Saya berkesempatan menghadiri Majlis penutupan Program Kemas di Sg Baharu. Bersemangat sungguh ucapan Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan ( Calon Ahli Parlimen Parit Buntaq PRU 13 ) mungkin kalau ada rezeki. Entah berapa ribu dilaburkan duit rakyat untuk program di Sungai Baharu.
Tidak kurang juga hebatnya ucapan Mantan ADUN Kuala Kurau yang juga merupakan anak jati Kampung Sungai Baharu. Seolah olah nampak macam ada persaingan pula.Alangkah baiknya kalau Datuk Puhat yang menjadi calon Kuala Kurau. sekurang kurangnya ada la pula muka baru menggantikan yang telah lama. Bukannya Cikgu Salleh tak bagus , tapi saya kurang senang dengan sikap bermuka mukanya .
Kalau tengok dalam nada ucapannya sama sahaja. idea lama...mengulangi cerita zaman kanak kanaknya yang penuh kesusahan. Semua orang susah pada zaman dahulu , hairankah kita kalau zaman dahulu pergi sekolah jalan kaki , membantu ibu menjual kuih , mandi air parit...hairankah?....
Apa yang terkilan dihati saya kenapa Sungai Baharu sering dijadikan tempat untuk menganjurkan program besar besaran kerajaan. Tiada tempat lainkah di Parit Buntar untuk dibantu...Kalau lihat undi BN disana tetap tidak menyebelahi walaupun Anak jatinya menjadi YB...
Atau Cikgu Salleh telah mula menggunakan jarumnya melalui kenalan kenalannya yang berjawatan besar di kabinet untuk melobi? ataupun Datuk Puhat sendiri mula berangan berangan nak jadi YB...
Tak salah kalau Datuk Puhat bercita cita camtu...memang layak Datuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar atau DUN Kuala Kurau...sekurang kurangnya kita dapat merebut kembali satu kerusi atau lebih tepat lagi dapat menyelamatkan Perak.
Apapun saya harap kalau ada program besar besaran camtu janganlah tumpukan pada satu tempat sahaja...Buat kerja biar ikhlas bukannya minta dibalas....
UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Tuesday, December 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment