UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Saturday, July 9, 2011

DAP BERJAYA JADIKAN MELAYU KERBAU...

Seperti yang dijangka, Lim Kit Siang sudah keluar arahan supaya cina tarik hand brake dan jangan keluar demo. Dari awal YB-YB DAP begitu aktif mengedarkan bahan propaganda mengajak semua orang keluar demo menunjukkan tanda sokongan kepada Bersih.

Dicuitnya punggung Ambiga dan orang india sampai terlompat-lompat. Digelinya ketiak orang melayu PAS dan Mat Sabu sampai terkencing-kencing. Akhirnya hari ini dia tarik hand brake. Dia arah Cina DAP jangan keluar demo.

Apa maksud semua ini?

Maksudnya, besok pagi orang melayu sajalah yang akan keluar berdemo dan menunjuk perasaan sama sendiri. India juga dijangka tidak ramai yang akan keluar.

Alim-alim ulamak Pas akhirnya kena main juga dengan DAP cina. Pro-pro puak erdogan Pas, akhirnya dapat juga dikuda oleh DAP.

Anwar boleh tolak tepilah, pasal Anwar tidak peduli itu semua, malahan dialah sebenarnya orang yang paling desperado mahukan supaya Bersih dapat bikin satu negara kecoh. Jadi atau tak jadi Bersih buat demo itu bukan perhitungan Anwar. Apa yang Anwar mahukan ialah keadaan kecoh berlaku satu negara pasal bersih. Hanya dengan buat havoc atas isu bersih saja yang mampu menenggelamkan segala kekotoran yang berselupat ditubuh badan Anwar. Anwa ingin membersihkan najis mughalazah dengan dengan air najis menghalazah.

Kesimpulannya, berjaya atau tidak demo bersih besok, misi Anwar sudah tercapai, iaitu dapat memusingkan seluruh daya pemikiran rakyat dari memikir soal kekotorannya beralih kepada memikir kekotoran yang dilakukan oleh bersih.

Maka tertipu dan terbodohlah seantero negara oleh jarum, kelikir dan tali dondan yang direntang oleh Anwar melalui seorang lagi kerbau balanya yang bernama Ambiga.

Pas dibodohkan melalui platform perjuangan menegakkan keadilan SPR. DAP digunakan sebagai master spinner bagi meransang perhatian masyarakat cina. Ambiga pula menjadi kambing hitam untuk menghalalkan dana asing digunakan untuk menjayakan bersih.

Mereka tuduh KDYMM diperalatkan oleh Najib untuk menghalang bersih tapi sebenarnya Hj Hadi dan Nik Azizlah yang paling bersyukur apabila KDYMM bersuara. Tindakan KDYMM membolehkan Hj Hadi menarik nafas lega dan berani bersuara atas nama demi menghormati KDYMM. Jika KDYMM tidak bersuara Hj. Hadi pasti akan tertekan dan hanya menurut saja kemahuan Anwar melalui kerjasama strategiknya dengan DAP dan Ambiga.

Pembangkang selama ini menuduh pemimpin BN menyalahgunakan kuasa tetapi apabila Perbadanan Stadium Merdeka tidak membenarkan stadium Merdeka digunakan mereka desak pula Najib supaya campurtangan supaya pihak PSM memberikan kebenaran. Dalam ertikata lain, pembangkang mendesak Najib supaya menyalahgunakan kuasanya dengan cara mwngarahkan PSM membenarkan demo di stadium.

Itulah mentaliti kepala otak pembangkang. Dilalukan ke orang, diiyokan ke awak. Sampai ke mata dipicingkan, sampai ke perut dikempiskan.

Dengan bukti arahan terbaru yang dikeluarkan oleh Lim Kit Siang, maka rasmilah sudah, memang melayu Pas dan PKR sudah diletakkan kelikir di hidung mereka oleh DAP. Apabila kelikir sudah ditindek di hidung-hidung melayu Pas dan PKR, maka hari ini DAP hanya perlu menyediakan tali banyak-banyak untuk diikatkan ke kelikir yang sudah dipasang. Tariklah ke mana pun, melayu Pas dan PKR akan ikut ke mana saja yang DAP mahu.

Besok pagi kalau terjumpa ramai melayu yang berkelikir di tengah bandaraya, jangan keliru. Itu bukan kerbau betul-betul. Mereka adalah kerbau jadian yang dicipta oleh DAP.

No comments: