soalan-soalan yang dijawap terlalu mudah.
soalan yang dijawap ke arah jawapan berbentuk lawak.
tak pernah azhar idrus jawap soalan yang lebih akedemik dan berkualiti.
Nama
Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap
kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun
orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar
Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan
pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi
apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.
Sehingga
hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus.
Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh
Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat
“nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.
Satu-satunya
kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri
lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah
selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini
sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan. Selain menarik puluhan
ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya
menerobos pentas politik, masjid dan surau.
Baik
anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru
dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar
buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita
masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh
masuklah.”
Maka
jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid.
Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan
berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun
bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang
melampau-lampau.
Isu-isu
agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama
yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang
Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek
daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.
Di
tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas
jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana
kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini
menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap
dibiarkan berleluasa.
Dari
segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah
allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah
datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat
mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus
merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan
penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.
Ada
orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar
Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan
Islam. Jawapannya – Rating.
Ini
kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut,
menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal
dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden
orang Melayu.
Cuma,
kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka
masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau
lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan
lawak-lawak bodoh.
Lebih
malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang
membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis
Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.
Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.