Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan
pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang
untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana
Menteri.
Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung
tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.
Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari
segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66
kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk
menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.
Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi
dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama.
Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen
tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang
juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali
akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.
Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur
bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh
Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.
Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh
seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya
calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan
untuk kekal di Permatang Pauh.
Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama
calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR
menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.
Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.
Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan
untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan
'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu
dua nama 'calon dalam pertimbangan'.
Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal
ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang
diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu
nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.
Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada
antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di
Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.
Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden
PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh
PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.
Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan
menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya,
ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk
menghadapi PRU akan datang.
Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya -
guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada
rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang
terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.
Credit : Belimbing Bintang
No comments:
Post a Comment