UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Tuesday, June 29, 2010

Itulah UMNO

Bharian melaporkan:

UMNO tidak akan meletakkan ulama berkelulusan tinggi yang menyertainya baru-baru ini pada suatu kedudukan yang istimewa, sebaliknya mereka diharap dapat berdiri sebaris dengan anggota lain memperjuangkan dasar parti.

Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kedudukan mereka sama sahaja seperti ahli lain kerana perjuangan parti lebih mementingkan pegangan nilai.

"Tidak kiralah mereka yang menyertai itu ulama, guru atau pelajar, selagi mereka berpegang kepada dasar parti, mereka boleh berjuang bersama.

"Kita tidak mahu dilihat sebagai parti ekstrem dan kita akan perjuangkan Islam yang boleh diterima semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini, hari ini. - Bharian

***** Itulah UMNO...kalau dah jadi Ketua Bahagian...selagi boleh bernyawa , selagi itulah jawatan akan dipangku..Nasib baik lah dalam kubur tidak boleh buat meeting..Walaupun mempunyai ilmu menjulang tinggi jangan haraplah nak memegang jawatan dalam parti....Di Parit Buntar sendiri tidak kurang cerdik pandai dalam UMNO..tetapi semua dipancung kerana takut akan makan tuan... Nanti saya akan senaraikan nama AJK setiap sayap UMNO dah taraf pendidikan serta kerjaya mereka untuk direnung bersama...Insyaallah.**********************

2 comments:

Anonymous said...

aloo broo..bila nak bg senarai ni..lama tggu dah. nak tau gak pasal benda nih..x kan pandai tulih je kot

Anonymous said...

"Tauhu Bakar and Cendawan Goreng available now here at beloved Parit Buntar, North Perak. Come and join the club! Taman Wawasan, Parit Buntaq..."

untuk bulan posa da...