Tindakan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang satu tindakan biadab yang berpunca daripada dakwaan bahawa Malaysia menggunakan sejenis tarian Hindu Bali dalam promosi pelancongan kita. Reaksi seperti ini sebenarnya sudah banyak kali dilakukan oleh rakyat negara itu kalau hendak disenaraikan.
Kes penderaan seorang pembantu rumah di Sarawak tidak lama dahulu menyebabkan penunjuk perasaan menggempur Konsulat Malaysia di Kalimantan. Kes penderaan pembantu rumah di Kuala Lumpur menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran di Kedutaan kita di Jakarta akhir tahun 90-an.
Dalam kes penyelewengan gaji pekerja yang mendakwa majikan Malaysia tidak membayar gaji 30 orang pekerja Indonesia menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran di Kedutaan kita di Jakarta. Setelah disiasat didapati wang gaji lesap ditangan ‘kepala’ majikan mereka.
Dalam kes pembakaran hutan yang mengakibatkan jerebu di Malaysia satu masa dahulu, pihak kerajaan Indonesia menuduh rakyat Malaysia yang mengusahakan ladang kelapa sawit di Batam yang membakarnya. Setelah disiasat didapati ladang tersebut sudah ditanam dengan sawit. Apa nak dibakar lagi? Banyak pembohongan dan tindakan biadab yang dilakukan oleh pihak Indonesia.
Dalam kes projek kelapa sawit Tabung Haji di negara itu, speaker Parlimennya ketika itu, Dr. Amin Rais menggesa kerajaan Indonesia semasa sidang Parlimen supaya mengambil balik projek berkenaan kerana dikatakan menjejaskan maruah dan kedulatan negara.
Indonesia bukan sahaja rakyatnya mudah naik angin tetapi menterinya juga kepala angin. Kalau dianggap menjatuhkan maruah jangan panggil pelabur masuk ke negara kamu.
Peristiwa rusuhan di asrama pekerja di Nilai sekitar tahun 2000 telah melibatkan pembakaran trak polis dan pengebaran bendera Sang Saka Merah Putih yang berakhir dengan penangkapan 12 orang pekerja Indonesia. Dari peristiwa itu Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir menghentikan mengambil pekerja dari Indonesia dan mengambil pekerja dari negara ASEAN sebagai alternatif.
Kalau kita catat satu persatu tindakan biadab rakyat Indonesia terhadap negara kita memang sangat banyak, terutama yang berlaku di Indonesia, seolah-olah dua Negara bermusuhan dan hubungan Malaysia-Indonesia tidak wujud sama sekali, sedangkan berjuta rakyatnya datang mencari makan di negara ini dan mengutip kekayaan dan
mengumpul harta untuk dibawa balik ke negara mereka.
Ada yang masuk dengan berbagai cara; menipu pasport, tinggal lebih masa dan sebagainya. Kini beratus ribu rakyat Indonesia yang hendak menjadi rakyat negara ini. Ada yang sanggup datang dengan bot pancung. Yang berjaya sampai ke darat, yang tidak berjaya berapa ramai yang mati di tengah laut.. Mereka ini sanggup menyorok dalam hutan bakau beberapa hari, di tepi pantai sebelum di pungut oleh tekong-tekong darat. Ada yang di tahan Imegresen beberapa kali dan dihantar pulang tapi datang lagi tidak serik-serik.
Begitu susahnya mereka datang nak mencari makan di negara ini tetapi bila silap sikit tunjuk perasaan disana sini, di depan Kedutaan kita di Jakarta. Seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada mereka. Berapa billion duit kita mengalir ke Indonnesia setiap tahun.Tetapi Malaysia diberi gambaran sebagai pihak yang bersalah oleh media mereka terutama akhbar dengan membakar semangat rakyatnya. Akhbar mereka bertanggung jawab semua ini mensensasikan berita untuk melariskan akhbar masing-masing.
Segala sumbangan yang kita beri langsung tidak dihargai. Ini pula balasan kurang ajar mereka kepada Malaysia. Rakyat Indonesia memang bangsa yang tidak mengenang budi. Bangsa yang tidak berbudi adalah bangsa yang sudah tercabut dari kar budayanya menjadi bangsa yang rakus.Buktinya jelas di depan mata, bangsa yang biadab. Kata-kata yang selalu bermain dibibir mereka ‘kita serumpun’, adalah gula-gula semata-mata untuk tujuan yang menguntungkan.
Kata orang, apa yang kita beri jangan diungkit. Tapi hari ini kita hendak mengungkit supaya rakyat Indonesia, kalau tidak tahu membalas budi, sekurang-kurangnya sedar sumbangan Malaysia kepada rakyatnya dan tidak kurang ajar. Bila ada kesusahan dan bencana di Indonesia rakyat Malaysia dan kerajaan cepat-cepat hantar bantuan berulang kali tapi berapa banyak bantuan itu hilang begitu sahaja? tidak sampai kepada mangsa. Pernah wartawan Malaysia bertanya kepada ketua rombongan yang datang mengutip derma dari negara Indonesia ketika tsunami, sejauh mana bantuan itu boleh sampai kesasaran. Ini menunjukkan cerita sebalik bantuan tersebut. Budaya rasuah Negara itu tika tidak mahu campur.
Justru, NGO kalau hendak beri bantuan kepada mangsa Indonesia berfikirlah dua belas kali. Rakyat Malaysia harus membantu mereka yang susah tetapi pastikan bantuan sampai kesasaran. Kedua, sebelum beri bantuan lihat dahulu rakyat Malayia sendiri yang lebih utama memerlukan bantuan. Kita bukan zaman Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga tiada siapa yang menerima bantuan zakat. Seminggu lepas masih ada warga emas 70 tahun dari Johor yang kerja mengutip tin kosong di tepi jalan dengan pendapatan RM 6 sehari.Bayangkan. Jangan kita asyik membantu yang diseberang laut, didepan mata kita tak nampak. Nak tunjuk yang kita rakyat mewah, kaya raya. Tolong sikit.
Pandang belakang, lihat situasi sebenar rakyat negara sendiri, lebih bermakna. Kita tahu mereka yang menerima bantuan di Indonesia banyak berterima kasih, tapi rakyat Indonesia yang tidak pernah menerima bantuan barangkali, jauh sekali berterima kasih atas bantuan yang Malaysia berikan kepada saudara mereka yang menerima bencana. Malah menunjukkan sikap buadab mereka membakar Jalur Gemilang. Kerajaan
Indonesia disamping menanamkan semangat petriotik kepada rakyatnya, harus juga mengajar sifat tahu membalas budi kepada orang yang memberi kemudahan atau kekayaan kepada rakyatnya.
Orang Indonesia yang sudah menjadi rakyat Negara secara undang-undang memang sah rakyat Malaysia tetapi secara yang tersirat mereka tetap cintakan negara asal mereka. Mereka sering berulang alik dan menjalankan perniagaan dan sebagainya. Sejauh mana kesetiaan mereka kepada negara baru mereka. Oleh itu Menteri yang berkenaan wajib mengkaji semula proses meluluskan permohonan kewarganegraan yang sedang rancak dijalankan sekarang. Pemohon yang sudah lama tertonggak bukan alasan untuk kita mempercepatkan urusan pemberian kerakyatan kepada mereka.
Kita jangan jadi bebal, apa perlu kita risau atau pedulikan untuk mempercepatkan kelulusan kerakyatan. Itu urusan mereka hendak menjadi rakyat Malaysia. Kita sebagai tuan rumah, terpulang kepada kita samada hendak meluluskan atau tidak. Itu hak kita. Justru, saya mencadangkan kerajaan Malaysia menutup terus permohonan mana mana warga negara asing yang hendak menjadi rakyat Negara ini. Kita bukan kekurangan rakyat dan tiada keperluan berbuat demikian, malah mengundang malapetaka kepada rakyat Negara ini dari segi ekonomi, social, kesihatan, keselamatan dan sebaginya. Keadaan rakyat sendiri sudah berada dalam kesusahan mencari kerja dan sebagainya.
Kerajaan Saudi pernah tidak meluluskan kepada rakyat asing (Melayu) yang hendak menjadi wargaegara itu, walaupun sudah lebih tiga puluh tahun tinggal di Saudi, sehingga meninggal dunia. Kenapa kita sibuk hendak merakyatkan warga asing. Adakah wajib bagi sebuah Negara menerima permohonan warga asing menjadi rakyatnya. Kalau hendak menunjukkan kita Menteri yang cekap bekerja, pada saya, kita sebenarnya sudah tersalah acuan, nak lain, yang jadinya lain. Perkara kerakyatan bukan boleh ‘dibuat main-main’.
Negara kita sekarang sudah dipenuhi pendatang haram. Apa, tidak cukup lagi. Jenayah rompakan, pecah rumah oleh warga Indonesia sudah tidak tertanggung. Penduduk tempatan terutama di bandar hidup dalam ketakutan dan tidak selesa seperti dulu. Saya tidak sentuh tentang dasar buruh dan beberapa kementerian berkaitan keselamatan. Apa yang saya cadangkan supaya beberapa kementerian berkenaan perlu duduk semeja dan membincang secara serius dan halusi untuk kepentingan Negara.
Pendek kata masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing Indonesia sangat banyak dan memberi beban kepada negara tetapi dalam waktu yang sama mereka menunjukkan kurang ajar dan sedikit pun tidak menunjukkan terima kasih atas sumbangan Malaysia kepada mereka. Dalam hal bakar Jalur Gemilang, saya ingin tahu apa reaksi dan komen parti-parti politik dan NGO kita. Adakah mereka hanya pandai tunjuk perasaan hapuskan ISA atau kecam SPRM, kecam kerajaan? Apakah mereka dayus bila berdepan dengan orang menghina bendera kita.
Agensi yang membuat promosi pelancongan perlu di siasat. Adakah pihak yang terlibat terdiri dari syarikat pengiklan dari Indonesia, kita mahu tahu. Kalau tidak, kenapa begitu mudah menggunakan bahan-bahan budaya dari negara berkenaan untuk dimasukkan kedalam iklan promosi kita. Dahulu sudah berbangkit perkara sama. Kementerian Pelancongan tidak sensitif mengenai perkara ini. Apakah kita tidak ada seni budaya. Saya bimbang syarikat asing terlibat dalam promosi berkenaan, yang akhirnya melagakan dua buah Negara ‘serumpun’. Perkara seperti ini perlu dihalusi. Pemantauan sangat perlu. Jangan lepas tangan.
Beberapa hari lepas melalui saluran Astro, secara tidak lansung saya menonton chef popular Malaysia mengadakan demonstrasi masakan di Jakarta bersama Menteri Pelancongannya. Kemungkinan inilah yang menuduh ‘Malaysia pencuri dan biadap’. Sudah sampai masanya Malaysia harus menunjukkan pendirian tegas. Singapura yang sekecil itu boleh tegas dalam menonjolkannya sebagai negara berdaulat, kenapa kita. Rakyat Indonesia bangsa yang tidak tahu membalas budi, sama dengan Menteri Pelancongannya yang biadab.
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Wednesday, October 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment