Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani :
"Janganlah kamu semua
membantah orang lain kerana hawa nafsu, tetapi bantahlah kerana iman.
Jadikanlah iman sebagai bantahan. Jika kamu semua membantah orang ingkar
kerana Allah, Dia akan melindungi kamu semua dalam menyelamatkannya.
Tetapi, jika kamu semua membantahnya kerana hawa nafsu, hasutan syaitan
dan hasrat kamu, Allah akan membiarkan kamu semua. Kamu semua tidak akan
mampu menyelamatkan orang ingkar itu dan tidak akan mampu memusnahkan
kemungkarannya. Imanlah yang sepatutnya menjadi bantahannya. Sesiapa
membantah orang yang ingkar bukan kerana iman, dia sebenarnya bukanlah
membantah kemungkaran orang itu. Bantahan itu perlulah kamu lakukan
tanpa "dirimu", kerana Allah semata-mata, bukan kerana makhluk, demi
membela agama Allah, bukan demi membela nafsumu, untukNya bukan
untukmu."
No comments:
Post a Comment