UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Monday, September 28, 2009

Teh Panas VS Teh Sejuk

Seorang pemuda yang sengkek melangkah berani ke sebuah kedai mamak. Di dalam sakunya betul-betul ada duit sebanyak 70 sen jerk.

Pemuda : Mamak berapa harga teh panas dengan teh sejuk?

Mamak : Panas 70 sen...Sejuk RM1.20.

Pemuda : Bagi teh panas satu!Sampai saja teh tersebut, pemuda itu terus minum dengan sekali teguk. Mamak yang berasa sedikit pelik pun bertanya;

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?

Pemuda : Kalau saya tunggu, nanti sejuk pula teh tu....Tak pasal-pasal saya kena bayar RM1.20!

Friday, September 25, 2009

Cerita Mantan Ahli Parlimen Parit Buntaq

CERITA BEKAS AHLI PARLIMEN KITA – DATUK HASSAN ALI

Tak habis-habis cerita pasal Datuk Hassan Ali. Beliau disifatkan oleh sesetengah rakan Pakatan sebagai hipokrit, duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan berbagai-bagai lagi.

Hanya Pakatan Rakyat Selangor yang amat tahu cerita sebenarnya. Kami hanya tahu luarannya saja. Secara tersurat, kami hanya tahu beliau mahu perjalanan SELCAT dibuat secara tertutup, untuk menjaga aib penjawat awam.

Beliau juga diungkit oleh Tun Mahathir, kononnya Kerajaan membelanja RM1.0 juta untuk beliau membuat PhD sehingga membawa title Doktor. Banyak tu. Mungkin orang akademik boleh memberi komen, sejauhmana jumlah duit itu ada kebenarannya. PhD apa tu, apa kajiannya, berapa tahun dia buat penyelidikan, siapa yang jadi bahan kajiannya?

Tujuan Selcat adalah jelas, untuk mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan bukan untuk mengaib atau memalukan serta menjatuhkan kewibawaan sesiapa.
Tindakan Hassan membela pegawai kerajaan adalah benar. Kalau kereta, mereka ibarat enjin. Mereka hanya menjalankan tugas atau arahan. Memang tidak dinafikan ada pegawai kerajaan yang bermasalah, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan semua pegawai kerajaan adalah bermasalah.
Justeru, tindakan Hassan adalah benar, sekurang-kurangnya untuk mengelakkan persepsi buruk awam terhadap ‘enjin’ kerajaan.

Tiada ruginya pandangan Hassan didengari. Kalau Hassan dikira tidak betul apabila mengkritik Selcat melalui media, itu tidak bermakna pandangan Hassan tidak boleh dipakai. Apa salahnya, DAP dan kerajaan Selangor menganggap teguran Hassan melalui media itu sebagai salah satu daripada ciri-ciri keterbukaan Pakatan Rakyat untuk saling tegur-menegur.
Media hanya medium. Apa yang penting ialah teguran Hassan. Tiada salahnya teguran Hassan itu.

KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

Tuesday, September 8, 2009

Wayang Di Perak

Oleh AZNAN BAKAR
pengarang@utusan.com.my

RABU lalu, bandar raya Ipoh kecoh lagi. Dan sekali lagi kekecohan itu ditimbulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang.

Puncanya hanya kerana mereka mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka sendiri. Pada hal mahkamah telah memutuskan bahawa Barisan Nasional (BN) yang berhak memerintah negeri itu.

Maka untuk mendapat perhatian dan publisiti, ADUN pembangkang di negeri itu terpaksa "main wayang" dengan memanggil satu 'sidang DUN'.

Tetapi daripada apa yang berlaku pada hari itu, termasuk insiden ADUN pembangkang terbabit bertengkar dengan polis semuanya seperti telah dirancang. Skripnya seolah-olah telah diatur sejak awal lagi.

Skrip wayang itu bermula dengan bekas speaker, S. Sivakumar memanggil sidang DUN haram itu. Kemudian para ADUN terbabit hadir pada hari yang ditetapkan dan berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Di situ mereka dihalang oleh polis maka tercetuslah ketegangan antara pemimpin dan penyokong mereka dengan pihak polis.

Setelah puas berdrama di jalan raya mereka menuju ke hotel di mana segala-galanya sudah disusun dan disediakan untuk mereka bermesyuarat.

Skripnya jelas. Hotel sudah tentu ditempah dari awal. Susun aturnya ala sidang DUN itu juga tentunya telah diarahkan dari awal.

Tetapi untuk menunjukkan bahawa hasrat mereka itu dihalang, ADUN-ADUN pembangkang itu perlu juga berarak di jalan. Apabila berarak sudah tentu polis akan bertindak. Dengan itu mereka akan mendapat publisiti yang diinginkan.

Setelah sekian lama agak tenggelam, hari Rabu lalu mereka kembali mendapat publisiti di media.

Dengan cara itu juga mereka dapat menunjukkan kononnya polis bertindak kasar. Malah polis didakwa telah menghalang mereka melaksanakan 'proses demokrasi'.

Sedangkan mahkamah jelas memutuskan bahawa BN lebih berhak mentadbir Perak. Nampaknya, undang-undang dan apa yang diputuskan oleh mahkamah tidak penting pada kumpulan ini.

Pada mereka, yang paling penting ialah mencapai cita-cita peribadi dan mendapatkan publisiti murahan walau dengan apa cara sekalipun.

Tindakan ADUN Setiawan, Ngeh Koo Ham yang bertegang leher dengan polis juga seolah-olah telah dirancang.

Kenapa perlu bertekak dengan polis kalau tempat bermesyuarat di hotel yang berhawa dingin telah siap ditempah? Untuk apa semua itu kalau bukan untuk publisiti murahan?

Untuk membolehkan mereka bermesyuarat di hotel itu sudah tentu ia perlu ditempah dari awal. Kalau sudah tempah dewan di hotel kenapa perlu lagi untuk berarak di jalan raya hingga mencetuskan ketegangan dengan pihak polis?

Tidakkah itu disengajakan? Tidakkah itu kekecohan yang dirancang dan disengajakan supaya mereka boleh mendakwa pihak polis kejam?

Inilah demokrasi yang didokong oleh kumpulan terbabit.

Sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya yang sah, mereka sepatutnya menumpukan kepada usaha-usaha untuk membantu dan memajukan rakyat.

Inilah masanya untuk mereka membuktikan kepada penduduk yang diwakili bahawa mereka jauh lebih baik daripada wakil rakyat BN sebelum ini.

Inilah juga masa untuk mereka membuktikan segala kata dan janji ketika kempen bahawa rakyat akan mendapat "pemimpin yang lebih baik".

Tetapi dengan wayang demi wayang dan lakonan demi lakonan, bilakah masanya mereka akan berbakti kepada rakyat?

Kedudukan kumpulan yang berhak memerintah negeri sudah jelas. Kini BN yang lebih berhak. Selain pakatan pembangkang kehilangan majoriti ekoran dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti itu, mahkamah juga membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Sebagai pemimpin-pemimpin dan kumpulan yang selalu melaung-laungkan konsep demokrasi, sepatutnya hormatilah keputusan itu.

Apa yang mereka dapat daripada mesyuarat yang diadakan hari itu? Bolehkan keputusan atau usul yang kononnya dibangkit dan dibentangkan pada mesyuarat itu dilaksanakan? Jika tidak boleh, tidakkah itu namanya buang masa? Atau boleh dikatakan lakonan untuk mendapat perhatian dan tumpuan?

Sebelum ini mesyuarat yang diadakan di bawah pokok juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat.

Hanya ADUN terbabit sahaja yang mendapat liputan meluas pihak media termasuk media antarabangsa.

Rakyat pula hanya mampu melihat dari jauh. Terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Nasib mereka tidak juga berubah.

Wakil rakyat telah berubah daripada BN kepada pembangkang dengan harapan akan ada perubahan. Tetapi nasib mereka tetap sama.

Sudahlah hasil mesyuarat sekadar masuk angin keluar asap. Masalah yang berkaitan dengan rakyat tidak satu pun dibangkitkan.

Sama ada ketika mesyuarat di bawah pokok mahupun yang di hotel itu. Isu yang dibangkitkan semuanya hanya berkenaan dengan hal untuk mengekalkan status quo ADUN-ADUN terbabit.

Dalam lain perkataan, semuanya untuk kepentingan peribadi dan untuk mengisi tembolok sendiri. Sampai ke tahap sanggup berlakon dan bersandiwara.

Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin: "Mahkamah sudah buat keputusan, desak macam mana pun tak jalan... ikut prinsip Perlembagaan, mahkamah dah tetapkan Menteri Besar dan kerajaan sah jadi apa lagi nak desak?"

Tentu ADUN pembangkang yang semuanya bijak-bijak itu faham akan keputusan mahkamah tersebut. Tetapi mungkin ada kumpulan rakyat yang tidak faham.

Mereka seperti mahu menggunakan wayang ini untuk mengabui dan mempengaruhi rakyat supaya membenci BN.

Mungkin ada juga yang terhibur apabila melihat gelagat ADUN-ADUN terbabit. Setelah berpeluh-peluh dan kering air liur bertegang leher dengan pihak polis mereka dengan mudah bergerak ke hotel tersebut.

Jelas dan nyata tempat telah tersedia untuk mereka. Semuanya sudah disusun cantik termasuk gelas berisi air tersedia di atas meja.

Setelah menyaksikan gelagat dan lakonan itu, terpulang kepada rakyat untuk menilai wakil rakyat mereka.

Dari situ boleh dinilai bentuk pemimpin yang macam mana yang dimahukan. Tepuk dada tanya selesa.

Dulu orang selalu berkata, terlajak perahu boleh diundur. Tetapi orang zaman ini yang tersalah memangkah terpaksa tunggu lima tahun lagi untuk merubah.

PENULIS ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Lembu ka Bodoh Yang Guna lembu ka Bodo.......????

Renungkanlah wahai manusia yang selalu ibaratkan lembu itu bodoh.

Pijak Kepala Lembu



Bawak Sekoq Lembu

3 Sidang DUN Perak

Saya tak mau komen apa-apa....sama sama kita fikirkan....

SIDANG DUN 7 MEI 2009



SIDANG DUN 3 MAC 2009



SIDANG 2 SEPT. 2009

Friday, September 4, 2009

Parit Buntaq Tok Guru Politik

Kawasan Parit Buntar dianggap sebagai guru politik di Perak dan di Malaysia kerana mempunyai sejarah politik yang hebat. Parit Buntar berjaya meletakkan wakil rakyat PAS yang pertama dalam Majlis Perundangan Persekutuan melalui Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Husin di Parlimen Kerian pada tahun 1955.

Parit Buntar juga telah berjaya beberapa kali kerusi-kerusi DUN dan Parlimen dimenangi oleh pembangkang ( PAS )dalam pilihanraya umum.

Dalam keadaan tempat lain PAS gagal memenangi kerusi, di Parit Buntar PAS berjaya menang. Pada tahun 1999, PAS menang di Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong. Pada pilihanraya yang lepas, PAS sekali lagi menang kedua-dua kerusi ini.

Parit Buntar adalah antara lima parlimen di Malaysia yang PAS mencatat majoriti yang tinggi . Sokongan orang Melayu, Cina dan India di Parit Buntar sangat tinggi sehingga menyebabkan PAS di Parit Buntar mendapat kejayaan yang besar.

PAS Parit Buntar juga banyak sejarah yang menyebabkan PAS Pusat terpaksa turun menyelesaikannya. Parit Buntar ada sejarah kepimpinan Kawasan yang melawan arus.

UMNO Parit Buntaq juga tidak terlepas sejarah tersendirinya...Setiap calon BN yang menang di Kerusi Parlimennya akan digantikan dengan calon yang bakal kalah.. cerdiknya UMNO parit Buntaq.UMNO Bahagian pulak gemar mencalonkan calon calon kontrovasi untuk kepimpinan pusat...banyak masyuk la tu.....

Undurlah Tok Raman Dan Juak2

Undurlah Tok Raman dan juak2 yang telah lama berakar di kerusi kepimpinan UMNO Bahagian Parit Buntar jika mahu melihat Melayu terus Gagah macam yang dinyanyikan dalam Perhimpunan UMNO Bahagian Parit Buntar baru baru ini.

Berilah laluan kepada pemimpin pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Parit Buntaq.kami di parit Buntaq ni bukannya benci atau tak mengenang budi kepada jasa yang telah Dato' curahkan pada UMNO Parit Buntaq....walaupun hakikatnya banyak yang diambil dari diberikan...cuma kami kesian kat Dato' dengan masalah kesihatan lagi ...bagilah laluan dengan secara terhormat ....jangan sampaikan keturunan dicaci bila Dato' dah tiada nanti.

Sebenarnya UMNO Parit Buntaq ni beruntung kerana perpaduan yang terdapat dalam kepimpinan UMNO Bahagian yang menyebabkan tiada pertandingan dalam mengisi pucuk pimpinannya....Betoika? ataupun generasi UMNO parit Buntaq yang depan "mic" aja cakap bersemangat macam pejuang tapi dihati terlalu kecil menikus dan memikirkan periuk nasik masing-masing....mana tidaknya kalau lawan pucuk pimpinan pastu kalah pulak....alamat tak dak peluangla nak tambah koleksi kereta.....

Sering jugak saya dengaq yang kekalahan UMNO di Parit Buntaq ni diletakkan sepenuhnya kekalahan pada Ketuanya yang tak mau lepaskan jawatan walaupun orang dah meluat....tapi kalau kita pikirkan secara halus....Timbalan dan Naibnya juga harus mengambil tanggungjawab ...aha kebetulannya dua-dua pun tewas ...memang patut pun tewas....depan ketua punyala dok ampu tapi dibelakang .....TST ajala....

Politik sekarang nakkan perubahan, jadi kita kena bertindak dan menangani masalah mengikut peredaran masa."Trend anak muda sekarang mahukan perubahan, mereka nakkan orang muda memimpin bahagian. Ada pemimpin yang empat, lima penggal atau 20, 30 tahun masih nak lagi pimpin bahagian.

Sama-samalah kita buat perubahan....Seluruh kepimpinan Bahagian mesti disusun semula...bagi ruang untuk Dato' berehat dan singkirkan kepimpinan yang pandai bercakap depan microphone tapi mempunyai semangat perjuangan berkepentingan.....

Tuesday, September 1, 2009

Ibu Kita - Renungkan

Teman-teman, mari kita renungkan ayat-ayat ini. Dan dimanakah diri kita?

Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari...Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada...pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya...

Tapi kalau Mak sudah tiada...
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya...
berapa ramai yang sanggup... membersihkan najis ibunya...
berapa ramai yang sanggup...membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...

Renungkanlah... Cili Merah Blogspot