UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Tuesday, December 22, 2009
Memalukan!!!!!!
Terkejut saya apabila mendengar berita tentang kehilangan enjin jet pejuang , bukan satu tapi dua buah enjin jet pejuang F5E-Tiger lesap daripada kawalan keselamatan dan diseludup ke luar negara.
Apa nak jadi dengan sistem keselamatan negara dan selepas ini apa pula yang akan lesap... jet pejuang Sukhoi atau kapal selam Scorpene...????
Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .
Sebuah enjin yang hilang itu bernilai RM50 juta dan ini bermakna jumlah kerugian sebanyak RM100 juta.
Wang ringgit boleh dicari tetapi soal keselamatan negara tiada nilainya dan tidak boleh sama sekali ditolak ansur. Inilah yang membimbangkan kita kerana kecurian itu berlaku dalam kawasan yang tidak sepatutnya berlaku, iaitu di sebuah pangkalan udara yang sudah tentu dikawal ketat.
Bagaimana pula dengan kehilangan komputer / laptop yang digunakan semasa pilihanraya.Bagaimana pula dengan kehilangan wang pengundi luar yang sepatutnya diberi seperti yang dijanjikan. kehilangan wang yang sepatutnya digunakan semasa pilihanraya yang disalurkan kepada Ketua Bahagian untuk membantu calon.Kehilangan wang yang sepatutnya digunakan untuk aktivit aktiviti seperti Gerakan Daya Wawasan , Sukan komuniti , Program Belia....
Entahlah...Ingat wahai pemimpin pemimpin pilihan rakyat...jangan sampai duit haram mengalir dalam darah daging keturunan anda. Janganlah hairan kalau anak anda tak berjaya seperti anak orang lain...Itu semua adalah hasil duit haram yang disuap kemulut mereka.... Insaflah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment