UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Sunday, February 14, 2010

Pelakon Politik Parit Buntar

Biar seribu orang mengaku hero atau cuba mahu menjadi hero , tetapi pelakon utama yang mewarnai politik Parit Buntar setakat ini hanyalah Ketua , Timbalan , Naib...Inilah hero hero sebenar untuk babak percaturan politik UMNO Parit Buntaq... Kalau pun ade Setiausaha hanyalah pelakon pembantu.

Ini bermakna apa yang Ketua , Timbalan , Naib akan mewarnakan landskap politik Parit Buntar dan sentiasa menjadi fokus teropong orang ramai. Baik nelayan di Tanjung Piandang dan Kuala Kurau , Operator Kilang , Pesawah Padi, Guru Guru bahkan penjual nasi lemak tepi jalan ......semua orang bercakap politik yang ada kaitan dengan tiga pelakon politik ini.

Apabila Tok Man dapat undi yang teruk dalam PRU12 , maka pelakon utama yang lain hentam cukup cukup.Dan hero yang lagi satu ambil kesempatan untuk menonjolkan diri sebagai bakal Ketua Bahagian. Ada juga pelakon politik yang lain tetapi hanyalah menumpang babak sahaja ..... hasil dari tiga peranan pelakon utama ini.

Kepada Tok Man orang ramai tertanya tanya , betul ke nak lepaskan jawatan , betul ke nak pastikan yang Timbalan tak merasa kerusi tu , betul ke nak serahkan kepada Setiausaha atau Mantan Ketua Pemuda , betul ke nak terus pegang jawatan sampai habis hayat ......... Kalau dilayan memang beratus - ratus soalan datang.

Kepada Cikgu Salleh pula , orang tertanya tanya .... betul ke dia nak ganti Tok Man , betul ke dia sekarang mendapat sokongan akar umbi , betul ke dia amat akrab dengan Dato Zahid sehingga pekerjaan sekarang pun atas ehsan beliau , betul ke dia nak menjadi calon Ahli Parlimen dalam PRU13 .... dan berguni guni lagi soalan.

Kepada Abang Bakar pula , orang berkerut dahi ingin tahu ..... berpihak pada Tok Man ke atau Cikgu Salleh , Tak teringin ke nak jadi Ketua Bahagian , Tok Zambri nak bawa ke nama nanti. Dan ada juga yang bagi cadangan suruh bertanding atas tiket bebas.

Jawapan kepada semua soalan itu masih belum ada. Jika ada pun hanya dalam seluar dalam hero - hero itu sendiri. Kalau ada pun hanyalah jawapan hipotesis dari broker broker politik yang direka reka untuk menyesuaikan imej hero untuk mendapatkan ruang sokongan orang ramai.Broker politik ini pun ada dua tiga jenis. Jenis semangat juang tinggi kepada parti ( tapi ramai dah yang kena sembelih ) , ada yang jenis barua kerana perut semata mata dan sejenis lagi kaki ampu yang tidak berani tegur kesalahan bos .... takut bos marah ( bacul ) namun ketiga tiga ini nampak sama sehingga sukar hendak membezakan yang mana satu dedak dan yang mana satu beras....

2 comments:

Anonymous said...

Saya melihat khususnya UMNO di P.Buntar sudah rosak dan terlalu lama megikut D.Raman Suliman, sehinggakan tidak dapat melihat jalanlain bagi memperbaiki UMNO. Ramai pemimpin muda diketepikan atas dasar yang tidak pasti dan akhirnya P.buntar tidak dapat melahirkan pemimpin yang benar-benar mampu meminpin Bhg ini. Kesan daripadanya, kekalahan dalam PRU yang lalu. DRS tidak memberikan ruang kepada mana-mana pemimpin muda untuk bersama-sama mambangunkan P.buntar. akhirnya P.Buntar tidak mempunyai sebarang mercu kejayaan.

Tukang Beca said...

Adakah DARS yang patut dipersalahkan bulat bulat...Bagaimana pula dengan Timbalan , Naib , Sayap pemuda Sayap Puteri , Wanita...saya rasa yg ada lagi yang patut mengambil tanggungjawab...Muka muka tak malu yang telah tewas tapi masih mahu memegang jawatan perlulah berundur...