banyak kebenaran telah disorokkan oleh exco-exco Pakatan Rakyat Selangor dan wakil rakyat penduduk ini.

Jelas sekali kesemua pihak atasan telah mengkritik mereka tidak mengetahui latarbelakang mengenai kuil Seksyen 19 dan masaalah yang dihadapi oleh penduduk di situ. Ini yang sebenarnya asas penentangan penduduk. (Perkara ini akan didedahkan sepenuhnya di tulisan akan datang.)

Salah seorang penduduk memberitahu bahawa jawatankuasa tindakan penduduk telah megumpulkan maklumat dan dokumen serta timbalbalas dari penduduk dari Seksyen 19 mengenai kuil bermasaalah yang dipaksa pindah ke kawasan mereka.

Kuil tersebut dikatakan mempunyai hubung kait dengan kumpulan samseng 303 dan banyak laporan polis telah dibuat oleh penduduk terhadap kumpulan samseng India ini yang sering mengganas dan mengugut penduduk.

Buat setakat ini, 68 laporan polis telah dibuat terhadap kumpulan penduduk Seksyen 23. Selain YB Khalid, YB Rodziah dan YB Dr Xavier, laporan-laporan polis yang lain datang dari penganut-penganut Hindu. Semasa tulisan ini dibuat, nampak kelihatan di balai polis Seksyen 11 Shah Alam beberapa orang penganut Hindu dilihat masih sedang membuat laporan.

Jawatankuasa penduduk sedang disoalsiasat oleh polis di balai polis tersebut. Dijangka satu sidang akhbar akan dibuat oleh penduduk besuk dan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat.

Sementara itu, kita ingat kembali laungan yang Pakatan Rakyat suka jeritkan berkali-kali. "Suara rakyat suara keramat!"

Adakah mereka fahami laungan yang dibuat? Atau bila berkuasa, mereka sudah tidak pedulikan suara keramat tersebut kerana mereka dipilih. Paling meluatkan adalah bila salah, mereka cepat menuduh rang lain. Ini sikap tidak bertanggungjawab.

Fikir-fikirkan keputusan anda untuk PRU13. Jangan tersilap lagi.

Parpukari Blogspot

Nilai Kemerdekaan Melayu

Sudah setahun lebih PRU 12 berlalu dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang,Kelantan ( PAS-Islam ),Penang ( DAP - Kafir ),Kedah ( PAS - Islam ), Selangor ( PKR - ??? ), Wilayah Persekutuan ( PKR - ??? ) kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.

apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.

Sama-samalah kita renungkan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52...Salam Merdeka.

Artikel Pilihan : Kesabaran Melayu Kian Menipis

Saya amat tertarik dengan artikel ini yang diambil dari Blog Kuda Kepang:Ruhanie Ahmad

Gelagat sesetengah ahli politik alternatif tertentu kebelakangan ini cukup melampau. Institusi Raja-Raja Melayu dipolemikkan secara kurang ajar. Soal-soal pribumi dipertikaikan secara provokatif. Orang Melayu yang bersuara untuk mempertahankan hak-hak bangsanya dilabelkan sebagai rasis. Pihak-pihak yang membakar kemarahan orang Melayu mendabik dada dan menganggap dirinya sebagai pejuang kesaksamaan dan kesamarataan. Ironinya, ada juga segelintir pemimpin politik Melayu dan umat Melayu tertentu yang turut menyokong seluruh tindakan anti-Melayu ini kononnya atas dasar liberalisme dan pragmatisme.

Sebagai individu yang didewasakan di era penjajah dan kemudiannya menceburi alam kerjaya---profesional dan politik---di era merdeka, saya amat terganggu dengan perkembangan mutakhir ini yang bertitik tolak daripada apa yang didakwa sebagai era keterbukaan yang dilakukan sejak 2004.

Tetapi, ini tidak bererti saya menentang keterbukaan. Apa yang saya kesali hanyalah keterbukaan yang dilakukan semata-mata untuk menutup sesuatu kelemahan pimpinan tertentu, keterbukaan yang tidak secocok dengan tuntutan keselamatan negara, keterbukaan yang memberikan muka kepada pertubuhan haram tertentu walaupun ianya telah mengheret negara ini ke arena antarabangsa dengan tuduhan kononnya Perlembagaan Persekutuan adalah menindas sesetengah kaum, keterbukaan yang double-standard di mana anak-anak muda di Terengganu diburu ”ibarat sampai ke lubang cacing” kononnya atas jenayah membakar Jalur Gemilang sementara penunjuk perasaan di sebuah ladang babi di Melaka yang menginjak-injak Jalur Gemilang di hadapan sekumpulan pegawai pemerintah dibiarkan bebas tanpa hukuman, keterbukaan yang mengizinkan peguam pemerhati untuk mengujjah perbicaraan kes murtad, keterbukaan yang menghalalkan hukuman selektif ke atas individu tertentu yang terbukti terbabit dengan rasuah politik, keterbukaan di mana individu yang terbukti rasuah masih dikekalkan dengan tanggungjawab memimpin negeri dan rakyat, keterbukaan di mana soal kronisme dilindungi dan kebenaran disanggah secara habis-habisan walaupun tindakan itu telah melunturkan keyakinan segolongan rakyat terhadap pemerintah.

Keterbukaan ini sedang menjadi senjata yang makan tuan. Mangsanya adalah orang Melayu dan umat Islam. Sebilangan orang Melayu di sebuah negeri tertentu dikatakan sedang beramai-ramai meninggalkan parti politik mereka untuk mendampingi sebuah parti yang baru. Hak-hak Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan. Kerajaan dituduh sebagai pendukung dasar apartheid. Bumiputera dipanggil babiputra. Hak orang Melayu menerima biasiswa yang dilindungi oleh perlembagaan diasak dan didesak atas prinsip meritokrasi. Urusan pentadbiran Islam di sebuah negeri tertentu diganggu-gugat oleh sesetengah pihak bukan Islam. Tulisan Cina dan Tamil cuba dimasyarakatkan menerusi papan tanda jalan (walaupun gagal untuk dilaksanakan, percubaannya cukup simbolik untuk membuktikan niatnya!).

Pada waktu yang sama, undang-undang preventif seperti ISA diperjuangkan secara bermati-matian supaya dimansuhkan. Pihak yang mempertahankannya walaupun dengan beberapa cadangan untuk pindaan yang wajar, dituduh sebagai kuno dan anti hak asasi kemanusiaan sejagat. Pihak yang cuba menansuhkan ISA atas alasan yang cetek dan tanpa memahami rasional penting undang-undang ini pula disokong dan dilonjakkan sebagai wira.

Ke mana akhirnya Malaysia, orang Melayu, umat Islam dan bumiputra jika perkembangan mutakhir seperti ini terus berlarutan? Jika Lee Kuan Yew yang mempertikaikan seluruh hak Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1964, kita faham mengapa beliau bertindak sedemikian. Beliau memperjuangkan Konsep Malaysian Malaysia dan tergamak mengguris hati dan jiwa orang Melayu pada ketika itu atas desakan elemen-elemen komunis yang menganggotai PAP. Tetapi, apakah rasional terkini yang menyebabkan elemen-elemen Malaysian Malaysia kembali menggugat orang Melayu pada hari ini? Adakah ini bermakna bahawa sesetengah parti politik tertentu di negara ini sedang melalui renaissance anti-Melayu kerana kerajaan yang memberikan keterbukaan mulai 2004 kini dianggap lemah dan boleh diugut serta digugat secara berterusan?

Jika tidak begitu hakikatnya, mengapakah kini wujud kebimbangan di kalangan sesetengah pihak orang Melayu bahawa negara ini mungkin akan menghadapi satu lagi tragedi kaum tidak lama lagi? Saya persoalkan kemungkinan ini bukan untuk menghasut. Tetapi, apabila ada pihak sudah tergamak untuk menulis---biarpun secara bertopeng dan menerusi blog clandestine---bahawa bumiputra adalah babiputra, bila secara terang-terangan hak-hak bumiputra dan Melayu dipertikaikan pada setiap masa, tidak mungkinkah ada golongan bumiputra yang akan menerima provokasi ini menerusi manifestasi keganasan? Dan, jika Raja-Raja Melayu pun sudah mengulangi semula wasiat keramat yang menunjangi kemerdekaan tanah air ini pada 1957 supaya wasiat itu difahami dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, salahkan untuk sesiapa yang prihatin untuk mentafsir bahawa keadaan etnisiti di negara ini memang sedang menuju suatu musibah yang serius?

