UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Friday, July 27, 2012

RENUNGKANLAH WAHAI MELAYU

Selepas perhimpunan mega 20 Mei di Kuantan yang berjaya memaksa kerajaan untuk  menyediakan sebuah sekolah tinggi persendirian Cina di ibu negeri Pahang itu, para pendidik Cina sekali lagi merancang mengadakannya, kali ini di kubu kuat BN - Johor.


NONEDianjurkan bersama dengan Dong Zong - badan payung
lembaga gabenor sekolah-sekolah Cina - dan kumpulan serta persatuan pendidikan Cina di Johor, perhimpunan kali ini bertujuan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 2,000 orang di Padang Kg Abdullah di Segamat pada hari Ahad ini.


Mereka mahu kerajaan memberi lampu hijau untuk sama ada memulihkan semula Sekolah Tinggi Persendirian Cina Seg Hwa atau menyediakan sebuah sekolah persendirian Cina yang baru di Segamat.


"Kami berharap kerajaan akan memenuhi tuntutan rakyat itu dan meluluskan penubuhan sebuah sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat secepat mungkin," kata Dong Zong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lepas.


Ia menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan pada 29 Julai dengan berpakaian merah, manakala persatuan Cina di seluruh negara pula sedang sibuk menyewa bas untuk membawa ahli-ahli mereka ke Segamat.


Masyarakat Cina di Segamat telah menuntut sebuah sekolah tinggi persendirian Cina diwujudkan di situ sejak tahun 1980-an.


Sekolah Tinggi Persendirian Cina Seg Hwa di Segamat telah ditukar menjadi sekolah menengah kebangsaan selepas pengenalan Akta Pelajaran 1961.


Kini terdapat 60 sekolah menengah persendirian Cina di seluruh negara. Ia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengajaran dan ditadbir oleh lembaga gabenor mereka sendiri.


  • Kuek Ser Kuang Keng  ( MALAYSIAKINI )
  • 10:01AM Jul 27 2012

Tuesday, July 24, 2012

Komunis Masih Ada ?????

Unsur unsur komunis masih ada di negara ini. Di dalam beberapa bentuk. Jika tidak menggunakan nama komunis atau benar benar menjalankan segala apa yang di anggap komunis dari segi konsep dan praktis fahaman itu di zaman komunis dahulu, mereka menjalankan sebahagian dari strategi dan taktik komunis itu.

Komunis tidak demokratik, tidak memberi peluang orang lain bersuara, semua kena ikut kata kata dan kemahuan orang yang pegang kuasa. Ini nyata ada di DAP. Dahulu Lim Kit Siang, sekarang Lim Guan Eng, berpendirian autokratik, ahli ahli DAP mesti ikut apa kata dia sahaja. Sehingga Penegerusi DAP, Karpal Singh, dan Timbalan Ketua Menteri DAP, Ramasamy, di kenakan Perintah Tututp Mulut, Gag Order. Beberapa orang yang memegang jawatan dalam parti telah di pecat dari parti kerana tidak mengikut kemahuan mereka. DAP peringkat negeri pun sudah ikut cara itu - yang terakhir berlaku di DAP Johor.


Mereka yang berfahaman komunis juga ada mengambil bahagian di pergaduhan kaum 13 Mei 1969 yang di cetuskan oleh DAP yang di ketuai oleh Lim Kit Siang di masa itu. Ini di nyatakan di buku kecil bertajuk "13 May 1969: A Tragedy", di terbitkan oleh National Operations Council, October 1969 - boleh di google untuk mendapat butir butir lanjut. DAP mirip komunis juga boleh di lihat dari pendirian Lim Kit Siang sendiri. Dia mahukan ketua pengganas komunis Chin Peng di benarkan masuk Malaysia. Dan banyak lagi contoh contoh yang menunjukkan ahli ahli dan penganut penganut DAP menggunakan strateji dan taktik komunis.


Maka benar bahawa sepatutnya Kerajaan jangan mansuhkan akta akta yang mustahak seperti ISA dan Akta Hasutan itu selagi belum ada gantinya. Sekarang pihak berkuasa perlu perhatikan dengan rapi dan ambil tindakan awal "to nip in the bud" kelakuan kelakuan yang serupa dengan strateji dan taktik komunis itu yang mengancam keselamatan negara.

Saturday, July 21, 2012

PAS Menipu Lagi

Tidak cukup dengan mengerahkan penganut-penganutnya untuk membuat kerja sia-sia menyertai Himpunan Oren, tetapi PAS juga melakukannya dengan menipu peneroka hidup-hidup.


Mana tidaknya, dalam berarak, berdemo dan berniaga menjual baju oren, hijau dan sebagainya konon memohon agar saham FGV digantung, tetapi puak-puak PAS sendiri kelam kabut menyambar saham FGV.

Ini terbukti apabila kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah mengesahkan pemilikan 500,000 saham FGVH yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datu Abdul Rahman Ibrahim.


PKNK pada awalnya memohon 1 juta unit tetapi MITI hanya meluluskan separuh sahaja. PKNK telah melanggan saham tersebut dengan harga RM4.55 seunit dan melabur sejumlah RM 2,275,000.

Malah, PKNK juga telah mendapat keuntungan kasar sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit.

Kita terima alasan PKNK bahawa pemilikan saham tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana PKNK pastinya melihat kepada keuntungan. Dalam ertikata lain, penyenaraian itu membawa kebaikan iaitu keuntungan kepada banyak pihak.


Tetapi, kita merasa hairan dengan pendirian PKNK ini kerana PKNK adalah sebuah organisasi di bawah pengurusan kerajaan PAS dan pastinya wajib bertindak selaras dengan aspirasi dan perjuangan PAS.

Dengan mengambil pendirian berbeza, kita tertanya-tanya, apakah ini menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak bersetuju dengan PAS Pusat sekali lagi...? Selama ini, kepimpinan Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah sering dikritik sebagai ‘berlainan arah’ dengan PAS Pusat sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk ‘memandu’ Ustaz Azizan.


Kali ini, susah-susah PAS mengerahkan ahli agar menyertai Himpunan Oren tetapi Ustaz Azizan pula membiarkan PKNK bertindak sebaliknya dengan membeli saham yang ditentang oleh Himpunan Oren.

Apakah ini masalah pendirian yang berbeza antara PAS Pusat dengan PAS Kedah ataupun apakah ini bukti bahawa PAS secara keseluruhannya menerima baik penyenaraian FGVH dan Himpunan Oren hanyalah gimmick politik murahan...?


Mungkinkah ada dari kalangan para pemimpin PAS yang sengaja ingin menipu peneroka agar melepaskan pemilikan saham mereka sementara pemimpin PAS sendiri berebut-rebut membelinya?

Kita percaya, PAS sedia maklum bahawa penyenaraian itu adalah satu keputusan yang tepat dan PAS juga tahu bahawa Himpunan Oren tidak akan membawa apa-apa perubahan iaitu penyenaraian tidak boleh ditarik balik dan saham tidak boleh digantung.


Oleh itu, tindakan PKNK membeli saham FGVH adalah tindakan yang pastinya direstui oleh PAS Pusat walaupun tidak secara nyata.

Nampaknya, para peserta Himpunan Oren telah benar-benar terpedaya oleh permainan politik PAS. Nasib baik himpunan tersebut tidak bertukar ganas sepertimana BERSIH 3.0 jika tidak mereka mungkin tercedera atau kehilangan nyawa kerana sesuatu yang sia-sia.


Begitupun, PAS hanya berjaya menipu segelintir peneroka dan penganutnya sahaja iaitu dalam jumlah tidak sampai 5,000 orang pun berbanding sasaran 20,000 orang untuk menyertai himpunan tersebut.

Mungkin ramai dari penganut PAS sendiri sudah dapat membaca kelicikan pemimpin-pemimpin mereka dan tidak sanggup lagi membodohkan diri berpanas dan mungkin berhujan, berarak membawa memorandum yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa.


Kerana itu, penganut-penganut PAS hanya menyambut dingin arahan kerahan rasmi bertulis untuk menyertai himpunan tersebut.

Entah bila parti PAS ini akan berhenti menipu rakyat dan mula bekerja. Pilihanraya semakin hampir, tetapi PAS masih tidak serik menggunakan strategi politik jahat lagi murahan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Sunday, July 8, 2012

PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU 13

Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.
Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.
Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.
Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama. 
Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.
Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.
Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.
Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.
Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.
Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.
Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.
Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.
Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.
Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.
Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.
 
Credit : Belimbing Bintang