Artikel Oleh : Redzuan Mohd Junid
Saban hari kita daripada yang berbangsa Melayu yang mempertahankan kedaulatan Melayu, Kedaulatan Raja-raja, kedaulatn Negara kini diasak bertubi-tubi oleh kaum minoriti didalam negara ini dengan isu isu ketuanan Melayu.
Setiap hari itu juga kita memendam perasaan marah, terhadap isu ini dipertikaikan.Hak hak orang melayu dipersoalkan.Dimana oarang orang melayu masa ini?
Apabila kita memperkatakan soal bangsa lain , adat istiadat bangsa lain , bangsa Melayu akan dikatakan rasist dan sebaliknya jika hak hak kita dipersoalkan kita tidak mampu untuk berbuat apa apa.
Pada kali ini kami tidak mahu melihat hanya terpekik terlolong pemimpin menyatakan protes, pada kali ini kami hanya mahu tindakan daripada pemimpin- sikap kurang ajar mereka semakin melampau- Gunakan peruntukan perlembagaan untuk tujuan ini. Cukup la Negaraku dipermaiankan tanpa tindakan, akibatnya kita dilihat sebagai pemimpin yang lemah walaupun lagu kebagsaan di perkotak katikkan oleh bangsa kiasu ini.
Terbaru bekas kabinet, Lim keng yek telah mempersoalkan secara terang isu isu ketuanan melayu, isu ini menjadi panas apabila ada seorang daripada menteri kabinet yang berbangsa Melayu mempersoalkan hak hak orang melayu bagi pihak pembangkang. Dengan jelas ianya menunjukkan bahawa didalam kabinet yang ada kini boleh dikatakan luar kawalan oleh Perdana Menteri.
Sepatutnya Perdana Menteri dengan segera mengambil tindakan yang tegas bagi menyelamatkan keadaan daripada isu ini terus dipermainkan oleh pihak pembangkang dan dari dalaman untuk mengelakkannya menjadi tidak terkawal.
Apa yang amat menghairankan dimana komponen UMNO yang lain? tidakkah mereka sensitif didalam hal ini- setakat ini hanya badan badan NGO sahaja yang telah mengambil tindakan membuat laporan polis.
Menurut perlembagaan artikel 153 -
Artikel 153
Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam . Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.
Apa yang kita lihat sekarang terlalau banyak isu isu perlembagaan yang dipertikaikan tanpa diambil tindakan oleh pihak kerajaan, apakah kerajaan kita terlalu kecut dan takut untuk berbuat demikian. Kerajaan yang lemah akan berakhir dengan keruntuhan empayar yang telah dibina.
Pengajaran harus dilakukan kepada individu ini, pada hemat saya ini bukan menghalang untuk kebebasan bersuara akan tetapai ini menunjukkan betapa mereka tidak menghormati apa yang telah termaktub didalam perlembagaan Malaysia. Adakah mereka ini layak untuk dikatakan sebagai seorang warganegara.
Sekarang mungkin agak kasar saya memperkatakan sehingga tahap warganegara, akan tetapi jika perkara ini dibiarkan maka dengan sewenangnya mereka akan mempremainkan apa yang termaktub. Tindakan harus dilakukan untuk memberikan pengajaran bahawa untuk menjadi warganegara yang baik seharusnya mereka menghormati hak hak yang termaktub bukan mempertikaikan,.
Semasa penubuhan Malaysia, Bangsa Melayu dengan murah hati telah memberikan taraf warganegara kepada mereka dengan rela hati walaupun dinegara lain mereka ini tidak diterima dengan mudah. Apakh mereka lupa?
Jika demikian sikap mereka, melalui peruntukan perlembagaan Malaysia yang termaktub (jika ada) kerajaan hendaklah melakukan sesuatu yang drastik untuk mempertahankan hak hak ini daripada dipertikaikan terus melalui perkenan Yang Di Pertuan Agong. Mungkin agak janggal atau kurang siuman saya memperkatakan perkara ini.
Didalam hal ini, terdapat 4 perkara yang termaktub didalam perlembagan iaitu, Raja raja Melayu,Agama Islam, Bahasa Melayu, Hak Hak keistimewaan orang Melayu, adalah telah diperuntukkan bahawa keempat tanggungjawab ini di pikul oleh Yang Du Pertuan Agong untuk dipertahankan.
Adalah jelas disini, didalam Under-Secretaries of State for the Colonies pada awal 1930-an mendapati bahawa kebanyakan kaum bukan Melayu tidak menganggap Malaya sebagai tanah air mereka.
Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura.
Ini jelas, menunjukkan bahawa mereka tiada nilai sensitif didalam hati mereka untuk memperjuangkan sesuatu untuk negara ini. Akan tetapai mereka berjuang untuk satu bangsa mereka dan seboleh-bolehnya untuk menguasai sepenuhnya negara ini.
Kerajaan Malaysia terlalu bersopan santun untuk menjaga hati kaum ini sedangkan kita dihina diasak melalui pelbagai bentu di tambah pula dengan segelintir bangsa Melayu sendiri yang menjadi dalang untuk melkicinkan lagi agenda mereka.
UMNO harus bangun, Melayu harus bangun untuk mempertahankan semua ini, Dato Seri Najib mempunyai tugas yang amat berat dan sebagai langkah yang pertama singkirkan Balaci atau talibarut yang ada didalam barisan sebagai pengajaran pertama. dan seterusnya merujukkan kepada perlembagaan lakukan sesuatu yang akan menjadi pengajaran kepada semua warganegara Malaysia bahawa negara ini masih ada kedaulatannya.
Jika tidak kami akan terus mencari “Mahathir kedua ” untuk melindungi hak hak bangsa ini.
Kami perlukan seorang pemimpin yang berani, tegas didalam mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara ini.
Kesimpulannya: mereka ini akn terus memainkan isu isu ketuanan Melayu tanpa henti sehingga mereka bertemu satu ttitik pemutus dan akan meyebabkan kita akan kehilangan segalanya.
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Thursday, December 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment