UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Tuesday, December 22, 2009

Memalukan!!!!!!



Terkejut saya apabila mendengar berita tentang kehilangan enjin jet pejuang , bukan satu tapi dua buah enjin jet pejuang F5E-Tiger lesap daripada kawalan keselamatan dan diseludup ke luar negara.

Apa nak jadi dengan sistem keselamatan negara dan selepas ini apa pula yang akan lesap... jet pejuang Sukhoi atau kapal selam Scorpene...????

Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .

Sebuah enjin yang hilang itu bernilai RM50 juta dan ini bermakna jumlah kerugian sebanyak RM100 juta.

Wang ringgit boleh dicari tetapi soal keselamatan negara tiada nilainya dan tidak boleh sama sekali ditolak ansur. Inilah yang membimbangkan kita kerana kecurian itu berlaku dalam kawasan yang tidak sepatutnya berlaku, iaitu di sebuah pangkalan udara yang sudah tentu dikawal ketat.

Bagaimana pula dengan kehilangan komputer / laptop yang digunakan semasa pilihanraya.Bagaimana pula dengan kehilangan wang pengundi luar yang sepatutnya diberi seperti yang dijanjikan. kehilangan wang yang sepatutnya digunakan semasa pilihanraya yang disalurkan kepada Ketua Bahagian untuk membantu calon.Kehilangan wang yang sepatutnya digunakan untuk aktivit aktiviti seperti Gerakan Daya Wawasan , Sukan komuniti , Program Belia....

Entahlah...Ingat wahai pemimpin pemimpin pilihan rakyat...jangan sampai duit haram mengalir dalam darah daging keturunan anda. Janganlah hairan kalau anak anda tak berjaya seperti anak orang lain...Itu semua adalah hasil duit haram yang disuap kemulut mereka.... Insaflah

Saturday, December 19, 2009

Malangnya Melayu Islam

Hati sedih tidak terkata. Gelora di dada kian membara. Melihat saban hari masyarakat Melayu semakin berpecah belah. Menjadi berkeping-keping buih di tengah lautan samudera. Fizikalnya kelihatan banyak mengunung, tetapi disentuh pecah berderai.

Kita tidak menyedari bahawa betapa parahnya keadaan bangsa kita pada hari ini. Betapa ramai yang memerlukan pembelaan dan pertolongan. Namun, seringkali diketepikan atas tiket politik. Dan betapa jua berjayanya bangsa kita menjadi musuh sesama mereka. Di kiri kanan musuh-musuh kita menunggu masa untuk meratah dan bersorak kegembiraan. Betapa segala kekayaan dikaut oleh orang lain, sedang kita merana di bumi sendiri.

Tidak habis-habis orang kita berpolimik politik. Umno dengan caranya, begitu juga pas dengan caranya. Ada nama politik kita mengenepikan semangat persaudaraan Islam sesama kita. Mulut bercerita pasal Islam, tetapi perbuatan kita langsung kontra dengan apa yang diucapkan. Tiadakah lagi sekelumit rasa cinta dan ukhuwah sesama Islam? Hanya kerana label Umno dan Pas , tembok permusuhan segagah tembok besar cina terbina dengan sendiri.

Politik itu ada di dalam Islam. Tetapi Islam masih di atas politik. Adakah kita berpolitik untuk memenangkan Islam, atau kita menggunakan istilah Islam sebagai alat politik. Ternyata kita semakin celaru. Yang terkeluar hanyalah maki hamun.

Utusan Melayu umumnya masyarakat sudah tahu akan perihal perangainya yang semula jadi menjadi pusat propaganda dan adu domba. Namun, bagaimana dengan perihal tuan guru kita yang asyik mencipta polemik dan bola tanggung yang terus menerus membingungkan orang awam seperti kita. Adakah kerana hanya satu perkara kecil iaitu doa, maka kita bergolok berparang untuk menegakkan kebenaran masing-masing?

Apakah tiada lagi istilah diplomasi di dalam kamus bangsa kita? Kerana doa maka kita terpaksa usung sepanduk ke sana ke mari. Lalu pihak yang satu lagi terpaksa juga mengadakan perhimpunan untuk 'counter-attack' tindakan yang di sebelah sini. Bukankah ia satu perbuatan yang bersifat kartun yang kadang-kadang susah diterima akal yang normal.

Andai kata isu di sini soal royalti, maka fokuskanlah kepada royalti. Usahlah dicanangkan bahawa kerana royalti itu disekat, maka kita hebahkan satu negara bahawa kita akan berdoa supaya yang menyekat itu akan diturunkan bala. Adakah itu sebenarnya akhlak dan adab seorang pemimpin Islam? Apakah itu contoh dan sunnah yang diturunkan oleh Rasulullah?

Cukup-cukuplah dengan polemik kita ini. Kembali lah fokus kepada perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Andai kata di dalam jemaah itu sendiri sudah berpecah-belah adakah mungkin agama itu akan terbela. Betulkan di dalam, barulah kita dapat fokus yang diluar. Andai di dalam rosak, maka hancur berkecailah jemaah itu. Rapatkan saf, betulkan barisan. Yang pasti islam itu bersaudara dan bukanlah perpecahan matlamat kita.

azzlie.blogspot.com

Wednesday, December 16, 2009

Bodohnya Ahli Parlimen BN

Semalam kerajaan nyaris-nyaris kalah dalam undian untuk meluluskan bajet 2010. Kerajaan menang pengundian tersebut dengan majoriti 3 (BN-66, PR-63). Implikasi jika kerajaan kalah dalam undian tersebut bermakna kerajaan akan kehilangan "moral authority" untuk terus menjadi kerajaan.

Tradisi di House of Commons UK mengambarkan bahawa kerajaan yang kalah dalam undian bajet patut berundur kerana dilihat sebagai kerajaan yang ditolak.

Sedih bila mengenangkan betapa "bodohnya" Ahli Ahli Parlimen Kerajaan BN.Mujurlah DARS tewas dalam PRU 12 hari tu.Kalau tidak beliau mungkin tersenarai dalam barisan dungu tersebut. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan benteng terakhir BN ini. Rasanya Datuk Nazri ( Menteri Di jabatan Perdana Menteri ). Sibuk sangat nak menghentam TUN sampai alpa dan lupa nak buat kerja sendiri. Harap Tok Najib fikir fikirlah ye.

Lucu bila terbaca dalam UTUSAN MALAYSIA " Menjawab satu soalan, Mohamed Nazri berkata:

“Saya berada di sini tiap-tiap hari, macam mana nak kata saya tak buat kerja?

“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir, baru nampak saya buat kerja.”



Hahaha...kalau bagi pistol saya rasa baik SiNazri ni ikut stail samseng..Bukan ke dia ni pun samseng jugak...Samseng kalau gagal buat kerja nanti bos bagi pistol suruh tembak kepala sendiri....

Jadi peristiwa semalam itu sepatutnya menjadi iktibar kepada ahli-ahli Parlimen BN. Dari segi jumlah, BN mempunyai 137 MP berbanding dengan 82 untuk Pakatan dan 3 bebas. Tidak ada sebab BN boleh kalah dalam undian. Mungkin kerana alpa dan ketidakperihatinan menyebabkan keadaan sedemikian rupa.

Menteri-menteri, timbalan menteri-menteri perlu berada di dalam dewan jika tidak mempunyai program di luar. Begitu juga dengan bekas-bekas menteri yang sejak kebelekangan ini jarang ke Parlimen. Malah pemimpin-pemimpin tinggi yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti masing-masing juga sepatutnya meluangkan masa untuk ke Parlimen.

Pembangkang akan menggunakan taktik "ambush" atau serang hendap untuk memalukan kerajaan dengan mengagalkan undian setiap rang undang-undang dan usul. Taktik ini tidak salah dari segi peraturan tetapi agak ketandusan moral.

Apapun, perlu ada perubahan dari segi pendekatan terhadap kehadiran di dalam Parlimen bagi pihak BN.

Tuesday, December 15, 2009

Sungai Baharu Lagi ?

Saya berkesempatan menghadiri Majlis penutupan Program Kemas di Sg Baharu. Bersemangat sungguh ucapan Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan ( Calon Ahli Parlimen Parit Buntaq PRU 13 ) mungkin kalau ada rezeki. Entah berapa ribu dilaburkan duit rakyat untuk program di Sungai Baharu.

Tidak kurang juga hebatnya ucapan Mantan ADUN Kuala Kurau yang juga merupakan anak jati Kampung Sungai Baharu. Seolah olah nampak macam ada persaingan pula.Alangkah baiknya kalau Datuk Puhat yang menjadi calon Kuala Kurau. sekurang kurangnya ada la pula muka baru menggantikan yang telah lama. Bukannya Cikgu Salleh tak bagus , tapi saya kurang senang dengan sikap bermuka mukanya .

Kalau tengok dalam nada ucapannya sama sahaja. idea lama...mengulangi cerita zaman kanak kanaknya yang penuh kesusahan. Semua orang susah pada zaman dahulu , hairankah kita kalau zaman dahulu pergi sekolah jalan kaki , membantu ibu menjual kuih , mandi air parit...hairankah?....

Apa yang terkilan dihati saya kenapa Sungai Baharu sering dijadikan tempat untuk menganjurkan program besar besaran kerajaan. Tiada tempat lainkah di Parit Buntar untuk dibantu...Kalau lihat undi BN disana tetap tidak menyebelahi walaupun Anak jatinya menjadi YB...

Atau Cikgu Salleh telah mula menggunakan jarumnya melalui kenalan kenalannya yang berjawatan besar di kabinet untuk melobi? ataupun Datuk Puhat sendiri mula berangan berangan nak jadi YB...

Tak salah kalau Datuk Puhat bercita cita camtu...memang layak Datuk menjadi calon di Parlimen Parit Buntar atau DUN Kuala Kurau...sekurang kurangnya kita dapat merebut kembali satu kerusi atau lebih tepat lagi dapat menyelamatkan Perak.

Apapun saya harap kalau ada program besar besaran camtu janganlah tumpukan pada satu tempat sahaja...Buat kerja biar ikhlas bukannya minta dibalas....

Monday, December 14, 2009

Masjid : Nga Atau UMNO Yang Salah

Media melaporkan, MP Taiping Nga Kor Ming mempersoalkan peruntukan yang tidak seimbang untuk masjid dan kuil atau gereja. Peruntukannya ialah RM746.26j untuk masjid dan cuma RM9j saja untuk kuil atau gereja.

Dikira berdasarkan bilangan apa pun, samada bilangan orang bukan Islam di negara ini atau bilangan kuil, gereja, tokong dan sebagainya, pada fikiran Nga, peruntukan itu adalah tidak seimbang.

Saya tidak bersetuju dengan Nga kerana dia mempersoalkannya, tetapi saya tidak marah kepadanya secara sembrono seperti orang Umno.

Sekali lagi, samada Nga atau sesiapa sahaja, mereka tidak berhak mempersoalkan itu semua.

Tetapi, timbul persoalan, mengapa Nga mempersoalkannya? Apa agenda Nga? Adakah Nga tidak tahu bahawa apa yang dipersoalkannya itu boleh membangkitkan kemarahan orang Islam termasuk orang Islam yang tidak ke masjid?

Saya fikir Nga tahu implikasinya, tetapi mengapa dipersoalkan juga? Nga musuh Islam? Nga anti Islam? Atau, apa?

Umno / BN memerintah negara ini sudah 50 tahun lebih. Masjid dikuasai oleh Umno kecuali masjid Rusila dan Masjid Pulau Melaka. Daripada siak sampai imam besar, semuanya hendaklah diisi oleh orang Umno.

Jangan sesiapa yang cuba-cuba berani mengajar atau menyampaikan kuliah di masjid tanpa kebenaran, tangkap. Masjid dibuka untuk solat berjemaah, itu pun dengan bilangan jemaah yang tidak seberapa. Kadang-kadang yang ada cuma bilal dan cicak. Bilal jadi imam dan cicak tak mungkin jadi makmum.

Pada hari Jumaat pula, perhatikan, mana yang ramai antara yang dengar khutbah dengan yang lena atau separuh lena? Bunyi khutbah seperti kumbang dalam lubang. Ada makmum yang sudah boleh menghafal khutbah imam. Ada imam yang tak boleh baca khutbah kalau buku khutbahnya dicuri anak muda nakal.

Mengapa imam itu kekal sebagai imam juga? Ya, kerana dia Umno. Adakah Umno sedar perkara ini? Masjid tidak dibersihkan dengan sempurna, mengapa tidak ambil siak lain? Ya, kerana dia Umno.

Saya berani katakan, tidak banyak sangat manfaat yang diperolehi oleh orang Islam daripada masjid.

Selain tempat untuk solat, apa yang orang Islam boleh dapat di masjid? Masjid ada perpustakaan? Ada kemudahan internet? Ada kemudahan sukan? Ada gelanggang silat? Ada gelanggang debat? Ada wacana ilmiah yang berat-berat? Ada pusat khidmat masyarakat? Ada pasar? Ada ambulan? Ada kerta jenazah? Ada kemudahan kenduri? Ada bilik penginapan musafir? Ada tandas yang bersih? Ada…

Aaahh, jangankan itu semua, pejabat masjid pun tidak ada. Itu belum cerita kasut dan motosikal yang hilang di masjid.

Kalau orang Islam sendiri tidak mendapat banyak manfaat daripada masjid selain sekadar simbol sahaja, apa pula manfaat yang diperolehi oleh orang bukan Islam? Saya ulangi, apa manfaat yang diperolehi oleh orang bukan Islam daripada masjid termasuk daripada Masjid Negara dan Masjid Putrajaya?

Masjid adalah sinonim dengan Islam. Islam adalah rahmat, demikian juga masjid. Islam rahmat untuk semua termasuk untuk orang bukan Islam, demikian juga masjid.

Kini, apa yang orang bukan Islam tahu daripada masjid ialah, masjid mengganggu tidur mereka pada waktu pagi dengan bacaan al-Quran daripada kaset sebelum masuk waktu Subuh lagi. Ini kerja siapa?

Lebih jauh lagi, mereka bukan mendapat manfaat, terkadang dihalau orang bukan Islam yang cuba mendekati masjid.

Kesimpulannya, masjid menjadi institusi yang dirasakan oleh orang bukan Islam sebagai memusuhi mereka. Pernahkah pimpinan masjid kita membantu orang bukan Islam yang menderita dan terlantar atau ditimpa musibah?

Aaahhh, jangankan orang bukan Islam, orang Islam pun tidak dibantunya. Jangankan pimpinan masjid kita membantu orang Islam yang tidak ke masjid, yang berulang-alik ke masjid pun tidak dibantunya. Apatah lagi orang bukan Islam.

Apa yang pimpinan masjid tahu ialah marahkan orang yang tidak datang ke masjid.

Sebab itu saya katakan, saya tidak setuju Nga membangkitkan perkara itu tetapi saya tidak marah kepadanya secara sembrono. Bukan kerana dia DAP, tetapi kerana kalau kita marahkan dia pun, tetapi masjid kita tetap begini juga, apa gunanya?

Nga mempersoalkan itu kerada dia merasakan dia dan orang-orang bukan Islam yang lain tidak mendapat apa-apa daripada kewujudan sekian banyak masjid di negara ini.

Orang Islam pula dapat apa daripada kuil? Ya, kalau daripada masjid kita mereka tidak mendapat apa-apa, mengapa kita mengharap sesuatu daripada kuil atau tokong mereka?

Dalam isu ini saya marahkan Umno kerana parti itu yang merosakkan institusi masjid kita. Mereka hanya tahu bina, itu pun untuk membela kontraktor mereka tetapi tidak tahu memanfaatkannya. Mereka bina masjid kemudian mereka ‘kunci’ masjid.

Masjid rosak bukan kerana digunakan tetapi kerana jarang digunakan. Apabila rosak, masjid pun dibaiki. Kerja-kerja membaikinya dapat kepada kontraktor Umno lagi. Masjid jadi tempat Umno buat duit bukan tempat ibadat dan membantu masyarakat.

Apa anda lupa bahawa Umno pernah merobohkan masjid? Anda lupa bahawa Mufti dilarang masuk masjid?

Mengapa masjid kita rosak? Kerana dikuasai oleh Umno. Siapa lebih layak kena marah, Nga atau Umno? Benar, lebih baik marahkan Umno daripada marahkan Nga.

Sunday, December 13, 2009

Matinya Pemuda UMNO Parit Buntar





Sekarang sekiranya memperkatakan pemuda ataupun bila orang cakap kita pemuda atau barisan kepimpinan Pemuda, ramai yang mencemeh bibir atau sekurang-kurangnya ramai yang takut?

Mencemeh dan takut, perkara biasa dalam kehidupan kerana itu merupakan asam garam kehidupan sesaorang.

Tetapi kalau mencemeh, kerana agak meluat dengan gelagat dan peragaan kebendaan individu-individu pemuda, ianya sesuatu yang lain daripada PEMUDA UMNO era yang terdahulu.

Wahai, Tokoh-tokoh pemuda berpakaian serba putih yang hanya keluar setahun sekali bila menjelangnya Pemilihan atau berhempas pulas bila adanya pertandingan , adakah anda semua telah mati sebelum Izrail datang bertandang?

Kemana perginya Cikgu Suhaimi dan pejuang pejuangnya dikala UMNO dalam keadaan amat memerlukan bala tentera yang gagah perkasa.Adakah masih sibuk menghabiskan pulus yang dilimpahi sewaktu menjilat Khairy si bacul.

Ataupun ketandusan idea apabila Jenderalnya dalam keadaan parah.Teruk sangat Pimpinan Pemuda ini yang menang tanpa bertanding untuk melakukan pelbagai program untuk pemuda . Adakah cukup dengan aktiviti bola sepak , memancing yang sudah ketinggalan zaman. awak tu cikgu...kreatif la sikit...ataupun awak ni cikgu shaari yang tahu main bola je...hari hari cikgu tidur mari kita main.

Sekiranya UMNO parti keramat, sudah membenarkan PEMUDAnya sedemikian skrip perjuangannya ia tentu akan menular kepada UMNO keseluruhannya. Pemimpin PEMUDA adalah pemimpin UMNO yang akan datang.

Kasihan kalau ditengokkan senarai barisan kepimpinan Pemuda UMNO Parit Buntar yang diterajui oleh Cikgu Suhaimi yg hari2 suka tidur ini.Naib tu kita sedia maklumlah...orang tambah cawangan UMNO dia tambah cawangan dia...pastu haru la dok menipu bini...pastu adik ipaq DARS yang ada atau tidak semangat UMNO nya. yang lain2 tu sama sama la kita sedia maklum......kemana hilangnya siperwakilan yang berkampung di KL minta dijelaskan segala Bil yang tertangguh...sungguh memalukan..

Hairan sungguh dengan sikap melayu yang tidak kasihankan melayu ni...Bukannya tiada barisan pemuda yang bertenaga di Parit Buntar...tetapi takut untuk diajak bersama kerana risaukan pengaruh akan hilang....

Bila dalam perhimpunan bahagian dihadapan si Jenderal buka main bersemangat bercakap. Pantang diusik ketuanya. disokong pula oleh si Roy yang tak habis habis suka mengampu. Yang ni nombor satu pelingkup UMNO

Mungkin boleh kita simpulkan, keadaan yang sedemikian juga menjadi salah satu sebab UMNO mengalami kemerosotan pemilih-pemIlih mengundi calon-calon BN (UMNO) pada PRU12 dan akibatnya, tsunami besar belaku tanpa kita duga!


Semoga Roh Pemuda UMNO Parit Buntar dicucuri rahmat dan dosa mereka kerana menjahanamkan bangsa melayu diampunkan Allah....Amin

Siapa Perintis BTN

Bapa Dr Wan Azizah isteri DS Anwar adalah pemikir dan perintis kepada penubuhan BTN. Beliau adalah pakar perangsaraf di bahagian keselamatan dalam negara di Jabatan Perdana Menteri.

Seorang rakan TM memaklumkan bahawa 10 tahun menjadi pegawai BTN dan sebelum itu menjadi fasilitator dan juga peserta kursus BTN 1979 menyatakan bahawa saat paling manis bila ada peserta yang mengalirkan air mata semasa berselawat dalam majlis perpisahan, menyesali akan waktu-waktu yang berlalu yang kosong tanpa halatuju sebagai umat di muka bumi .

BTN telah berjaya membuka minda bahawa mereka rupanya adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Paling tidak khalifah kepada diri sendiri , kepada keluarga , kepada komuniti dan kepada agama bangsa serta tanahair. Rupa-rupanya sebelum menghadiri kursus BTN mereka tidak terarah, tiada pedoman dan tidak ada semangat.

Hari ini bila isu BTN dimainkan oleh PR. Dr Hassan Ali membisu, DS Anwar Ibrahim membisu, Saifuddin Nasation seorang yang penting dalam BTN sebagai pengkuliah, penceramah pun membisu, Khalid gagap juga merupakan perserta perdana BTN juga sunyi sepi. Yang bercakap ialah Halimah yang tak pernah tengok modul pun.

Sebab apa mereka takut dengan BTN? Sebab bila tamat kursus baru nampak yang selama ini kita hidup dalam negara Islam yang tidak ada negara Islam yang terlebih baik daripada Malaysia. bersyukur kita kerana lahir dibumi bertuah ini. Walaupun dituduh tidak Islamik tetapi tidak ada satu pun masjid atau tokong diroboh kerana amarah dan dendam. Tanyalah kepada DS Anwar atau dikenali sebagai Pak Sheikh, Tanya kepada Dr Hassan Ali

Masa Nazri jadi Naib Ketua Pemuda dulu dia lah hero berceramah di kursus BTN untuk pemuda. Kemudian Mustafa Kamil Ayob diusung sana sini untuk bagi ceramah BTN. Hari ini orang ni tibai balik BTN.

Untuk pengatuan Salehudin Ayub , Nik Aziz dan ramai lagi, BTN tidak pernah burukkan orang. Tak percaya tanyalah bekas-bekas peserta kursus BTN. Tidak seperti Pas , ceramah setiap hari dan memburuk-burukkan orang lain terutama dari Umno.

Ceramah dalam BTN hanya berkisar soal soal nilai-nilai murni, dasar negara, Islam sebagi Ad-din. perjuangan bangsa dan ketahanan bangsa dan yang akhir ialah wawasan 2020. TM amat bersetuju dengan kenyataan Dr Puad Timbalan Menteri yaang menentang kenyataan Nazri Aziz bahawa modul BTN perlu dipertahankan dan hanya penambahbaikan yang perlu dilakukan. Nazri dalam kenyataannya menunjukkan dia hanya membodek boss seperti dilakukan di zaman Pak Lah. Tun Mahathir dilihat menjadi musuh utamanya. Tak tahulah apa agenda mereka, Mungkin Tun tahu banyak tentang beliau.

Dari : taiping mali

Istimewakah Fatine ?

Nampaknya banyak sungguh ruang maya yang memberi 'coverage' dan keistimewaan kepada perkahwinan TERLARANG antara Ian Young dan Fatine. Pertemuan mesra di Starbucks KLCC, akhirnya membawa FATINE ke suatu hubungan yang istimewa dengan jejaka Britain. Sejujurnya, ada juga keayuan di wajah FATINE.

Ada juga sinar kewanitaan di wajah FATINE. Ramai juga di kalangan NGO, Ahli Parlimen PKR yang sudah mula menjerit dan mendesak agar kerajaan memberi LAYANAN ISTIMEWA kepada Fatine. Mereka menganggap apa yang berlaku bukan pilihan Fatine. Lebih menarik, ada yang kata - Fatine mesti diberikan kebebasan untuk memilih jalan hidupnya.

Malaysiakini, Nutgraph, Malaysia Today - adalah beberapa webportal yang bersungguh menginginkan agar Fatine diberikan layanan istimewa. Apa bezanya sangat Fatine ini? Kerana dia berkahwin dengan jejaka Britain mungkin - sebab itulah 'modal politik'nya tinggi. Kalau setakat lelaki main jubur lelaki - rasanya setiap malam di kawasan Chow Kit pun kita boleh dapat.

Yang mempunyai kedudukan dan kewangan sedikit (mungkin boleh pergi ke Tivoli Villas - atau mana sahaja kawasan di Bangsar dan Damansara Heights). Boleh sahaja. Tak jadi hal pun. Ian Young pastinya lebih tahu dengan kehebatan Fatine. Pasti ada keistimewaan dan kehebatan yang kita tak nampak. Samalah juga, kita TAK NAMPAK bahawa seorang bekas Timbalan Perdana Menteri kita adalah seorang 'bisexual' yang luar biasa.

Ada seorang teman dalam PKR memberitahu, Anwar dan seks - kurang sedikit sahaja daripada Sukarno. Soekarno (ejaan betul) adalah seorang pemimpin yang melihat seks sebagai menenangkan fikiran. Banyak kali, mesyuarat penting dihentikan sementara untuk Pak Soekarno melakukan seks dengan isterinya. Barulah fikiran jadi lega dan tenang. Anwar kurang sedikit daripada itu. Tetapi fikirannya akan tetap berlegar di sekeliling keperluan mendapatkan seks, tak kira daripada Kak Wan atau insan lain.

Kecenderungan banyak laman web pembangkang untuk memperjuangkan nasib Fatine ini rupa-rupanya sebahagian daripada usaha untuk meliberasasikan undang-undang dan membenarkan perkahwinan sejenis. Mereka ini kan liberal. Sanggup buat apa sahaja. Kalau tak dapat perempuan, lelaki pun jadi. Makanya, beria-ialah laman web pro pembangkang mahu meletakkan Fatine sebagai IKON PERJUANGAN liberalisme mereka. Hina sungguh permainan mereka ini.

Orang macam RPK, yang tunggang arak macam minum air suam diberikan kebebasan sepenuhnya bercakap tentang Islam? Bayangkan? Siapa RPK? Dia dan keluarganya tidak mengamalkan pun ajaran Islam. Sekadar ada pada IC. Tetapi bercakap pasal Islam macam pernah belajar di Jordan. Siapa beri RPK points agama kalau tak orang PAS? Apakah ini memberi makna PAS juga mahu pertahankan Fatine? Nauzubillah. Harapnya tidak.

YB Zulkifli Noordin yang seringkali penulis dengar ceramahnya di Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa pun mahu pertahankan Fatine. Sisters in Islam juga. Banyak lagi pihak yang mahukan Fatine diberikan kebebasan untuk memilih jalan hidupnya. Apakah perjuangan Fatine ini mahu diisbatkan dengan amalan seks Anwar yang luar tabii?

Anwar dan Fatine - adalah dua manusia yang diberikan 'kehebatan' dalam pengamalan seks masing-masing. Kedua-duanya ada kecenderungan luar tabii. Sekurang-kurangnya Fatine lebih ikhlas dan jujur daripada Anwar yang selalu berselindung di sebalik ayat Quran dan hadith. Agaknya, apakah hukum untuk mendengar tazkirah agama daripada seorang yang bernama Anwar?

Fatine secara nyata dan jelas seorang TRANSSEXUAL - tapi apa jadi dengan seorang yang seperti Anwar? Apa kategori Anwar ini?

Kita kena hati-hati dengan usaha mempertahan Fatine. Hakikatnya, perjuangan besarnya adalah untuk mempertahan Anwar. Kalau Fatine boleh diterima masyarakat. Kenapa tidak Anwar?

Friday, December 11, 2009

Penghulu Baru Parit Buntar

Parit Buntar - Pelantikan Penghulu Mukim Parit Buntar yang baru, Ahmad Shah Hamid disambut baik penduduk di mukim berkenaan kerana ia bakal menceriakan kembali pentadbiran di kawasan itu yang sebelum ini dilanda kontroversi.

Bagi meraikan kehadiran penghulu baru itu, satu majlis gotong-royong membersihkan kawasan pekarangan pejabat penghulu berkenaan diadakan, melibatkan penyertaan ketua kampung dan Jawatankuasa Kampung (JKK) di sekitar Mukim Parit Buntar.

Sebuah taman landskap dibina bagi mengindahkan lagi pemandangan pejabat berkenaan, sekali gus memberi semangat kepada penghulu baru itu untuk menjalankan tugas dengan lebih efisien.

Ketua Kampung Denistown, Ishak Mohamad berkata, penduduk mengalu-alukan kedatangan penghulu baru berkenaan kerana ia memberi semula harapan baru kepada Mukim Parit Buntar untuk mencapai pembangunan yang berterusan.

Menurutnya, beliau gembira dan berbangga menerima kehadiran Ahmad Shah yang mempunyai visi dan misi baru untuk penduduk di mukim berkenaan.

“Hasrat Kerajaan Negeri untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat awam di sini akan terlaksana dengan kepimpinan yang baru ini,” katanya.

Thursday, December 10, 2009

Kenapa UMNO Diam

Artikel Oleh : Redzuan Mohd Junid

Saban hari kita daripada yang berbangsa Melayu yang mempertahankan kedaulatan Melayu, Kedaulatan Raja-raja, kedaulatn Negara kini diasak bertubi-tubi oleh kaum minoriti didalam negara ini dengan isu isu ketuanan Melayu.

Setiap hari itu juga kita memendam perasaan marah, terhadap isu ini dipertikaikan.Hak hak orang melayu dipersoalkan.Dimana oarang orang melayu masa ini?

Apabila kita memperkatakan soal bangsa lain , adat istiadat bangsa lain , bangsa Melayu akan dikatakan rasist dan sebaliknya jika hak hak kita dipersoalkan kita tidak mampu untuk berbuat apa apa.

Pada kali ini kami tidak mahu melihat hanya terpekik terlolong pemimpin menyatakan protes, pada kali ini kami hanya mahu tindakan daripada pemimpin- sikap kurang ajar mereka semakin melampau- Gunakan peruntukan perlembagaan untuk tujuan ini. Cukup la Negaraku dipermaiankan tanpa tindakan, akibatnya kita dilihat sebagai pemimpin yang lemah walaupun lagu kebagsaan di perkotak katikkan oleh bangsa kiasu ini.

Terbaru bekas kabinet, Lim keng yek telah mempersoalkan secara terang isu isu ketuanan melayu, isu ini menjadi panas apabila ada seorang daripada menteri kabinet yang berbangsa Melayu mempersoalkan hak hak orang melayu bagi pihak pembangkang. Dengan jelas ianya menunjukkan bahawa didalam kabinet yang ada kini boleh dikatakan luar kawalan oleh Perdana Menteri.

Sepatutnya Perdana Menteri dengan segera mengambil tindakan yang tegas bagi menyelamatkan keadaan daripada isu ini terus dipermainkan oleh pihak pembangkang dan dari dalaman untuk mengelakkannya menjadi tidak terkawal.

Apa yang amat menghairankan dimana komponen UMNO yang lain? tidakkah mereka sensitif didalam hal ini- setakat ini hanya badan badan NGO sahaja yang telah mengambil tindakan membuat laporan polis.

Menurut perlembagaan artikel 153 -

Artikel 153

Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam . Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Apa yang kita lihat sekarang terlalau banyak isu isu perlembagaan yang dipertikaikan tanpa diambil tindakan oleh pihak kerajaan, apakah kerajaan kita terlalu kecut dan takut untuk berbuat demikian. Kerajaan yang lemah akan berakhir dengan keruntuhan empayar yang telah dibina.

Pengajaran harus dilakukan kepada individu ini, pada hemat saya ini bukan menghalang untuk kebebasan bersuara akan tetapai ini menunjukkan betapa mereka tidak menghormati apa yang telah termaktub didalam perlembagaan Malaysia. Adakah mereka ini layak untuk dikatakan sebagai seorang warganegara.

Sekarang mungkin agak kasar saya memperkatakan sehingga tahap warganegara, akan tetapi jika perkara ini dibiarkan maka dengan sewenangnya mereka akan mempremainkan apa yang termaktub. Tindakan harus dilakukan untuk memberikan pengajaran bahawa untuk menjadi warganegara yang baik seharusnya mereka menghormati hak hak yang termaktub bukan mempertikaikan,.

Semasa penubuhan Malaysia, Bangsa Melayu dengan murah hati telah memberikan taraf warganegara kepada mereka dengan rela hati walaupun dinegara lain mereka ini tidak diterima dengan mudah. Apakh mereka lupa?

Jika demikian sikap mereka, melalui peruntukan perlembagaan Malaysia yang termaktub (jika ada) kerajaan hendaklah melakukan sesuatu yang drastik untuk mempertahankan hak hak ini daripada dipertikaikan terus melalui perkenan Yang Di Pertuan Agong. Mungkin agak janggal atau kurang siuman saya memperkatakan perkara ini.

Didalam hal ini, terdapat 4 perkara yang termaktub didalam perlembagan iaitu, Raja raja Melayu,Agama Islam, Bahasa Melayu, Hak Hak keistimewaan orang Melayu, adalah telah diperuntukkan bahawa keempat tanggungjawab ini di pikul oleh Yang Du Pertuan Agong untuk dipertahankan.

Adalah jelas disini, didalam Under-Secretaries of State for the Colonies pada awal 1930-an mendapati bahawa kebanyakan kaum bukan Melayu tidak menganggap Malaya sebagai tanah air mereka.

Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura.

Ini jelas, menunjukkan bahawa mereka tiada nilai sensitif didalam hati mereka untuk memperjuangkan sesuatu untuk negara ini. Akan tetapai mereka berjuang untuk satu bangsa mereka dan seboleh-bolehnya untuk menguasai sepenuhnya negara ini.

Kerajaan Malaysia terlalu bersopan santun untuk menjaga hati kaum ini sedangkan kita dihina diasak melalui pelbagai bentu di tambah pula dengan segelintir bangsa Melayu sendiri yang menjadi dalang untuk melkicinkan lagi agenda mereka.

UMNO harus bangun, Melayu harus bangun untuk mempertahankan semua ini, Dato Seri Najib mempunyai tugas yang amat berat dan sebagai langkah yang pertama singkirkan Balaci atau talibarut yang ada didalam barisan sebagai pengajaran pertama. dan seterusnya merujukkan kepada perlembagaan lakukan sesuatu yang akan menjadi pengajaran kepada semua warganegara Malaysia bahawa negara ini masih ada kedaulatannya.

Jika tidak kami akan terus mencari “Mahathir kedua ” untuk melindungi hak hak bangsa ini.

Kami perlukan seorang pemimpin yang berani, tegas didalam mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara ini.

Kesimpulannya: mereka ini akn terus memainkan isu isu ketuanan Melayu tanpa henti sehingga mereka bertemu satu ttitik pemutus dan akan meyebabkan kita akan kehilangan segalanya.

Wednesday, December 9, 2009

Anuar Pengkhianat

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan sendiri orang Melayu.

Anuar Shaari yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar berkata, walaupun begitu, masih ada yang tidak menyedari gerakan liciknya itu mampu menghancurkan bangsa tersebut dan Islam.

“Dia sememangnya licik mengatur strategi politik sehingga menyebabkan sebilangan orang Melayu menjadi begitu taksub kepadanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bahawa orang Melayu akan hancur jika terus menyokong Anwar dan konco-konconya.

Ibrahim berkata, Anwar sanggup menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada Pas dan DAP tanpa memikirkan kepentingan dan nasib orang Melayu dan Pas.

Anuar menambah, setelah Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjaya mencabut akar orang Melayu di dalam PKR.

“Dia mengatakan PKR adalah parti pelbagai kaum dengan berteraskan orang Melayu tetapi selepas 2004, itu semua telah bertukar,” katanya.

Anuar memberitahu, ketika berceramah di hadapan orang Melayu, pemimpin pembangkang itu menunjukkan dirinya sebagai juara kepada kaum itu menyebabkan mereka percaya setiap apa yang dikatakannya.

“Tetapi apabila di depan kaum lain, Anwar cakap lain. Dia memang pandai menggunakan kebolehan perhubungan awamnya itu,” katanya.

Katanya, Anwar sanggup melakukan apa sahaja cara untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Sebab itu dia akan berusaha walau apa cara sekalipun. Hubungannya dengan beberapa pihak di luar negara juga amat jelas walau sebanyak mana dia nafikan. Itu semua untuk kepentingan peribadinya,” katanya.

Sehubungan itu, Anuar menasihatkan orang Melayu yang masih percayakan Anwar supaya sedar dan meninggalkannya.

Sumber: Utusan Malaysia 9 Dis 2009

Mana Perginya Pemimpin Melayu

Semakin hari semakin ramai yang tidak takut dalam mempersoalkan hak orang ISLAM MELAYU...
Lebih teruk lagi bila ada orang melayu yang menyokong penentangan HAK ORANG MELAYU ini...

Sebenarnya saya ingin mengulas kebiadaban Nga Kor Ming dari DAP dan Tun Lim Keng Yaik dari GERAKAN dalam mempersoalkan hak orang ISLAM MELAYU...

Nga Kor Ming dengan biadap mempersoalkan pembinaan MASJID di Malaysia di mana Malaysia merupakan NEGARA ISLAM dan ISLAM sebagai AGAMA RASMI MALAYSIA...
Nga Kor Ming yang sebelum ini pernah mempergunakan AYAT AL-QURAN dan kini mempersoalkan keistimewaan ISLAM...

Inilah yang dimahukan oleh PAS...
Inilah ISLAM yang diajar oleh PAS kepada DAP...
DAP, GERAKAN, MCA, MIC, PPP, HINDRAF, PKR dan parti-parti bukan islam tidak ada hak untuk mempersoalkan KEISTIMEWAAN ISLAM !!!!!!

Lim Keng Yaik pula dengan biadab mempersoalkan KETUANAN MELAYU pada masa yang sama Lim Keng Yaik juga bersifat perkauman apabila mengajak masyarakat bukan melayu menentang serta mempersoalkan KETUANAN MELAYU...
Lim Keng Yaik perlu tahu bahawa, kami orang Melayu juga tidak takut dalam menentang mereka...

Gerakan perlu sedar mereka antara penyebab BESAR BN tidak mendapat 2/3 parlimen dan kalah di P.Pinang pada PRU12...
Gerakan perlu ingat masyarakat melayu tidak pernah takut memperjuangkan HAK ORANG MELAYU...

DAP, GERAKAN, MCA, MIC, PPP, HINDRAF, PKR dan parti-parti bukan islam tidak ada hak untuk mempersoalkan KETUANAN MELAYU !!!!!!

saya bukan bersifat perkauman tetapi mereka sudah terlalu biadap...
Saya percaya ORANG MELAYU tidak takut menyahut cabaran YB IBRAHIM ALI dalam mempertahankan hak ORANG MELAYU... Tetapi, Mana pergi UMNO??? Mana PAS???

Sekiranya PAS dan UMNO pun berdiam apatah lagi PKR...
Semua penakut.... Tidak ada keberanian dalam menentang kebiadaban Nga Kor Ming dan Lim Keng Yaik!!!

Masihkah anda ingat dengan PERISTIWA 13 MEI????
Ingatlah bahawa ORANG MELAYU tidak takut menempuh semula peristiwa ini.....
Kami juga sanggup sahut cabara YB IBRAHIM ALI !!!!!

JANGAN MINTA 13 MEI DARIPADA KAMI ORANG ISLAM MELAYU !!!!!!!!!!!!!!!!

PETIKAN BLOG : http://merevolusikandiri.blogspot.com

Hidup BTN

Tak habis habis lagi isu BTN. Masing masing cuba membuka pekung didada. DS Nazri Aziz pula bertikam lidah dengan Tun. Nik aziz pula mula menyertai Kedah dan Selangor menghalang kakitangan kerajaan negeri mengikuti program BTN.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai peserta BTN memang tidak dapat dinafikan yang peranan BTN dalam menaikkan semangat melayu yang kalau dibiarkan semakin layu. Tidak salah kalau pihak kerajaan menggunakan saluran BTN untuk mengajak peserta menyokong kerajaan. kalau ditakdirkan Pakatan memerintah sekalipun saya rasa mereka akan menggunakan saluran tersebut. salahkah jika kita gunakan agensi kita untuk menyokong kita...Salahkah?

Salahkah jika PAS menggunakan Harakah untuk menceritakan kebaikkan PAS? Salahkah jika Keadilan menggunakan Suara Keadilan untuk menceritakan kebaikkan Parti Keadilan. salahkah? Pernahkah kita membaca Harakah menyerang PAS?....

Terkejut saya apabila NIk Aziz ( Kelantan ) mengikut jejak Selangor dan Kedah. nampaknya Nik Aziz sudah ibarat lembu yang dicucuk hidung...tidak lagi mempunyai pendirian dan kekuatan sendiri. Nik Aziz bukanlah seperti Nik Aziz yang saya pernah kenali dan hampir hampir saya mengagungkan kepimpinan beliau.

Dulu saya selalu berdoa kalaulah BN berjaya menyapu bersih semua kerusi, janganlah Kelantan. Saya mahu kelantan terus ditadbir oleh orang melayu ( Islam ) bukannya melayu yang bersahabat dengan kapir. Ibarat manusia yang bersahabat dengan syaitan yang ingin menghancurkan Islam.

Sudahlah Nik Aziz ....tinggalkan lah daki dunia...bagilah peluang orang yang lebih waras memimpin Islam.

Yang Si Nazri ni apa pulak halnya. Saya sokong apa yang dicakapkan oleh TUN. Saya sendiri ada menonton kenyataan Sinazri ni di TV3 selepas pembangkang mengecam BTN.tak sabar sabar mengeluarkan statement hendak mengkaji pelaksanaan BTN. nampak sangat BTN ni ada kepincangannya... Bodoh punya Nazri...Orang macam nazri ni tidak perlu disimpan...kaki bodek..perangai samy vellu....

Apapun saya berharap Dato Najib tidak cepat melatah...peliharalah BTN kerana ia merupakan aset penting untuk menaikkan semangat bangsa. Cuma janganlah BTN diperalatkan untuk kepentingan individu macam yang DARS lakukan.

Sunday, December 6, 2009

Siasat Segera Tragedi KB Mall








Dua maut kereta terjunam dari parkir pasar raya
06/12/2009 8:26pm
KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.
Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.
— BERNAMA

Siapalah agak agak nya yang meluluskan projek Parking Maut ini. Harap YB Cina Islam dapat segera menyiasat Tragedi ini....