Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul
Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan
chauvinis Cina itumelihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.
Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi
pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu
Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa
Melayu.
Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang
Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di
dalam parti itu.
Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.
Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik
penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti
pembangkang yang lain.
Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang
Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang
jawatan Senator.
Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu,
mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam
membisu serta menjadi seperti tunggul.
Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.
Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.
Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan
prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.
Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh
melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi
syarat.
Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat
berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun
dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara
ini.
Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud
versi PAS? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga parti rasis Cina
DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap?
Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.
Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan
Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.
Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.
DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan
parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan
parti itu.
Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya
kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.
Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.
Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.
DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.
Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi
berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka,
satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas
dua yang ditindas seperti mana di Singapura.
SUMBER : BELIMBING BINTANG
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Saturday, May 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment