UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Wednesday, January 13, 2010

Pasai Slogan Memang Hebat

Sejak dari dulu kini dan mungkin selamanya Umno akan 'menjual' slogannya kepada rakyat semata-mata untuk mengabui dan mempengaruhi rakyat menyokong mereka.
Macam-macam slogan yang mereka ketengahkan. Yang pasti setiap kali Perdana Menteri baru dilantik atau 'melantik dirinya sendiri' maka akan ada slogan dan 'kata-kata hikmat' terbaru yang mereka lontarkan kepada rakyat. Rakyat pun terlopong dan tenggelam dalam slogan tersebut.

Bermula dari Zaman Mahathir sehingga zaman Najib pelbagai slogan murni dan manis-manis dihidangkan kepada rakyat.

Zaman Mahathir

* Dasar Pandang Ke Timur
* Islamisasi
* Bersih Cekap AmanahTradisi Membela Rakyat


Zaman Pak Lah

* Islam Hadhari
* Berkerja Bersama Saya
* Cemerlang Gemilang TerbilangSelamat Aman Makmur (PRU 12)


Zaman Najib

* 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan
* Juara Rakyat

Persoalannya benarkan slogan itu menjadi amalan dan panduan kepada Umno dalam mentadbir negara dan menguruskan kesejahteraan rakyat. Rakyat terbanyak boleh menjawab soalan saya ini.

Soalan terbaru saya kepada kita semua benarkah Umno mendahulukan rakyat dan benarkah Umno Juara Rakyat???????

No comments: