NIK Aziz Nik Mat ialah ahli politik. Harussani Zakaria pula ialah seorang mufti.
Nik Aziz, dalam istilah sains politik ialah seorang political animal.
Ini kerana kerjayanya, mata pencariannya ialah sebagai seorang ahli
politik.
Harussani pula ialah penjawat awam yang dilantik sultan sebuah negeri.
Tugasnya ialah berkaitan hal ehwal agama Islam. Antara tugas besarnya
ialah menasihati raja atau sesiapa sahaja mengenai hukum-hakam agama
Islam serta menegur jika perlu.
Beliau ialah ejen untuk memastikan kesejahteraan umat Islam terbela.
Oleh itu, apabila Nik Aziz menyifatkan Harussani 'gatal mulut' kerana
menegur atau menasihatinya itu bermakna, Nik Aziz menafikan peranan
Harussani sebagai mufti.
Mufti tidak boleh hanya menutup
mulut dan berpeluk tubuh memerhati tingkah laku ahli-ahli politik
seperti Nik Aziz yang sudah menyimpang jauh daripada landasan.
(Petikan dari Bisik-Bisik Awang Selamat, Utusan Malaysia)
No comments:
Post a Comment