Inilah cabaran terbesar di Malaysia pada hari ini. Di samping masalah perut rakyat yang sentiasa digugat oleh konstrain ekonomi, di samping retorika pemerintah yang masih belum menyelesaikan soal perut dan sandang-pangan rakyat dengan sepenuhnya, di samping perasaan sesetengah orang Melayu yang kini sedang diancam keterbukaan songsang mulai 2004, inilah cabaran yang mesti diakui sebagai ancaman utama dalam tempoh terdekat ini.

Lantas, apakah objek rujukan untuk menangani perkembangan seperti ini? Apakah nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan di sini? Bagaimanakah kerajaan selaku securitizing authority kepada keselamatan negara akan bertindak dalam situasi seperti ini? Dan, apa pula pendekatan terbaik dan berkesan untuk menghapuskan fenomena ini? KEPADA ALLAH BESERAH!

Salam kemerdekaan

Salam Kemerdekaan Malaysia...Salam Kemerdekaan Parit Buntaq ( Parit Buntar )......

Tepat jam 12 malam saya mengambil kesempatan untuk round2 keliling Parit Buntaq dari Pusat Bandar ke Pekan Lama dan terus ke Taman Pekaka ( walaupun dah masuk area Penang tu ) kira Parit Buntaq jugak la

Suasana sambutan tahun ni tetap meriah walaupun tiada sambutan rasmi. Kelihatan
kelibat anak anak muda Parit Buntaq dalam kelompok kelompok kecil menunggang motosikal sambil membawa Bendera Malaysia. Mereka lebih tahu menilai erti kemerdekaan dari daripada masyarakat yang asyik dok kutuk mat2 motor ni tapi malam merdeka dok berselimut di rumah.

Mungkin tiada sambutan macam macam tahun tahun yang lepas kerana 31 Ogos jatuh dalam Bulan Ramadhan yang mulia ataupun kerana tiada peruntukkan kerana duit dah habis untuk biayai tunjuk perasaan yang dok asyik nak bubar DUN. Apapun setiap
pemimpin ada alasan tersendiri atau helah bela diri untuk menutup kelemahan masing2. Saya sempat jugak round semua rumah pemimpin dan bekas pemimpin politik….haram satu bendera pun tak dak . tunggu bendera free jugak ka?

Bila melihat kelompok anak anak muda yang berkeliaran menunggang motosikal tanpa arah tujuan sambil membawa Bendera Malaysia terlintas dalam fikiran saya, kemana perginya pemimpin2 anak anak muda ini . Sepatutnya dalam keadaan ini lah mereka tampil untuk mengatur pelbagai program supaya remaja2 ini dalam kawalan.

Kemana perginya Ketua Pemuda Umno ... takkanlah dah habis duit pewakilan UMNO
tempohari atau dok plan nak tukaq kereta baru pulak ataupun dok menyorok kat area Bagan Serai nun....Buatlah apapun cikgu ...amanah yang diberikan jangan diabaikan ...bila dah jadi darah daging bagi makan anak bini.

Ketua Pemuda PAS pulak ...takkanlah dok merayakan kemenangan di Permatang Pasir lagi ( Seonok tengok Melayu maki hamun Melayu ) ataupun dok kalut nak Bubar DUN ...manalah tahu kot2 ada harapan jadi calon. Itupun kalau pemimpin yang ada nak bagi peluang . kalau yang tua macam di Kelantan nun pun tak mau pencen inikan pula yang muda belia macam di Parit Buntaq





Hentikanlah berangan tu....kalau ader rezeki tak kemana...... Pemimpin NGO tak payah dok habaq la....bukan takdak pemimpin pemimpin hebat pemuda yang hebat-hebat di Parit Buntaq ni...Bangunlah generasi muda....Jangan sampai Melayu Hilang Di Nusantara......Generasi muda perlukan kepimpinan anda.

Monday, August 17, 2009

Ahli Umno tak akan masuk syurga - Nik Aziz

"BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga." Petikan dari Mstar Online

Nampaknya semakin hari semakin nyanyuk orang tua ni . kalau dulu dia kata Tun M dah nyanyuk tapi la ni Tok Guru semakin hari semakin cerdik. Mengikut orang tua-tua ada dua sebab kenapa seseorang itu berubah perlakuannya secara mendadak. Pertama kerana terlampau gembira dapat maki hamun kepada musuh. Kedua kerana sudah hampir mati.

Alahai Tok Guru tak payah la dok pikiaq orang nak masuk syurga ka neraka ka...pikiaq la yang Tok tu nak dok mana. Jangan sampai anak cucu kencing kat kuboq pasai negara tergadai.