UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Thursday, November 3, 2011

Siapa Penyokong PR Sebenarnya



GLC dan syarikat-syarikat korporat yang bersahamkan UMNO sebenarnya tidak pernah menyokong kaum marhein UMNO sebaliknya lebih gila dengan rating dan ranking sehinggakan segala iklan mereka tanpa segan silu dihamburkan kepada portal-portal yang sah-sah berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Perhatikan bagaimana MAS dan Air Asia , Maxis , KFC dan lain lain menyedekahkan duit iklan mereka kepada Malaysiakini, Malaysian Insider dan beberapa akhbar yang lain. Perhatikan juga bagaimana UEM-Sunrise yang begitu seronok membayar dan mengupah untuk tujuan promosi untuk puak-puak tersebut. Dan perhatikan juga bagaimana beberapa GLC lain yang sah-sah mempunyai saham UMNO-BN, tidak pernah memberi muka kepada portal-portal mahupun akhbar-akhbar yang terang-terang menyokong UMNO-BN.

Agak aneh memandangkan UMNO-BN terutama sekali golongan bawahan bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO tetapi di peringkat atasan, mereka tidak melihat media-media pembangkang sebagai musuh, sebaliknya kononnya untuk menunjukkan betapa profesional dan terbukanya mereka, maka media-media pembangkang dilebihkan dalam segala hal.
ASTRO, CELCOM, dan beberapa syarikat yang lain, terang-terang tidak peduli dengan politik kerana mereka adalah syarikat korporat. Namun pada mereka ada saham UMNO.
Justeru, para pemimpin UMNO-BN sebenarnya perlu diperhatikan kerana UMNO adalah sebuah parti yang baik dengan dasar yang bagus. Malangnya oleh kerana UMNO adalah organisasi yang perlu dijalankan oleh manusia, maka UMNO jadi bahan gelak tawa pihak lawan. Sebabnya, para pemimpin yang berada di dalam UMNO kebanyakannya bertaraf pak-pak lawak belaka!!!

No comments: