UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Friday, October 9, 2009
Tesco kebanggan Nik Aziz
“Sebab itu saya jemput dia mari sendiri tengok dari segi pembangunan fizikal, sekarang ada KB Mall, ada Hotel Renaissance, ada pasar raya Tesco, ada Parkson, ada Nirwana, dia boleh tengok sendirilah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim, " Petikan Ucapan Nik Aziz "
Apa dah jadi dengan Tok Guru ni? Adakah dengan kewujudan Tesco ( yang termasuk dalam senarai boikot ) itu yang diagung-agungkan kewujudannya di Kelantan. Tok Guru dah lupa ke nak boikot Tesco? Alahai!!!!! makin nyanyuk dah Tok Guru kita ni.
Adakah dengan kewujudan Pasaraya hypermarket yang terang-terang menutup punca rezeki peniaga melayu kecil-kecilan ini dijadikan sebagai ukuran kemajuan negeri dibawah kerajaan pimpinanya. Nampaknya semakin cerahlah jalan ke syurga yang Tok Guru bina tu dengan membaling pasir kedalam periuk bangsa sendiri.
Saya suka kaitkan dengan Parit Buntar. Apabila wujudnya Econsave dan Pasaraya Billion dan Minat pula telah mula menjual barangan basah...berpusu-pusulah orang kesana dengan alasan barangan yang dijual dengan harga murah.Mengeluh la peniaga-peniaga kecil disekitar pasar awam , pasar tani,pasar malam kerana barangan yang dijual tidak laku.Kesian bangsa kita.....Memanglah pasaraya-pasaraya ini dapat menjual dengan harga yang murah, sebab mereka mengambil barangan secara borong.Orang kita pantang dengaq murah ja, mulalah kelupoq....Tup tup kena ayam tak sembelih.....hehehehe .....nak barang murah la....ambiklah
Kalaulah kewujudan Tesco dan parkson dijadikan ukuran kemajuan di kelantan , Piawaian yang diletakkan oleh Tok Guru kita ni cukup rendah,Beliau bukan memalukan dirinya tetapi rakyat kelantan dan seluruh umat Islam yang menjadikan kelantan sebagai Model pemerintahan Islam....
Tidak hairanlah rakyat kelantan memang sinonim dengan penghijrahan. Fakta menunjukkan kira-kira 400 000 rakyat Kelantan kini mencari rezeki di negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Singapura.
Faktor pendorong utama adalah kekurangan peluang pekerjaan di negeri sendiri. Lagipun rakyat Kelantan tentunya tidak mahu bekerja di Pasaraya Tesco yang menyokong Israel menghapuskan Palestin. Tok Guru memanglah bencikan Palestin yang islamnya sama dengan UMNO......Fikirkanlah........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Aku dengar 1 cerita dulu ada seorng menteri UMNO dok kutuk2 YBNA lagu ni la, pastu dia kena gi jumpa YBHG kerana hidupnya tak tenang, Tok Guru maafkan dia baru dia tenang.
1 cerita lagi pasal awan memayungi pesawat yg membawa seorang ulamak pemimpin PAS yg meninggal sehinggakan pilot pesawat masuk Islam, adakah mana ulamak UMNO yg terjadi sedemikian??
Post a Comment