UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Monday, November 2, 2009

Pakatan Makin Melarat

Pengisytiharan keluar ADUN Pelabuhan Klang, Peletakan Jawatan Jeffry Kitingan dan percutian selama 6 bulan Zaid Ibrahim dari aktiviti politik PKR baru-baru ini hanya menambah pening kepala si Nuar.

Terdapat desas-desus di kalangan rakan-rakan anwar dalam pakatan haram pembangkang yang masih terdapat beberapa ADUN dari negeri-negeri tertentu di bawah pemerintahan pakatan ini yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengisytiharkan keluar parti.

Ironinya, semua mereka merupakan ADUN-ADUN dari Parti Keadilan Rakyat.

Dikhabarkan juga seorang ahli parlimen dari pakatan haram tersebut akan diambil tindakan, hanya kerana cadangan beliau untuk menegakkan undang-undang syariah di parlimen baru-baru ini.

Cadangan beliau mengundang kemarahan rakan-rakan PKR dari DAP, yang melebelkan ahli parlimen ini dengan gelaran bodoh, pengkhianat, api dalam sekam dan musuh dalam selimut.

PAS, parti yang mengumumkan akan menganjurkan seminar politik sebagai ganti kepada cadangan EGM yang dilotarkan oleh mursyitul amnya, deeky jeez sebetulnya juga menghadapi masalah yang berat.

Mesyuarat khasnya yang dikhabarkan berlangsung dalam suasana harmoni sebenarnya ada cerita panas disebaliknya. Mursyitul amnya dikhabarkan meninggal mesyuarat pada jam 10.30 disebabkan keletihan, diikuti oleh Husam the lovely dan Dr.Lo'lok the beauty pada jam 11 malam, sedangkan mesyuarat berakhir pada jam 1 pagi.
Mesyuarat berlangsung dalam suasana panas ketika isu Hassan Ali dibincangkan, sehingga menyebabkan salah seorang pemimpin kanan mereka mengugut untuk meletak jawatan sekiranya tindakan tidak diambil ke atas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.


Atas desakan tersebut, maka keputusan untuk mengheret Dr.Hassan ke lembaga disiplin telah diambil.

Masalah yang melanda pakatan haram yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini hanya membuktikan bahawa ada masalah besar yang sedang menghantui pakatan tersebut.

Jika inilah bentuk pakatan yang dipersembahkan kepada rakyat. Maka apa yang boleh kita harapkan daripada mereka jika ditakdirkan mereka dipilih rakyat untuk memerintah.

No comments: