Itulah soalannya dan jawapan aku TIDAK! UMNO adalah parti yang ditubuhkan oleh orang-orang terdahulu yang berjuang untuk membela nasib agama, bangsa dan tanah air ketika negara masih di bawah cengkaman penjajah. UMNO ditubuhkan dengan darah dan air mata semata-mata untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Dan misi perjuangan itu semestinya perlu dikekalkan sehingga bila-bila, biarpun Tanah Melayu sudah merdeka.
UMNO tidak perlu berubah tetapi para pemimpin dan ahli-ahlinya perlu berubah selepas mengalami perubahan dalam misi perjuangan mereka. Ini akibat UMNO dikemudi dan dipimpin oleh anak-anak bangsa yang lahir selepas negara sudah maju dan membangun. Anak-anak bangsa yang tidak mengenal erti kesusahan yang akhirnya mereka gunakan UMNO sebagai pelancar untuk memenuhi misi peribadi.
Merekalah yang perlu berubah atau jika mereka tidak mahu melakukan perubahan itu, mereka patut segera diganti. Betul kata Najib ketika ucapan penggulungan tadi: UMNO bukan tempat mencari makan, mencari projek... UMNO adalah parti yang memperjuangkan dan membela nasib rakyat.
Pun begitu jika tidak kerana ahli-ahli yang memulakan para pemimpin mereka tidak akan bersikap sedemikian. Ramai kalangan ahli akan melaksanakan kerja mereka jika ada habuan. Mereka aktif UMNO kerana mencari habuan. Tiada habuan, bye-bye-lah UMNO. Dan para pemimpin terpaksa pula mencari habuan dari pihak lain untuk diberikan kepada ahli-ahli dan penyokong mereka yang menuntut habuan tersebut yang akhirnya jadilah satu kitaran perosak parti.
Kalau orang tua-tua kita dahulu masuk UMNO kerana ia adalah pertubuhan yang menyatukan orang-orang Melayu untuk sama-sama bergerak aktif memperjuangkan agama, bangsa dan negara tetapi hari ini mereka masuk UMNO kerana mengejar projek, habuan dan paling koman duit saku.
Jadi ucapan penggulungan Najib tadi telah menyentuh segalanya. Aku percaya Najib ikhlas menyampaikan isi hatinya yang berlandaskan kepada keadaan sebenar di dalam parti.
UMNO yang dibina selama lebih 60 tahun sebenarnya hampir dimusnahkan dalam tempoh 5 tahun. Dan mulai hari ini aku percaya UMNO akan membina semula puing-puing yang musnah itu tatkala puak2 pembangkang masih teraba-raba membina kekuatan mereka.
UMNO Parit Buntar aku kecualikan dalam hal ini.Pemimpin-pemimpinnya tidak akan berubah. Kalau nak berubah pun mungkin Ketuanya....aku lihat sejak akhir - akhir ini banyak perubahan yang dilakukannya. mungkin kerana kesihatannya dah tak mengizinkan.Mungkin dia akan menyerahkan kepimpinannya sebelum Mesyuarat pemilihan akan datang. semua kemungkinan boleh berlaku...Manusia akan berubah juga ...selalunya bila sakit la. Bila sakit baru nak ingat Allah baru nak ingat Ibu...itu lumrah kehiduapan, baru nak insaf...Bila terantuk baru nak tergadah.
Persoalannya sekarang..kalau DARS berundur siapa yang akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Dato Najib di Parit Buntar. Timbalan @ Naib @ S/U @ Mantan Ketua Pemuda
Timbalan :- Terkenal dengan sikap kepura-puraan.Pandai bercerita dan menagih simpati tetapi dia sendiri tak faham apa yang diceritakannya. Ceritanya sama tentang zaman kanak-kanak yang penuh kesusahan, tetapi dia sendiri tak tahu erti kesusahan itu. Lagak seolah - olah orang kaya, gemar mengampu orang atasan.Bukan perjuang UMNO yang sejati. Kalau tidak masakan dia sanggup membiarkan DARS terus memimpin UMNO Parit Buntar sedangkan dia tahu yang rakyat bencikan DARS.
Naib :- Suka main wayang. seorang yang terlalu pemurah, pandai berjanji dan suka memberi harapan,mencari ruang untuk popular.Kalau telefon selalu tak "pick up" Bercita-cita tinggi untuk menjadi Ketua Bahagian tetapi takut akan bayangan kekuatan Timbalan. Bukan perjuang UMNO yang sejati, Suka main selamat.kalau nak ikutkan berjiwa rakyat , beliau lebih hampir dengan masyarakat , suka menolong tidak kira agama, bangsa dan perbezaan politik. Boleh menang kalau bertanding atas tiket mana - mana parti kecuali BN.
Setiausaha :- Ini orang yang paling teruk dalam UMNO Parit Buntar.Beliau akan memastikan tiada siapa yang berpotensi untuk mendekati Ketua Bahagian.bagi beliau UMNO nak hidup ke nak mati ke tidak penting. Yang penting poket penuh.Penuh dengan strategi untuk melingkupkan UMNO.
Mantan Ketua Pemuda :- Mungkin harapan UMNO Parit Buntar, tetapi belum cukup matang untuk memimpin UMNO. Ikut telunjuk Ketua Bahagian. Kalau beliau mempunyai prinsip tersendiri, Insyaallah beliau boleh memimpin UMNO Parit Buntar.
** Parit Buntar sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang boleh dibanggakan ataupun pemimpin yang mampu mengembalikan Kegemilangan UMNO Parit Buntar. Bagi aku hanya ada seorang yang betul betul layak untuk memimpin UMNO Parit Buntar tetapi malangnya dia dah mula meninggalkan UMNO setelah dirinya dipinggirkan. Ingat tak pada Mantan Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar. Dengar khabar dah jadi orang penting di Kuala Lumpur.tetapi beliau juga bertanggungjawab atas kemusnahan UMNO Parit Buntar kerana sikap terburu - buru beliau meletak jawatan suatu ketika dahulu....kembalilah saudara untuk kuatkan UMNO Parit Buntar........
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Friday, October 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ooo...aor kuat jamal nasir la ni..
patut la
Post a Comment