Kelmarin kita semua melihat Perdana Menteri membentangkan bajet negara bagi tahun 2010, dan hari ini dalam akhbar-akhbar kita dapat membaca secara terperinci bajet itu serta dengan pendapat dari berbagai lapisan masyarakat Malaysia. Umumnya, ramai mereka yang berpuas hati dengan bajet kerajaan tahun 2010 dan memberi sokongan sepenuhnya.
Seperti biasa, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang dikatakan pakar ekonomi kelulusan Pengajian Melayu Universiti Malaya juga turut memberi pendapat. Beliau memperlekehkan bajet kerajaan dengan berkata, “bajet tahun 2010 ada beberapa perubahan kecil dan pemberian kecil”. Dia menganggapkan “pemberian kecil” segala peruntukan kerajaan untuk rakyat. Pastinya itu pandangan seorang kaya, duit banyak atau harta melempah. Bagi orang miskin, pastinya mereka berterima kasih dan bersyukur dengan pengumuman kerajaan melalui bajet 2010.
Anwar tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengenakan bayaran RM50.00 untuk satu kredit kad setahun. Itulah sikap pembangkang, kerjanya hanya untuk mencari kesalahan. Tetapi bila bercakap, lantang membela golongan petani, pekebun, boroh dan nelayan. Apakah nelayan menggunakan kad kredit?. Apakah petani di Charok Tok Kun menggunakan kad kredit ?. Saya amat yakin golongan petani, buruh dan nelayan tidak memerlukan kad kredit. Mereka yang menggunakan kad kredit adalah golongan yang mempunyai pendapatan tetap dan mampu. Pihak bank pula hanya akan mengeluarkan kad kredit kepada mereka yang dikira layak dan mampu. Misalnya, orang kaya mungkin menggunakan 10 kad kredit, maka dia perlu membayar RM500.00 setahun. Dia ada keupayaan dan kemampuan, maka kerajaan mengambil sedikit dari golongan ini untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.
Anwar dan Pakatan Pembangkang sentiasa menjerit soal rasuah. Tetapi saya tidak nampak Anwar menyokong cadangan kerajaan untuk membuat akta melindungi pemberi maklumat ( whistle blower) tahun 2010. Sepatutnya, Anwar mesti menyokong cadangan ini, bukan sekadar memberi pandangan remeh bayaraan kad kredit
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Saturday, October 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment