Isu Ketuanan Melayu sekarang ini menjadi modal utama Pakatan Rakyat untuk menghentam UMNO. Boleh dikatakan semua pemimpin Pakatan termasuklah dikalangan melayu sendiri yang sanggup untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu untuk menarik undi kaum bukan melayu supaya menyokong mereka.
Sebelum ini, Azmin Ali sanggup dilabelkan sebagai pengkhianat kerana mencadangkan Ketuanan Melayu dihapuskan. Begitu juga dengan Anwar serta anak beranaknya yang hidup mewah hasil dari faedah Ketuanan Melayu dinegara ini. Inilah yang dikatakan “habis madu sepah dibuang”.
Tak perlulah kita bercerita panjang mengenai pendirian PAS berkenaan Ketuanan Melayu. Nik Aziz serta konco-konconya berkata hanya Ketuanan Islam harus didaulatkan dalam negara ini demi menjamin keadilan kaum. Nik Aziz sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan kenyataannya tersebut.
Persoalannya, bukankah melayu itu sendiri majoritinya adalah Islam? Jadi bukankah mempertahankan Ketuanan Melayu, bererti mempertahankan Ketuanan Islam itu sendiri?
Sebenarnya, semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu tak faham dengan konsep Ketuanan Melayu. Jika ada yang faham sekalipun, mereka akan pura-pura tak faham demi menjuarai politik peribadi mereka.
Apakah sebenarnya yang dikatakan Ketuanan Melayu? Berbezakah ia dengan Ketuanan Islam? Harus di ingat, apabila disebut sahaja Islam sebagai agama rasmi negara, ia bermakna kuasa politik negara ini adalah dimiliki oleh orang melayu. Ini bukti bahawa kuasa yang ada ditangan melayu itu adalah kuasa pemerintahan umat Islam.
Jadi, apakah Ketuanan Melayu itu sama dengan Ketuanan Islam? Jawapannya sudah tentunya ya! Dan selama berpuluh tahun negara kita merdeka, tak pernah Ketuanan Melayu menafikan hak kaum lain didalam negara. Malah, berlebih-lebih pula apa yang kita berikan kepada mereka sehingga ada melayu sendiri yang tak berpuas hati.
Ketuanan Melayu juga tak pernah menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama Islam. Dan konsep Ketuanan Melayu juga tak sewenang-wenangnya bertindak zalim kepada kaum lain demi untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Hanya kini sahaja, kaum lain dilihat cuba untuk menggugat Ketuanan Melayu yang sejak sekian lama bertapak di negara ini.
Secara tak sedar, semua usaha untuk menghapuskan Ketuanan Melayu ini adalah hasil kerja jahat golongan sekular dan juga kaum kafir yang tamakkan kuasa pemerintahan bangsa melayu. Mereka tahu bahawa UMNO menjadi “penjaga” kepada Ketuanan Melayu, sebab itulah mereka berusaha untuk menumbangkan UMNO dengan apa cara sekalipun.
Tumbangnya UMNO, bermakna tumbanglah Ketuanan Melayu.. Tumbangnya Ketuanan Melayu, maka lenyaplah kuasa pemerintahan Islam di negara ini.
Ada yang mempersoalkan, PAS juga merupakan sebuah kuasa Islam selepas UMNO. Jika UMNO tumbang, PAS masih ada untuk bangsa melayu. Tapi harus diteliti juga, dimanakah PAS ketika ini? PAS kini sedang terperosok jauh dibawah tapak kaki DAP serta PKR. Mustahil bagi PAS untuk menjaga nasib orang-orang melayu jika didalam keadaan begitu.
PAS harus mendominasi Pakatan Rakyat jika mahu menjadi alternatif kepada UMNO. Tak mungkin PAS mampu berbuat begitu kerana PAS telah memisahkan bangsa dari agama didalam perjuangan mereka. Cuba lihat kini, yang jadi Ketua didalam Pakatan adalah Anwar Ibrahim, bukannya Hadi Awang ataupun Nik Aziz. PAS hanya kelas ketiga dalam Pakatan selepas DAP dan PKR.
Kita harus faham, konsep Ketuanan Melayu telah meletakkan kuasa bangsa melayu ditempat yang sepatutnya di bumi Malaysia ini. Ketuanan Melayu juga telah menyebabkan kita hidup tanpa rasa tergugat dengan kaum lain yang beranak pinak di negara ini. Tanpa Ketuanan Melayu, hilanglah jati diri bangsa serta kuasa untuk diwarisi kepada generasi seterusnya.
Sumber: klik sini
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment