Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS
itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan
bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap
Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1...
Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed
bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu
UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika
itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan
masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2... Malah
pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden
PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha
menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh
PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada
tahun 1973.
3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS
Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad
Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn
22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha
bergabung antara PAS dan UMNO.
4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk
Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan
dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di
Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar
belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn
perpaduan PAS-UMNO.
5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977
dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar,
Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk
Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6...Sementara Datuk Mohd Asri
mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978,
dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang
Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas
antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas
Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan
perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
FAKTA TAMBAHAN 11.
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun
Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS
Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg
diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal
rumah tangga PAS.
8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat
perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg
dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah
mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan
rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9...Seperti
yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9
Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus
bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang
dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan
mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10...Pada
November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat
Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan
Pusat.
11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama
menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah
Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan
majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12...Setelah
Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa
pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan
Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang
gabungan PAS-BN.
13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli
Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS
apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi
ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.
14...Malah
beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu
terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan
gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg
dilakukan BN di Kelantan.
15...Pemberontakan dalaman ini
memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS
ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan
PAS-UMNO.
16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman
PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti
Berjasa dan Hamim.
17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18...Pada
PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini
disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu
terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan
sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri
Kelantan.
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Thursday, January 3, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment