Dikalangan bukan Melayu, sokongan terhadap Anwar kelihatannya lebih kepada kesediaan Anwar untuk menilai semula kepentingan Melayu termasuk berjanji untuk menghapuskan DEB. Disini soalan perlu diajukan kepada Anwar apakah benar caranya untuk mendapatkan sokongan politik dari kaum bukan Melayu ialah dengan menggadaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera?
Anwar mungkin boleh berdolak-dalik dengan mengatakan dia akan menggantikna DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang akan turut memuatkan beberapa polisi dan dasar-dasar yang telah sedia ada didalam DEB. Hakikatnya, apakah yang diharapkan oleh kaum bukan Melayu terutamanya yang muda seperti Vooi How? Yang nyata, mereka percaya jika Anwar menjadi Perdana Menteri, selain DEB, dasar-dasar keistimewaan untuk Melayu/Bumiputera seperti kuota-kuota berkaitan pelajaran dan biasiswa (yang termaktub didalam perlembagaan) akan turut berubah jika tidak dihapuskan samasekali. Jika itu yang dijanjikan oleh Anwar kepada kaum bukan Melayu, adakah Anwar berani untuk menjelaskannya secara terbuka kepada orang Melayu/Bumiputera dan bukan berselindung disebalik kata-kata yang kabur ataupun ambiguous.
Penerangan yang jelas dan terperinci dari Anwar mengenai perkara ini amat perlu kerana orang Melayu tidak boleh mengharapkan kepentingan mereka akan terjamin semata-mata kerana percaya bahawa tidak mungkin Anwar akan menggadaikan kepentingan bangsanya sendiri. Keadaan ini lebih mendesak kerana dipercayai, jika PR berjaya menubuhkan kerajaan, majoriti ahli-ahli parlimen didalam gabongan itu akan terdiri daripada kaum bukan Melayu. Jika itu terjadi, sudah pasti Anwar dan ahli-ahli parlimen Melayu/Bumiputera tidak berada didalam kedudukan yang kuat untuk membuat permintaan ataupun – not in position to have a strong bargaining power. Dan jika diperhatikan perlakuan-perlakuan Anwar sekarang serta pergantungannya yang kuat kepada DAP dan sokongan bukan Melayu, adalah tidak mustahil dia akan menurut telunjuk bukan Melayu untuk menghapuskan atau mengurangkan kepentingan-kepentingan Melayu, terutamanya yang tidak diperincikan didalam perlembagaan. Kerana itu, orang Melayu perlu bertanya kepada Anwar supaya menerangkan secara jelas apakah perancangan dan halatuju orang Melayu jika dia memerintah.
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bro kalau nak bagi orang Melayu kuat dalam PR. PAS mesti menang lawan Umno dalam pru 13.
Jadi sifirnya begitu. DAP pun kerusinya lawan dengan MCA / GERAKAN / MIC. Tak ada satu kerusi pun kerusi DAP lawan Umno.
BN pun kalau MCA / Gerakan menang DAP kalah dan UMNO kalah pada PAS akan jadi sama juga.
Penyatuan PAS dan Umno juga tak selesai masalah kerana PAS bertanding di kerusi Umno bertanding bukan di kerusi cina. Kerusi melayu tetap sama
Post a Comment