UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Sunday, December 13, 2009

Siapa Perintis BTN

Bapa Dr Wan Azizah isteri DS Anwar adalah pemikir dan perintis kepada penubuhan BTN. Beliau adalah pakar perangsaraf di bahagian keselamatan dalam negara di Jabatan Perdana Menteri.

Seorang rakan TM memaklumkan bahawa 10 tahun menjadi pegawai BTN dan sebelum itu menjadi fasilitator dan juga peserta kursus BTN 1979 menyatakan bahawa saat paling manis bila ada peserta yang mengalirkan air mata semasa berselawat dalam majlis perpisahan, menyesali akan waktu-waktu yang berlalu yang kosong tanpa halatuju sebagai umat di muka bumi .

BTN telah berjaya membuka minda bahawa mereka rupanya adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Paling tidak khalifah kepada diri sendiri , kepada keluarga , kepada komuniti dan kepada agama bangsa serta tanahair. Rupa-rupanya sebelum menghadiri kursus BTN mereka tidak terarah, tiada pedoman dan tidak ada semangat.

Hari ini bila isu BTN dimainkan oleh PR. Dr Hassan Ali membisu, DS Anwar Ibrahim membisu, Saifuddin Nasation seorang yang penting dalam BTN sebagai pengkuliah, penceramah pun membisu, Khalid gagap juga merupakan perserta perdana BTN juga sunyi sepi. Yang bercakap ialah Halimah yang tak pernah tengok modul pun.

Sebab apa mereka takut dengan BTN? Sebab bila tamat kursus baru nampak yang selama ini kita hidup dalam negara Islam yang tidak ada negara Islam yang terlebih baik daripada Malaysia. bersyukur kita kerana lahir dibumi bertuah ini. Walaupun dituduh tidak Islamik tetapi tidak ada satu pun masjid atau tokong diroboh kerana amarah dan dendam. Tanyalah kepada DS Anwar atau dikenali sebagai Pak Sheikh, Tanya kepada Dr Hassan Ali

Masa Nazri jadi Naib Ketua Pemuda dulu dia lah hero berceramah di kursus BTN untuk pemuda. Kemudian Mustafa Kamil Ayob diusung sana sini untuk bagi ceramah BTN. Hari ini orang ni tibai balik BTN.

Untuk pengatuan Salehudin Ayub , Nik Aziz dan ramai lagi, BTN tidak pernah burukkan orang. Tak percaya tanyalah bekas-bekas peserta kursus BTN. Tidak seperti Pas , ceramah setiap hari dan memburuk-burukkan orang lain terutama dari Umno.

Ceramah dalam BTN hanya berkisar soal soal nilai-nilai murni, dasar negara, Islam sebagi Ad-din. perjuangan bangsa dan ketahanan bangsa dan yang akhir ialah wawasan 2020. TM amat bersetuju dengan kenyataan Dr Puad Timbalan Menteri yaang menentang kenyataan Nazri Aziz bahawa modul BTN perlu dipertahankan dan hanya penambahbaikan yang perlu dilakukan. Nazri dalam kenyataannya menunjukkan dia hanya membodek boss seperti dilakukan di zaman Pak Lah. Tun Mahathir dilihat menjadi musuh utamanya. Tak tahulah apa agenda mereka, Mungkin Tun tahu banyak tentang beliau.

Dari : taiping mali

No comments: