UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Tuesday, November 29, 2011
Singkirkan Perosak UMNO
UMNO Parit Buntar kini mungkin telah melupakan Allahyarham Ketua Bahagiannya yang telah pulang ke Rahmatullah pada 28/10/2011...sudah sebulan lamanya Allahyarham Dato' meninggalkan politik Parit Buntar yang penuh dengan pelbagai cerita suka dan duka.
Pulangnya Timbalan Ketua UMNO Bahagian dari mengerjakan ibadah haji disambut oleh juak-juaknya dengan penuh keriangan.Tidak sabar sabar ingin menatap muka insan kesayangan mereka... bukannya nak bertanya khabar mengenai ibadah yang baru diselesaikan tetapi ibarat kata pepatah orang kenduri...Orang sibuk mengAminkan doa , mereka pula sibuk menyedok lauk untuk dibungkus dibawa pulang.
Muncullah kembali muka-muka lama yang dulunya mendiamkan diri kini ibarat harimau lapar yang ingin membaham anak rusa yang kehilangan ibu.Desas-desus dari sumber yang boleh dipercayai kumpulan perosak ini diketuai oleh bekas YB yang sememangnya harus bersara tetapi masih gilakan daki dunia.Kumpulan pendesak ini dianggotai oleh muka muka yang berkepentingan yang memangnya tidak diperlukan oleh UMNO generasi kini....
Parit Buntaq ingin menasihati Tuan Haji Timbalan Ketua UMNO Bahagian....bertindaklah mengikut pemikiran ahli politik yang matang dan usahlah mengikut telunjuk penasihat 25 persen ( tengok apa yang jadi pada haji bakhil akibat terlalu mengikut cakap penasihat autanya itu ) ...Tepuk dada tanya selera...
UMNO sibuk menyusun jentera untuk menghadapi PRU tetapi mereka sibuk menyusan agenda untuk kepentingan peribadi masing masing....
Parit Buntaq menyeru kepada semua ahli ahli UMNO Parit Buntar jika mereka sayangkan parti , mereka harus singkirkan muka-muka perosak ini.Jika perlu kita adakan rapat umum minta kepimpinan UMNO lucutkan keahlian mana mana ahli yang cuba menangguk di air keruh dan cuba merosakkan parti....HIDUP UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment