Semalam kerajaan nyaris-nyaris kalah dalam undian untuk meluluskan bajet 2010. Kerajaan menang pengundian tersebut dengan majoriti 3 (BN-66, PR-63). Implikasi jika kerajaan kalah dalam undian tersebut bermakna kerajaan akan kehilangan "moral authority" untuk terus menjadi kerajaan.
Tradisi di House of Commons UK mengambarkan bahawa kerajaan yang kalah dalam undian bajet patut berundur kerana dilihat sebagai kerajaan yang ditolak.
Sedih bila mengenangkan betapa "bodohnya" Ahli Ahli Parlimen Kerajaan BN.Mujurlah DARS tewas dalam PRU 12 hari tu.Kalau tidak beliau mungkin tersenarai dalam barisan dungu tersebut. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan benteng terakhir BN ini. Rasanya Datuk Nazri ( Menteri Di jabatan Perdana Menteri ). Sibuk sangat nak menghentam TUN sampai alpa dan lupa nak buat kerja sendiri. Harap Tok Najib fikir fikirlah ye.
Lucu bila terbaca dalam UTUSAN MALAYSIA " Menjawab satu soalan, Mohamed Nazri berkata:
“Saya berada di sini tiap-tiap hari, macam mana nak kata saya tak buat kerja?
“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir, baru nampak saya buat kerja.”
Hahaha...kalau bagi pistol saya rasa baik SiNazri ni ikut stail samseng..Bukan ke dia ni pun samseng jugak...Samseng kalau gagal buat kerja nanti bos bagi pistol suruh tembak kepala sendiri....
Jadi peristiwa semalam itu sepatutnya menjadi iktibar kepada ahli-ahli Parlimen BN. Dari segi jumlah, BN mempunyai 137 MP berbanding dengan 82 untuk Pakatan dan 3 bebas. Tidak ada sebab BN boleh kalah dalam undian. Mungkin kerana alpa dan ketidakperihatinan menyebabkan keadaan sedemikian rupa.
Menteri-menteri, timbalan menteri-menteri perlu berada di dalam dewan jika tidak mempunyai program di luar. Begitu juga dengan bekas-bekas menteri yang sejak kebelekangan ini jarang ke Parlimen. Malah pemimpin-pemimpin tinggi yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti masing-masing juga sepatutnya meluangkan masa untuk ke Parlimen.
Pembangkang akan menggunakan taktik "ambush" atau serang hendap untuk memalukan kerajaan dengan mengagalkan undian setiap rang undang-undang dan usul. Taktik ini tidak salah dari segi peraturan tetapi agak ketandusan moral.
Apapun, perlu ada perubahan dari segi pendekatan terhadap kehadiran di dalam Parlimen bagi pihak BN.
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Wednesday, December 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment