Dari Kepung pergi ke Batu
Terima kaseh kerana bagi saya nombor satu
(pantun dua kerat Tan Sri Isa Samad di PWTC - laporan TV1 petang Sabtu 25 September)
Riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan Umno perlukan calon yang “bersih”. Wah, wah, wah! Begitu bersungguh-sungguh Umno mahu banteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam Umno dianggap rasuah yang besar sedangkan rasuah sebenar yang melinatkan berbilion ringgit wang rakyat, mereka sanggup tutup sebelah mata.
Betullah bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang Umno ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin Umno. Ada perwakilan menerima RM500 dan ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan, dan siapa yang bertanding. Setahu saya, semua pemimpin Majlis Tertinggi Umno, bila berkempen, mereka gunakan ejen-ejen tertentu untuk membeli undi atau meluluskan projek (yang sama juga taraf rasuahnya).
Jadi usahlah mereka berlagak “whiter than white” dan menganggap kesalahan Isa Samad itu besar benar. Kalaulah Isa semasa menjadi Menteri Besar Negri Sembilan dahulu mengambil rasuah berjuta ringgit, itu memang patut menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi calon. Kalau itulah yang berlaku, mengapa pula beliau dikekalkan sebagai MB begitu lama? Malah kita dengar ramai MB dan bekas MB dari Umno yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan duit rakyat. Kalau setakat duit kempen pemilihan Umno, rasanya tak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani bersumpah yang dia adalah “bersih”.
Usahlah guna alasan politik wang dalam Umno semata-mata nak tunjuk kononnya Umno ini parti yang bersih. Kalau benar-benar jujur dan mahu “bersih”, mengapa sibuk nak tangkap orang yang dedahkan maklumat tentang PKFZ? Sepatutnya siasatan dan tindakan diambil terhadap orang yang disyaki bersalah. Ini cuma nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, pura-pura buta. Skandal PKFZ itu penyelewengannya berbilion-bilion ringgit. Masakan PKA dapat pinjaman mudah dari kerajaan dengan cara kelulusan retrospektif Cabinet sebanyak RM4 billion tanpa penglibatan orang atasan. Pinjaman yang pasti tidak terbayar kerana projek itu telah pun gagal. Samakah rompakan wang rakyat itu dengan kesalahan beri duit kempen kepada perwakilan Umno?
Bila direnung kembali cerita Isa Samad dicalonkan diBagan Pinang teringat persamaannya dengan Parit Buntar.Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar DARS juga dituduh macam-macam semasa PRU 12.Kalau nak bicara tentang Rasuah Politik Wang di Parit Buntar ni tak payahla. Cuma yang membezakannya banyak dan sikit je.Pernah juga terdengar suatu ketika dulu yang ada dikalangan ahli UMNO Parit Buntar yang membuat laporan ke Majlis Tertinggi tentang DARS yang merasuah mereka dalam pemilihan UMNO Bahagian Parit Buntar.Dengar kata disertakan sekali Surat Sumpah yang membuat laporan. Tetapi akibat kebijaksanaan DARS akhirnya yang bersumpah menjadi sesumpah.Kes tenggelam begitu sahaja.
DiBagan Pinang seluruh kepimpinan UMNO Bahagian mencalonkan Isa Samad sebagai calon tunggal. Memangla kalau mesyuarat dipengerusikan oleh orang yang hendak dicalonkan.Siapa berani lawan Ketua UMNO Bahagian?
Bagan Pinang ni berbeza dengan Parit Buntar. Isa Samad sememangnya disayangi dan disukai oleh penduduk Bagan Pinang. Seluruh UMNO di Bagan Pinang memang berdiri bersama Isa Samad.Tapi di Parit Buntar...Ketua , Timbalan Dan Naib masing-masing berada dalam kepura-puraan. Masing-masing merasakan kerusi Ketua Bahagian hanya mereka yang layak....
DiParit Buntar dalam PRU12 pun lebih kurang situasinya dengan Bagan Pinang.Pucuk pimpinan bahagian sebulat suara mencalonkan Ketua Bahagian yang majoriti ditolak oleh pengundi di Parit Buntar.Alkisahnya keputusan dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan UMNO Bahagian.Maka akhirnya dapatlah undi orang UMNO.Karamlah kapal Barisan Nasional di Parit Buntar . Si Luncai pun akhirnya terjun dengan labu-labunya.Orang No2(Calon Kuala Kurau) dan Orang No3 (Calon Titi Serong)pun menyokong sepenuh hati Ketua Bahagian sebagai calon Ahli Parlimen apabila mendapat tahu nama mereka di calonkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing ( dah dapat panggu )"takkan nak komplen lagi kot".
Mereka mengharapkan rakyat akan menghukum Ketua Bahagian dan bersimpati terhadap mereka.Tetapi akhirnya rakyat betul-betul menghukum.Memang rakyat di Parit Buntar betul-betul adil dengan menghukum kesemuanya sekali.
* Nasihat saya untuk rakyat Parit Buntar : Buatlah perubahan dalam UMNO Parit Buntar.Jangan nampak kesilapan Ketua Bahagian ( Gila Kuasa ) sahaja.Perati sama Timbalan ( Pelakon Hebat ),Ketua Wanita ( Dah semakin senja ), Ketua Pemuda ( Yes man - pengampu ketua ), Ketua Puteri ( ermm....ajak buat direct selling layak la ) adakah mereka betul-betul ikhlas memperjuangkan nasib orang melayu, atau memperjuangkan kepentingan masing-masing.
Petik dari kata-kata seorang Ketua Cawangan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian baru-baru ini " Kita akan pastikan orang No1 dan No2 tidak menjadi calon , kita akan sokong Orang no3. Mantan YB Titi Serong ni memang betul-betul berjiwa rakyat tetapi adakah itu cukup untuk menjadi pemimpin? Fikirkanlah....
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Manusia yg hanya tahu pandai komplen...pandai kata pd org....org sana tak btl...org sini tak btl....adalah manusia yg paling hina. Jika rasa diri tu hebat sgt2 btanding utk tahun dpn. JGN CKP DLM BLOG AJE LBH...TRY DULU...BT KERJA..kerja mgutuk tulis dlm blog ni...budak tadika pun reti.
Post a Comment