Assalamualaikum.....sudah lama saya tidak ketemu rakan rakan maya. Sehinggakan ada diantara "peminat" yang emel bertanya khabar . Mungkin kekangan masa terhadap urusan seharian , sehinggakan tidak berkesempatan nak berblogger....Apapun terima kasih terhadap sokongan tuan-tuan dan puan-puan.
Tergerak dihati saya nak mencoret sedikit bila terbaca berita tentang bertapa gahnya UMNO bila mengistiharkan ramai Ulama Muda menyertai UMNO. Berdasarkan pengalaman saya bersama UMNO , sedikit pun tidak rasa teruja dengan berita ini.
Lihat sahaja ustaz/ustazah UMNO di Parit Buntar . Orang PAS jangan jawab , biar aje orang UMNO yang jawab... Memang dahulu rasanya sebelum menyertai UMNO bolehlah di labelkan sebagai Ulama tetapi bila dah menyertai perkataan " Tak dak apa apa ka? " setiasa dimulut. Tiada apa nak dibanggakan dengan taraf Ulama dalam UMNO...Bila jadi perwakilan atau nak mengundi Ustaz mulalah start...
PAS pun tak kurang juga dengan label Ulama yang dibanggakan . Tapi bila berceramah ...mulut tidak lekang dengan kata kata yang begitu manis ibarat penyakit kencing manis..
Sudahlah...kalau nama Ulama dalam politik Malaysia ni...atau lebih manis ULAMA POLITIK tiada apa yang nak dibanggakan. Tidak hairan lah kalau ader orang kafir yang boleh baca surah aje terus dinaikkan pangkat Ulama....
Maaflah kalau ada yang terasa...Terimalah kenyataan walaupun ianya pahit.
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Monday, June 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment