MENTERI Besar Kelantan perlu mendedahkan kepada umum individu yang membiayai pemergian beliau ke Mekkah bagi mengelak sangkaan adanya unsur rasuah.
Pengakuan Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa ada individu yang ingin membawanya ke Mekkah amat mengejutkan.
Pengakuan itu juga dilihat menonjolkan sikap ‘tinggi diri’ Nik Aziz yang menggambarkan seolah-olah beliau sebagai pemimpin politik paling istimewa.
Katanya, tawaran oleh individu atau pihak tertentu menaja Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengerjakan fardhu haji setiap tahun boleh menimbulkan pelbagai andaian.
Jika Nik Aziz bukan Menteri Besar, saya rasa jarang ada invidu yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan begitu besar bagi tujuan tersebut.
Dalam hal ini , kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Kelantan tidak bernasib baik sepertimana Nik Aziz dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menunaikan fardhu haji.
Kita tidak berniat mempersoalkan keikhlasan atau kewajaran individu menaja Nik Aziz ke Mekkah tetapi pengakuan Menteri Besar itu menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Elemen rasuah boleh berlaku menerusi pelbagai cara dan kaedah seperti pemberian hadiah, jamuan makan minum dan menaja percutian atau sebagainya.
“Mungkin tajaan itu tidak menyalahi undang-undang tetapi boleh menimbulkan sangkaan tentu ada sesuatu sebab mengapa individu berkenaan sanggup membiayai kos pemergian beliau ke Mekkah,”
Sehubungan itu , bagi mengelak sangkaan atau pandangan sinis orang ramai, maka lebih elok jika Nik Aziz dedahkan siapa yang bermurah hati membiayainya.
“Mungkin dia berniat sedekah dan tidak mahu nama diketahui umum, tetapi kerana Nik Aziz berjawatan sebagai Menteri Besar dan pemimpin politik,maka pembiayaian itu dilihat hampir kepada sesuatu kepentingan,”
“Orang nak bawa saya pergi Mekkah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Makkah ni jarang belanja saya sendiri. Orang tolong bayar. Semua orang berebut (nak bawa ke Makkah),” kata Nik Aziz seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Friday, November 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tu pon nk heboh..xder modal lain ker org umno nie..biasa la org alim ulamak di taja pihak tertentu ke mekah..diorg bawa nik aziz agar nik aziz bimbing haji mereka itu jer..sampai ke tahap nie umno serang tok guru bertaubat la umno..tok guru jadi menteru besar dah 20 tahun klu dia nk himpun kekayaan dh lama dah bai woi adehhh..p la jenguk sama rumah MB kelantan nie..jgn hina ulamak peringatan
Post a Comment