UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Thursday, October 29, 2009

PARTI KITAR SEMULA

Tahun ni sahaja kita menyaksikan adun-adun yang bermasalah melompat sebagai bebas (Umno) Bukan itu sahaja pemimpin Umno bermasalah dipilih jadi calon Umno dalam pilihanraya kecil.Kita imbau beberapa kes yang berlaku:

1. 3 adun dari Perak menyertai Umno@BN -dua daripadanya melompat setelah dituduh rasuah.

2. Dato Ibrahim Ali -jaguh pemegang rekod lompat berganti-ganti dunia -jadi wakil bebas (Umno)

3. Rohaizat calon Umno Permatang Pasir - dakwaan skandal dan penipuan semasa menjadi peguam.

4. Tan Sri Isa Samad yang terbabit rasuah dipilih calon Umno di Bagan Pinang.

5. Badrul Hisham Abdullah - Adun bermasalah di Pelabuhan Kelang jadi wakil bebas (Umno).

Adakah Umno@BN mempunyai sistem kitar semula terbaik di negara ini. Jadi marilah kita amalkan gaya hidup sihat 'fikir dulu sebelum buang'....

* PRU 13 Nak kitar semula Dato Raman , En Salleh Dan En. Abu Bakar ? Bagi orang lain la Tok Najib. Ingat Tok !!! Rakyat didahulukan...kami dah tak mau depa...jangan dok kitar semula depa ni...

ADUN keempat keluar PKR




Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

malaysiakini

Surat Terbuka Untuk UMNO

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Ambillah iktibar daripada isyarat yang telah diberikan oleh rakyat. 'berubah sebelum diubah' dan 'berubah sebelum kita rebah'.

Saya tetap yakin bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang merupakan pilihan utama orang-orang Melayu. Mereka tidak menolak UMNO sebenarnya. Mereka mahu UMNO berubah.

Oleh itu, kerana kita perlu sedar bahawa imej UMNO yang bersih itu, proses pemilihan UMNO yang bersih, UMNO yang berintegriti, adalah jaminan kelangsungan kuasa kita sebagai parti yang berdaulat. Selagi proses ini tercemar, selagi itulah orang akan hilang kepercayaan kepada UMNO. Oleh itu, bukan sahaja untuk menjamin perkara ini, tetapi untuk menjaga pemimpin-pemimpin kita juga. Bukan saya salahkan pemimpin. Kadang-kadang kita tak beri, kalah. Beri, salah. Pemimpin dalam keadaan sedemikian. Jadi kita mesti jaga juga, jangan kita korbankan pemimpin.Sudah sampai masanya perubahan ini dilakukan. Apa lagi yang harus kita ubah?

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Banyak yang berminat tentang konsep parti menguasai kerajaan. Saya fikir kalau kita sebut parti menguasai kerajaan, kita ada dua komponen. Apa dia? Parti dan Kerajaan. Saya nak masukkan satu lagi komponen. Apa dia? Rakyat, Parti dan Kerajaan. Sebab apa? Sebab tidak ada gunanya kita ada jawatan dalam parti kalau parti tidak berkuasa.

Oleh itu parti mesti tahu aspirasi dan denyutan nadi rakyat. Betul tidak? Parti setelah tahu denyutan hati rakyat, maka parti terjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan yang dikuasai parti melaksanakan kehendak rakyat maka masa itu kita akan jadi parti yang gagah perkasa dan akan terus melangsungkan pemerintahan kita. Maknanya UMNO parti yang berkuasa. Jadi bila orang luar dengar parti menguasai kerajaan, kita tambah Rakyat, Parti, Kerajaan. Insya-Allah,

Inilah ramuan yang terbaik bagi kita untuk kita melangsungkan kuasa kita. Ini lima negeri dah kalah ni. Dapat satu balik, itu pun masih dipertikaikan. Bila lagi kita nak sedar? Dah sedar dah? Dah sedar. Jadi dah sedar, turunlah bawah, mesra dengan rakyat, berkhidmat pada rakyat. Bukan membodek rakyat tetapi ikhlas bersama rakyat.

Kepada para perwakilan, semboyan telahpun dibunyikan, bingkaslah bangun, tawankan hati rakyat. Kibarkan panji-panji perjuangan UMNO membela demi untung nasib rakyat Malaysia insya-Allah. Teruskan perjuangan kita, UMNO akan diperkasakan, UMNO akan didaulatkan. Insya-Allah perjuangan kita akan berjaya.

Terima kasih.

Wednesday, October 28, 2009

Sidang DUN Perak

11.15am: Speaker Pakatan Rakyat V Sivakumar pula menangguhkan sidang dewan yang dipengerusinya pada jam 10.45 pagi tadi.

10.55am: Polis mengarahkan kira-kira 80 penyokong yang berhimpun di luar bangunan sekretariat supaya berada di belakang pita keselamatan. Mereka mematuhi mengejek anggota polis dengan melaungkan: "1Malaysia, 2 Perak, 3 katak!"

Seorang daripada mereka memegang muka depan akhbar Sin Chew Daily hari ini yang memaparkan tajuk utama mengenai tragedi di perkhemahan 1Malaysia kelmarin.

10.45am: Sivakumar memulakan sidang walaupun duduk di kerusi ADUN Tronoh. Beliau meminta dewan bertafakur ekoran kejadian di Kampar kelmarin. Ini membuat beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat".

Sivakumar dan rakan-rakannya menjawab: "Itu speaker haram yang buat".

Nizar meminta izin untuk bercakap, tetapi pembesar suaranya ditutup.

Ganesan tidak berbuat demikian, manakala ADUN BN tidak menghiraukan ucapan mereka. Mereka berlegar-legar sambil bercakap, seolah-olah ADUN Pakatan tidak ada dalam dewan itu.

10.35am: Sivakumar ambil tempatnya di kerusi pembangkang.

Chang Lih Kang (PKR-Teja) berkata: "Speaker haram, sila keluar dewan."

Ganesan cuba berkata bahawa beliau telah menangguhkan sidang dewan hingga jam 11.30 pagi, tetapi tidak dihiraukan oleh ADUN Pakatan.

A Sivasubramaniam (DAP-Buntong) berdiri untuk menjelaskan mengapa Ganesan adalah speaker 'haram". ADUN Pakatan menyokognnya dengan menepuk meja.

Ganesan duduk dikerusinya sambil menggosok dagunya.

10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.

10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.

ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.

10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.

Terdengai komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.

10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.

Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.

Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.

ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

10.20am Speaker Datuk R Ganesan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama sejam sehingga jam 11.20 pagi.

10.05am: Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.

Katanya, jumlah pengawal keselamatan telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan - bagi menghalang berulang kekecohan seperti yang berlaku pada 7 Mei lalu.

Dewan bertafakur sebenar berhubung kejadian seorang peserta perkhemahan 1Malaysia yang lemas di Kampar malam kelmarin, apabila jambatan gantung yang dilalui peserta runtuh.

10.00am Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula dengan bacaan doa. Kerusi pembangkang masih kosong, ekoran spekulasi ADUN Pakatan masih melalui pemeriksaan ketat.

9.50am Semua ADUN Pakatan Rakyat masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri selepas melalui dua sekatan polis. Polis membiarkan mereka masuk.

9.45am Para ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak dari pejabat DAP untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. V Sivakumar kelihatan memakai jubah Speaker.

9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.

Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.
Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.

(Sumber Malaysiakini.com/2MA)

Tuesday, October 27, 2009

Sikap Sebenar YB Cina Islam

SIASAT DULU YB SEBELUM MENULIS. JANGANLAH DOK SYAK YANG BUKAN - BUKAN . MAKIN HARI DAH MAKIN TERUK YB NI...KAWASAN YB MACAMMANA? DAH OK KA? BATANG HIDUNG PUN TAK PERNAH NAMPAK. DOK SEBUK MELILAU DENGAN KERETA JA. RASANYA YB NI TAK LAYAK JADI PEMIMPIN . CERITA YB KAT SEKOLAH DULU PUN KAKI MEMONTENG JE . SEBARANG PROGRAM MELIBATKAN PELAJAR SELALU JE TUANG.... HALAL KAH DUIT GAJI YB DULU TU. TAPI KIRA OK LA CINA ISLAM PEKENA CINA KAPIAQ....CUBA BACA PETIKAN YANG SAYA AMBIL DARI BLOG CINA ISLAM.......ALANGKAH BAGUS KALAU YB SENDIRI PERGI KE TAPAK KEJADIAN ...SAHIHKAN BERITA SEBELUM MENULIS. AGAK AGAK KALAU 22 HILANG TU TAKKAN TAKDAK MAK BAPAK DEPA NAK CARI ANAK KOT.....

PETIKAN BLOG CINA ISLAM :

Sehingga ini saya masih meragui jumlah sebenar yang terlibat dalam kejadian murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi. Mulanya secara meluas dan satu berita yang disahkan seramai 22 orang yang terlibat.

Malah jumlah itulah yang dilaporkan oleh teman akrab yang menalifon pagi tadi tertulis di papan kenyataan bilik gerakan sehingga pagi tadi.

Semacam sesuatu yang tidak kena bila tengahhari tadi ada penafian dari jumlah 22 yang diumumkan pada awalnya telah dinafikan dan diumumkan 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, seperti yang diumumkan oleh polis Perak.

Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar. Mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan telah ditemui jam 8.40 pagi tadi.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai dan media melaporkan masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Bukan niat saya untuk mensensasikan jumlah yang jauh berbeza dari 22 susut kepada 3 sahaja, dan kalaulah benar pengiraannya silap kenapakah jumlahnya selsisih sehingga 19 orang?

Apapun sekiranya 19 orang itu benar-benar selamat saya bersyukur mereka telah terselamat dari musibah yang besar, namun jika sekiranya jumlah sebenar adalah seramai jumlah asal 22 orang yang diumumkan, saya mempersoalkan kenapakah berita ini semacam ingin dikecilkan ?

Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam

" Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu telah menutup semua pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan dengan Umno."


Kita Renung Cetusan Minda : Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.

Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:

“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:

“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).

Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.

Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).

Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.

Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.

Monday, October 26, 2009

PAS Takut Pada Blog ??????



Apabila timbul isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri.

Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di dalam blog tetapi tidak bebas untuk menulis mengenai isu-isu dalaman PAS.

Turut dipersoalkan ialah maklumat yang diperolehi oleh penulis blog. Penulis blog menulis mengenai sesuatu dengan maklumat separuh masak, yakni bukan daripada pihak yang terlibat sendiri.

Dan banyak lagi…!

Eh, sejak bila pula penyakit takutkan blog ini berjangkit kepada beberapa pimpinan PAS tertentu? Suatu masa dulu PAS berbangga dengan media baru ini. Blog adalah media alternatif, media yang membongkar penyelewengan Umno, media yang boleh dipercayai, media yang melonjakkan kemenangan PAS dalam beberapa PRU, dan macam-macam lagi pujian pimpinan PAS kepada blog dan blogger.

Hari ini berbeza pula, blog disaran tidak membincangkan isu-isu sensitif mengenai PAS. Sudah berpusing 180 darjah?

Apa salahnya isu-isu dalaman PAS dibincangkan di dalam blog? Kalau penulis blog itu adalah pimpinan PAS, dan dia terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat PAS, diyakini dia memegang amanah kerahsiaan. Kalau dia membocorkan rahsia, itu bukan salah blog, itu salah tuan punya blog itu.

Bukankah TGNA juga mengemukakan cadangan mengenai muktamar khas melalui blog? Justeru biarlah blogger, samada dia ahli biasa PAS, pimpinan PAS atau sesiapa sahaja memberikan pandangannya mengenai perkara itu di dalam blog miliknya.

Usah takut kepada blog…! Jangan bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita pun memuji dan menyanjungnya. Tetapi bila terkena batang hidung kita, kita pun kata dia tidak berguna.

Renunglah UMNO Parit Buntar

Dalam nyanyuk-nyanyuk Tok Guru Nik Aziz menyarankan supaya diadakan EGM ni , ada betulnya juga . Kalau difikirkan secara mendalam ianya diadakan adalah bertujuan untuk membersihkan segala kekotoran yang ada dalam kepimpinan diperingkat tertinggi untuk menjamin Pas akan terus utuh dan kekal bersih.

Ianya bebeza dengan apa yang terjadi dalam umno yang sudah ketandusan pemimpin bersih dalam parti itu. Semakin kotor pemimpin yang ada dalam Umno makan semakin kuatlah sokongan yang mereka akan raih. Contoh terbaik ialah seperti pemimpin korup yang sewaktu dengan Mat Isa sama dengan pemimpin Parit Buntar

Adalah amat penting bagi Pas yang memperjuangkan Islam untuk memiliki pemimpin yang bersih sebagai persiapan awal bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Sekiranya Pas masih memiliki pemimpin yang berkulit hijau tetapi isinya masih kuning merah, hasrat untuk menang besar dan mengekalkan kemenangan yang ada amat tipis.

Dengarlah cakap dan nasihat Nik Aziz tu supaya pembersihan yang total perlu dilakukan sekarang sebelum Pas dibersihkan secara total oleh BN dalam pilihanraya umum yang akan datang. Mana-mana penyakit yang agak kronik yang menysahkan parti tu eloklah diubati sekarang. Ia elok dibersihkan sekarang kerana kalau parti berada dalam suasa yang tidak sihat amat susah untuk nak berlawan nanti. Ada yang berpendapat bahawa masanya tidak sesuai sekarang. Kalau sekarang tak sesuai, nak tunggu nila lagi? Tunggu lepas kalah lagi baru nak ubah atau masih nak menunggu satu lagi sesi muhabalah bersama Umno?

Nik Aziz dah berjaya mempertahankan kemenangan Pas sudah beberapa penggal dan sudah tentu beliau mempunyai formulasinya tersendiri yang boleh dikongsi. Yang lain-lain tu hanya mampu menang sekali itu pun bukan kerana kekuatan Pas sendiri, tetapi kerana isu orang lain. Kemenangan terdahulu pun belum mampu ditebus lagi. Cuba-cubalah rendahkan sedikit ego tu dan belajarlah berubah untuk kemenangan rakyat. Insyaallah kememangan akan memihak kepada Pas nanti.

PAS Parit Buntar Juga Perlu EGM

Tok Guru Nik Aziz dok sebok berkempen nak suruh buat EGM jugak. Orang lain buat PAU Khas dan EGM, dia pun sebok nak buat EGM juga! "Orang lain ada sofa baru, dia pun nak sofa baru", orang lain ada rumah baru, dia pun nak rumah baru". Macam-macamlah dia ni. Macam ada agenda yang tersembunyi sahaja? Kononnya dia pernah dalam "dilemma" sama ada nak tegur atau tidak ketika kepimpinan PAS di zaman Ustaz Asri menjadi Presiden PAS dulu.

Dah tu siap keluarkan nas hujah dari Al-Quran. Iyaaa..betullah tu. Sememangnya Islam itu mengalakkan teguran sesama individu. Rasulullah pun pernah ditegur Allah. apatah lagi Mursyidul Am PAS. Nik Aziz nak tegur Presiden PAS & Timbalannya sahaja ke? Musyidul Am PAS tu bukan Mursyidul Am Islam, Nik Aziz pun boleh ditegur! Mursyidul Am PAS bukan satu jawatan yang maksum! Sedar-sedarlah diri tu sikit. Bila orang tegur dia, dia tak nak terima. Tapi bila dia tegur orang, dia nak orang terima pulak! Apasal? Dia betul semua ke? Macamana la PAS boleh ambil Nik Aziz ni jadi Mursyidul Am PAS?

Atas rasional itulah Nik Aziz nak buat EGM PAS. Dengan alasan nak "godam" Hasan Ali? Atau mungkinkah Nik Aziz nak "tibai" Presiden PAS? Siapa tahu? Menurut khabar, Nik Aziz kini sedang "berguru" dengan Anwar tentang perihal "Dunia Politik"! Khabarnya Nik Aziz dok tuduh ramai pemimpin PAS sebagai "agen UMNO". Antara "Orang Yang Kena Tuduh" (OKT) oleh Mursyidul Am PAS ni ialah Hadi Awang, Nasaruddin, Hasan Ali, Mustapha Ali, Harun Taib, Taib Azammuddin, dan ramai lagi. Sedap mulut je Nik Aziz "tibai" PAS Terengganu di bawah Hadi Awang. Siap dibandingkan pula Hadi Awang dengan kepimpinan Azizan Razak kat Kedah. Ada apa-apa agenda ke?

Kata Nik Aziz, dia risau dengan "key player" PAS. Risau dengan agenda PAS dok rapat dengan UMNO. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Maklumlah, sebelum ini dialah yang paling kuat menentang hubungan baik dan gabungan PAS-UMNO. Namun ramai pulak pemimpin-pemimpin kananv PAS yang menyokong gagasan "bersahabat dengan UMNO" ni. Itulah yang buat Nik Aziz risau. Sudahlah pengaruhnya semakin teruk merosot, Ramai pulak yang tak "sebulu" dengannya sekarang. Kononnya "siapa yang suka gabungan PAS-UMNO maka merekalah agen UMNO". Tapi Nik Aziz tak sedar pulak dia dah jadi "agen kafir harbi" dan sahabat kepada "agen yahudi alaf baru"!

Lantaklah Nik Aziz oiii..! Orang dah makin "boring" dengan sikap kamu. "Fatwa-fatwa" mengarut dan semakin mengelirukan dari Nik Aziz telah menyebabkan ramai yang memandang Nik Aziz sebagai "orang tua nyanyuk", satu gelaran yang pernah diberikannya kepada Tun Mahathir suatu masa dahulu. Dan kini Tun Mahathir semakin "popular" dan dihormati kawan dan lawan, sedangkan nama Nik Aziz sedang menjunam ke bawah semakin "busuk" di mata rakyat! Apa-apa ajelah Nik Aziz oiii..! Kita cuma berharap andaikata ditakdirkan diadakan EGM Muktamar PAS ini, bersidanglah sebaik mungkin mengikut acuan yang dikehendaki Islam. Belalah Islam, bangsa dan tanahair. Ingatlah bahawa PAS semakin terancam dengan "double standard" oleh PKR dan DAP. Islam, Melayu dan Tanahair pula sudah terancam akibat ancaman PKR dan DAP. Buktinya, keharmonian kaum di Malaysia sudah tercalar akibat hasutan Anwar dan DAP. Mahukah PAS terus bersekongkol dengan mereka lagi? Celik la matamu wahai PAS!

Rasanya PAS Parit Buntar juga perlu adakan EGM juga. Sebab apa saya cadangkan begitu...Pergi la tengok kat Simpang Petronas Parit Buntar. Terpampang satu pemidang tentang sambutan DAP...Cuba tengok wajah wajah kat pemidang tu...Ada gambar geng kafir Harbi ( Gambar YB Cina Kafir ) pastu ada gambar YB Yunus dan YB Mujahid. Yang menghairankan tiada pula gambar YB Cina Islam. Nampaknya desas desus yang mengatakan YB Mujahid dengan YB Cina Islam ni tak ngam betullah agaknya....Jom kita terjah....tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010 - PKR Dah Habis Modai

Kelmarin kita semua melihat Perdana Menteri membentangkan bajet negara bagi tahun 2010, dan hari ini dalam akhbar-akhbar kita dapat membaca secara terperinci bajet itu serta dengan pendapat dari berbagai lapisan masyarakat Malaysia. Umumnya, ramai mereka yang berpuas hati dengan bajet kerajaan tahun 2010 dan memberi sokongan sepenuhnya.

Seperti biasa, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang dikatakan pakar ekonomi kelulusan Pengajian Melayu Universiti Malaya juga turut memberi pendapat. Beliau memperlekehkan bajet kerajaan dengan berkata, “bajet tahun 2010 ada beberapa perubahan kecil dan pemberian kecil”. Dia menganggapkan “pemberian kecil” segala peruntukan kerajaan untuk rakyat. Pastinya itu pandangan seorang kaya, duit banyak atau harta melempah. Bagi orang miskin, pastinya mereka berterima kasih dan bersyukur dengan pengumuman kerajaan melalui bajet 2010.

Anwar tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengenakan bayaran RM50.00 untuk satu kredit kad setahun. Itulah sikap pembangkang, kerjanya hanya untuk mencari kesalahan. Tetapi bila bercakap, lantang membela golongan petani, pekebun, boroh dan nelayan. Apakah nelayan menggunakan kad kredit?. Apakah petani di Charok Tok Kun menggunakan kad kredit ?. Saya amat yakin golongan petani, buruh dan nelayan tidak memerlukan kad kredit. Mereka yang menggunakan kad kredit adalah golongan yang mempunyai pendapatan tetap dan mampu. Pihak bank pula hanya akan mengeluarkan kad kredit kepada mereka yang dikira layak dan mampu. Misalnya, orang kaya mungkin menggunakan 10 kad kredit, maka dia perlu membayar RM500.00 setahun. Dia ada keupayaan dan kemampuan, maka kerajaan mengambil sedikit dari golongan ini untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Anwar dan Pakatan Pembangkang sentiasa menjerit soal rasuah. Tetapi saya tidak nampak Anwar menyokong cadangan kerajaan untuk membuat akta melindungi pemberi maklumat ( whistle blower) tahun 2010. Sepatutnya, Anwar mesti menyokong cadangan ini, bukan sekadar memberi pandangan remeh bayaraan kad kredit

Telur Setengah Masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, "beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu." Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan. "Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak. "Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.Ha........Lu Pikir ah sendiri........!

Puak UMNO gagalkan Impian Najib

Hampir semua parti politik di Malaysia ketika ini dirundung masalah.

Bukan setakat MCA, MIC, UMNO, dan Pakatan saja, malahan si Ibrahim Ali yang bebas tu pun digugat dilema.Yang terbaru PAS pulak......

Dalam kemelut yang boleh dianggap isu politik nasional ini, kita melihat UMNO satu-satunya parti yang semakin menampakkan potensi 'turnaround' yang pantas dan bertenaga. Hampir semua dalam UMNO pusat termasuk pucuk pimpinan akur dengan imperatif bersatu dan bekerjasama. Hanya satu masalah yang perlu ditangani segera ialah isu perkelompokan di UMNO bahagian dan cawangan. Keadaan masih tidak menampakkan kemajuan ketara walaupun rata-rata seluruh ahli mendengar dan menonton retorik agresif pucuk pimpinan semasa Perhimpunan Agung baru-baru ini.UMNO Parit Buntar ni terlalu banyak puaknya.Ada puak Tok Raman , Puak Cikgu Chop , Puak Bakaq tu tak termasuk puak - puak ikan bilis lagi.

Seolah-olah apa yang diluahkan pucuk pimpinan sekadar retorik kosong kerana di akar-umbi jika kita sudi meluangkana masa berada di kampung-kampung, kita akan mendapati betapa seluruh ahli masih taksub dengan individu-individu tertentu. Ini menyebabkan mereka yang berada di luar sempadan 'kekeluargaan' ketua bahagian dan cawangan berasa tersisih.

UMNO berpotensi bersatu dan mantap dalam masa terdekat, tetapi hakikatnya apa pulak dengan orang Melayu, amnya? Mereka yang tergolong dalam kategori majoriti sepi semakin jauh terhindar atau meghindarkan diri kerana mual dengan fe 'el pemimpin UMNO bahagian dan cawangan.

Inilah paradoks yang menghantui UMNO...

Wakil Rakyat atau Wakil Parti?

1. Apa yang dicari dalam pilihan raya? Imej parti atau kehendak rakyat? Ini tentulah seperti diluah mati bapak, ditelan mati emak.

2. YB Lim Guan Eng dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Dibebaskan dari hukuman liwat kerana Mahkamah Persekutuan mendapati bukti-bukti yang dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan biarpun hakim-hakim tersebut percaya wujud kejadian tersebut dan mahkamah sebelumnya telah mensabitkan kesalahan ke atasnya. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

4. Mengapa mereka masih menang biarpun sudah didapati bersalah oleh Mahkamah dan menjalani hukumannya? Jawapannya tentulah kerana rakyat di kawasannya mahukan beliau menjadi wakil mereka. Biar apa pun pandangan undang-undang dan masyarakat terhadap mereka namun mereka tetap menjadi pilihan rakyat di kawasan mereka.

5. Ada juga wakil rakyat bukan UMNO yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah atas sebab teknikal telah juga menang pilihan raya beberapa kali selepasnya.

6. YM Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) pernah dituduh terbabit dengan skandal BMF, bertanding atas tiket S46, tetapi masih menang di Gua Musang. Malah saya percaya walau apa pun tuduhan dan tohmahan terhadap Ku Li beliau tetap akan menang di Gua Musang kerana perkhidmatannya yang baik kepada rakyat di sana.

7. Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, menjalani hukuman penjara dan kemudiannya mendapat pengampunan yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jika tidak silap saya Allahyarham turut memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat selama 3 tahun sehingga 1984.
8. Beliau kemudiannya di pilih oleh Ku Lu untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989 atas tiket Semangat 46 dan disokong oleh Pas. Sungguhpun kalah beliau tetap mendapat undi yang memberangsangkan.

8. Tujuan saya membentangkan beberapa fakta ini bukanlah untuk menceritakan keaiban sesiapa, mahu pun menyatakan tidak salah kita membuat salah asalkan rakyat terus menerima kita. Bukan pula saya mengatakan mereka yang telah didapati bersalah juga boleh secara bebas dan sewenang-wenangnya dipilih menjadi calon Barisan Nasional.

Bajet 2010

Syukur Alhamdulillah, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selesai membentangkan Bajet 2010. Ketika saya menulis ini, anda semua pasti telah pun mengikuti mengenai intipati serta pengisian bajet yang dimaksudkan. Saya pasti, bahawa tidak ada seorang pun yang mengeluh dengan bajet yang dibentangkan itu.

Dengan peruntukan sebanyak RM191.5 bilion, bajet yang bertemakan 1Malaysia, Kemakmuran Bersama itu ternyata mengambil kira mengenai kepentingan rakyat dan negara. Saya berpendapat, bajet tersebut walaupun kurang sedikit berbanding RM215.7 bilion untuk Bajet 2009, namun kaedah pengagihannya amat unik dan menyeluruh.

Maka benarlah bahawa jumlah yang besar tidak bermaksud ia mampu memberikan pulangan yang juga besar jika ia tidak dirangka dengan penuh strategi dan diurus dengan perancangan yang teliti.

Dengan memberikan fokus terhadap tiga strategi utama iaitu ke arah memacu ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistic dan mapan serta berusaha mencegah jenayah, meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, ternyata Perdana Menteri telah mengambil kira sebarang perkara mengenai kita.

Tidak perlu saya sebutkan mengenai pecahan perbelanjaanya kerana anda semua pastinya sudah sedia maklum mengenai perkara tersebut. Bukan mahu mengampu, namun apa yang jelas, Bajet 2010 adalah yang dianggap terbaik dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Inilah, dalam sejarah kelahiran pakatan pembangkang, mereka terdiam dan tidak mampu membuat gangguah terhadap apa yang dirancang kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sebelum ini, apabila tiba pebentangan bajet di Parlimen, pembangkang juga sibuk membentangkan bajetnya sendiri walaupun ia sebenarnya adalah satu angan-angan Met Jenin sahaja.

Kali ini mereka tidak mampu melakukan begitu. Mungkin mereka tidak terkata dengan segala faedah yang diberikan kerajan BN kepada rakyat dan pada masa yang sama pembanguna negara diteruskan melalui perbelanjaan yang sangat berhemat tetapi tepat pada sasarannya.

Pembangkan sendiri yang kini terbelit dengan pelbagai krisis kepimpinan sudah tentu tidak menyangka apa yang dihadiah BN kepada rakyat melalui Bajet 2010. Terbukti, kebajikan rakyat adalah diutamakan sejajar dengan apa yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia.

Saya percaya, rakyat meraikan dengan kegembiraan di atas perhatian dan kecaknaan kerajaan melalui Bajet 2010. Kita semua sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang ada dan berterima kasih kepada kerajaan BN kerana telah menyediakan satu Bajet Negara yang mengkagumkan. Nah!, sekarang adalah ketikanya kita bekerja merealisasikan apa yang dihasratkan melalui bajet tersebut.

Usahlah kita menghabiskan masa dengan berpolitik secara tidak sihat dan terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang hanya berjuang bermodalkan air liur semata-mata. Sama-samalah kita menjayakan Bajet 2010 untuk negara dan kita semua.

Nik Aziz Makin Nyanyuk

Dalam duk sibuk seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada pembentangan Bajet 2010 oleh Najib Razak hari ini, alih-alih Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan satu kenyataan yang penuh tanda tanya tentang apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas masa kini.

Ini berikutan cadangan Nik Aziz agar parti itu mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) dan katanya kerana Pas kini berdepan dengan isu kepimpinan dan beliau merasakan perlukan perubahan dilakukan terhadap pemain penting dalam kerusi kepimpinan Pas Pusat. Lihat di sini!

Dush...!! Aku membayangkan bahawa Nik Aziz kini sudah semakin hilang keyakinan dan hilang kepercayaan terhadap Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa yang memenangi jawatan masing-masing selaku Presiden dan Timbalan Presiden Pas dalam muktamar baru-baru ini. Sebab itulah beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam blognya itu.

Apakah yang telah dilakukan oleh Hadi dan barisan kepimpinan Pas Pusat sehingga Nik Aziz, seorang Mursyidul Am yang memegang jawatan itu atas pelantikan membuat "teguran" sedemikian? Apakah kerana Hadi bersikap berdiam diri dalam isu-isu tertentu yang diperjuangkan oleh Nik Aziz dan Anwar serta barisan pakatan yang disanjung Tok Guru? Atau apakah kerana Hadi dan barisan kepimpinan Pas mengambil sikap terbuka untuk berbincang bagi penyatuan Melayu/Islam bersama UMNO maka Nik Aziz melenting sedemikian rupa?

Biar apapun alasannya, jelas sekali Nik Aziz kini tidak lagi sehati dan sehaluan dengan pucuk pimpinan Pas sehingga beliau menggesa diadakan EGM untuk membuat perubahan pada pucuk pimpinan parti. Apakah ini juga akibat "julukan" Anwar yang mahukan orang-orangnya dalam Pas menerajui parti itu? Andai itulah sebabnya sehingga Tok Guru bersuara sedemikian alangkah malangnya nasib Pas.

Kita tahu Anwar tidak akan mampu menjadi Perdana Menteri hanya melalui perjuangan PKR kerana beliau tahu PKR tidak akan ke mana. Nak mengharapkan DAP, Anwar tahu DAP hanya mempergunakan dirinya untuk kepentingan agenda politik Malaysian Malaysia. Nak masuk semula UMNO memang tiada harapan kerana UMNO sudah berpatah arang berkerat rotan dengannya.

Maka jalan terbaik ialah menggunakan Pas. Pun begitu ia mengalami kesukaran andai Pas terus dipimpin oleh orang seperti Hadi Awang atau Nasaruddin yang mula melihat pentingnya perpaduan Melayu dan Islam selepas mereka mencetuskan kerajaan perpaduan sebelum ini. Tambahan pula pada muktamar lalu, orang-orang tajaan Anwar (Erdogan) telah ditumbangkan oleh kumpulan ulama.

Melihat Nik Aziz mudah dikawal, maka aku percaya Anwar menggunakan Tok Guru sebagai saluran untuk menjatuhkan Hadi Awang dan Nasaruddin agar digantikan dengan pemimpin Erdorgan tajaannya. Perkara ini tidak mustahil kerana Anwar sendiri pernah menggunakan strategi yang sama ketika beliau menjatuhkan arwah Tun Ghafar Baba dahulu untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Dan cadangan Nik Aziz yang mahu EGM diadakan bagi membuat perubahan pada kepimpinan Pas kini jelas sekali menyelusuri strategi yang telah dilakukan oleh Anwar. Jadi tidak mustahil Nik Aziz kini sudah dikuasai oleh Anwar untuk ditunggangi bagi memastikan "orang-orangnya" menguasai pucuk pimpinan Pas.

Thursday, October 22, 2009

Sudahlah Sivakumar

Mudah! Sangat mudah! Kepada sesiapa yang ingin menjadi Speaker Dewan Undangan bagi mana-mana negeri, maka bolehlah mendapatkan "letter head" surat rasmi Speaker itu dari mana-mana kedai "printing". Sesudah itu, maka bolehlah individu yang "kemaruk kuasa" itu menulis apa saja yang dia mahu. Tulislah apa saja mengikut kehendak hati, sama ada mahu sidang DUN itu hanya boleh dihadiri oleh sanak seaudaranya, sepupu sepapatnya, ketua kampungnya atau "opis boy"nya. Tulislah apa saja. Mungkin individu tersebut boleh menjadi seorang Speaker DUN yang diiktiraf!

Sivakumar, seorang YB yang tak tahu malu telah menggunakan "letter head" Speaker Dewan Undangan Negeri Perak tanpa kuasa. "Suka-suka hati" sahaja "berlakon" seakan-akan dialah Speaker DUN yang "sebenar". Siapa yang tidak menghormati undang-undang, maka bolehlah dikatakan bahawa individu tersebut tidak bertamadun. Dalam hal ini, bolelah dikatakan bahawa seorang India yang bernama V. Sivakumar yang menwakili DUN Tronoh adalah seorang yang tidak bertamadun,mengingkari perintah dan hukum mahkamah. Walaupun YB-YB dari Pakatan Rakyat itu ramai yang bekerjaya sebagai peguam, nampaknya peguam-peguam itu sendiri tidak menghormati undang-undang! Hairan pula, ke mana perginya "Bar Council"? Apakah mereka tidak mengambil tindakan disiplin kepada ahli-ahli mereka yang tidak mendaulatkan undang-undang? "Bar Council" sudah tidak mengamalkan "Rukun Negara"kah?

Cukup menyampah melihat kerenah Sivakumar. Sudahlah tempohari dia tidak menghormati DYMM Raja Nazrin sehingga Baginda terpaksa menunggu lebih dari lima jam untuk merasmikan persidangan DUN. Kini Sivakumar buat perangai lagi. Teruk betul perangainya. Apakah kita boleh menyebut bahawa si Sivakumar ini sebagai "bermoral"? Mungkin Sivakumar "syok sendiri" bersama rakan-rakannya. Sesungguhnya Sivakumar ini hanya layak untuk menjadi "speaker radio", "speaker audio rumah orang kahwin" atau "speaker dewan bawah pokok"! Di situ sahaja tahap individu seperti Sivakumar ini. Akal dan taraf dirinya tidak menepati ciri-ciri seorang pemimpin rakyat. "Low class"..!!!

Bagaimanakah nasib rakyat di Tronoh sekarang? Wakil Rakyatnya sebok "gilakan kuasa". YBnya sebok bersidang di "bawah pokok". Apa yang di"sidang"kan pun tak tahu. Entah "boleh pakai" atau tidak persidangan "ala-ala kedai kopi" tersebut, mereka pun tidak tahu. Tidakkah rakyat di Tronoh merasa malu dengan tindakan Sivakumar itu? Saya yakin ada di antara mereka yang menyesal tak sudah. Ada yang menrungut, ada yang "menjuih bibir". Ada yang dah bosan, malah ramai yang sudah mengisi borang 'Parti Kerajaan". Khabarnya, sudah ada yang sudah tutup cawangan! Kalau ada pun, cawangan itu hanyalah ibarat "hidup segan mati tak mahu". Malu berwakil rakyatkan Sivakumar!

Mujahid Nak Kawan Cina Kafir Pulak





Sebagai seorang yang tiada berkaitan langsung dengan parti PAS dan pastinya aku bukanlah penyokong PAS, cuma oleh kerana aku dikelilingi oleh ramai saudara mara dan sahabat handai yang menyokong parti tersebut, maka hari ni aku ingin menyuarakan sedikit pandangan peribadi aku (dari sudut bukan penyokong PAS) ... dan secara tak langsung sebenarnya aku melihat PAS merupakan Parti ke-2 Melayu Islam yang terkuat di Malaysia selepas UMNO.

Setelah membaca petikan akhbar maya Malaysiakini, yang nampaknya kini semakin galak menceritakan perihal PAS dengan janji2 mereka terhadap ahli Kelab Penyokong PAS (KPP) (yakni satu kelab penyokong/pengundi PAS yang bukan Muslim), dimana langkah PAS untuk mem"perkasa"kan KPP dalam institusi parti tersebut, secara tiba-tiba hati aku menjadi sedikit runsing dan confused ..

Walaupun aku sedar, aku bukanlah ahli atau Pengundi mahupun Peminat PAS, tetapi selama ini aku memahami bahawa PAS = Parti Islam Se-Malaysia merupakan parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan serta menegakkan Islam dan Negara Islam di Malaysia. Secara tak langsung, sekurang-kurangnya PAS bolehlah menjadi pengimbang (balancing) kepada parti terkuat Melayu Islam di Malaysia iaitu UMNO (Parti kesayanganku!) dalam memperbetulkan khilaf UMNO jika berlaku sesuatu perkara yang berkaitan Islam di Malaysia...




Tetapi, jika langkah terbaru PAS untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS sebagai satu lagi SAYAP PAS, ianya bagi aku amatlah tidak wajar, tidak patut, tidak kena tempat dan tidak perlu ... pendekata, Baik Janganlahhhh ....

Sebab mengapa aku mengatakan sedemikian, adalah kerana aku nampak penerimaan ramai (mungkin majoriti) ahli/penyokong PAS tahap bawahan (yang beragama Islam) khususnya di kawasan aku dan beberapa kawasan pendalaman yang aku pernah maklum, mereka kurang setuju dengan langkah tersebut.

Mereka (ahli/penyokong PAS tahap bawahan yang beragama Islam) menganggap SAYAP KPP dalam PAS akan menjadi satu suara yang boleh "menyusahkan" parti PAS di satu masa yang akan datang!

Kata kawan2 dan sedara2 aku yang "pekat" PAS (original) depa takut nanti KPP yang disamataraf dengan Dewan Pemuda , Dewan Muslimah dan Dewan Ulama akan turut menyuarakan pandangan yang jauh songsangnya dari prinsip asal Penubuhan PAS.

Inilah yang depa amat takuti dan bimbang. Ada di antara depa yang mengatakan, sudahlah team Erdogan yang "menjadi duri dalam daging" pun sukar untuk dibendung, inikan pulak sebuah SAYAP BARU yang ditauliahkan secara rasmi sebagai SAYAP PAS! ...

KPP pastinya akan turut bangun, berdiri dan menyuarakan pendapat ahli-ahli dalam KPP sewaktu Muktamar PAS yang berlangsung saban tahun. Jadi pada masa itu, suara KPP tersebut tidak boleh ditolak mentah-mentah kerana mereka sudahpun ada hak yang sama! Dan suara mereka merupakan suara daripada satu cabang SAYAP PAS YANG RASMI !



Mana mungkin waktu itu Muktamar menolak semua usul dari KPP! ... mesti ada juga usul yang perlu diperbincangkan, diundi, diterima atau ditolak ... Ini bahaya! Prinsip Islam dalam Perlembagaan PAS "mungkin" boleh dipertikaikan / dipohon buat perubahan / diperbincangkan oleh KPP yang sah-sah bukan orang Islam.

Adakah dengan langkah PAS menjadikan KPP ini sebagai satu SAYAP RASMI PAS ianya semata-mata untuk menunjukkan PAS kini sudah terbuka dan dasar PAS For All direalisasikan melalui langkah ini? ... patutkah begitu? Selamatkah parti ini serta dasar perjuangan asal mereka sejak puluhan tahun lampau? Dapatkah prinsip perjuangan parti ini dikekalkan dengan kewujudan satu sayap baru ini?


Bagi aku, demi masa depan perjuangan Islam bawaan PAS, eloklah dilupakan sahaja hasrat untuk menjadikan KPP sebagai sayap rasmi. Banyak kontranya dari pro ... Sekadar pandangan peribadi aku yang tak kesah pun apa nak terjadi pada parti PAS ...

Sunday, October 18, 2009

Rumah Terbuka - Siapa Lebih Popular?

Alhamdulillah...sedar tidak sedar dah sebulan kita berada dalam bulan Syawal.Puasa sebulan raya pun sebulan juga lah ye.Sepanjang bulan Syawal ni, sengkak perut dok pi rumah terbuka " open house ".Hampir semua rumah terbuka pemimpin Parit Buntar aku hadir.Kecuali rumah mantan Yb Titi Serong , itupun kerana tahun ni beliau mengambil sikap berjimat cermat , Almaklumlah dah tak jadi YB mana nak cekau duit buat rumah terbuka.Biar hidup bersedehana dari hidup berlagak tak tentu hala.Ukur baju dibadan sendiri.

YB Khalil Idham ( ADUN Titi Serong )



Majlis Rumah Terbuka diadakan di Pusat khidmat Wakil Rakyat , Taman Wawasan, sambutan sedrhana sesuai dengan imej parti yang menggalakkan hidup bersederhana.Ramai tetamu yang hadir dari pelbagai bangsa. Memang jelas sokongan pelbagai bangsa yang berjaya PAS perolehi.YB dari Pakatan Rakyat juga ramai yang hadir memberi sokongan.Yang Cina segak bergaya dengan Baju Melayunya, Yang Melayu pulak berbaju kemeja ( terbalik la pulak ).

* Komen sikit :- YB, Tahun depan janganlah jadikan Majlis Sambutan tu medan untuk menghentam orang lain. tak payahlah dok ceramah minta bubar DUN. YB kena jaga juga hati tetamu yang hadir. Tidak semua yang hadir dari Pakatan Rakyat. Tak tahula kalau Islam cara YB boleh menghentam/menyindir tetamu yang hadir.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa



Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Parit Buntar seperti tahun- tahun sebelumnya menarik kehadiran ribuan rakyat pelbagai kaum di Parit Buntar,malah kehadiran pada tahun ini melebihi pada tahun sebelumnya.

“Orang ramai datang bertali arus sejak jam 2.00 petang dan sehingga pukul 5.00 petang masih ramai yang berada di dewan. Makanan hampir tiada berbaki, cuma tinggal seredak”.Orang ramai yang datang ke majlis ini telah dihidangkan dengan lemang, nasi himpit, roti canai, cendol dan pelbagai jenis kueh raya.

Apa yang menariknya Majlis diselangseli dengan kuiz Asas Islam untuk kanak-kanak.

* Komen :- Majlis meriah tetapi sama dengan YB Khalil juga. Saya rasa tak perlulah diadakan ucapan pemimpim Pakatan Rakyat yang agak keterlaluan.

Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar

Suasana Rumah Terbuka DARS tahun ini agak sederhana dengan dimulakan dengan Majlis Tahlil.Ramai tetamu yang hadir bertali arus menikmati hidangan ala kampung yang penuh menyelerakan.Dato' pun nampak semakin ketara perubahan tubuh badan , mungkin akibat menanggung kesakitan.Insyaalah Dato' banyakkan berdoa dan beribadat,itulah cara untuk kita mendekati Allah SWT. Majlis kali ini amat ketara kehilangan tetamu dari kaum India dan Cina , mungkin kerana telah hilang sokongan dan kepercayaan pada BN.

* Komen :- Harap Dato' teruskanlah cara hidup bersederhana ni.UMNO dah semakin hilang sengatnya , buatlah sesuatu untuk kembalikan kepercayaan rakyat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian : En. Mohd Salleh

Majlis diadakan diwaktu malam dimulai dengan Majlis Tahlil.Ramai tetamu dari pelbagai kaum hadir sejak awal lagi. Amat ketara kehadiran kaum Cina dari Tanjung Piandang dan Kuala Kurau, mungkin kerana En. Salleh pernah menjadi YB dikawasan mereka. tetapi yang amat menghairankan ialah tiada kelibat pimpinan wanita , puteri dan pemuda dan AJK UMNO Bahagian Parit Buntar. Mungkin kerana mereka sibuk dengan urusan masing-masing.


* Komen : kalau boleh janganlah diasingkan tempat VIP dengan orang lain. Apa salahnya tempat duduk diletakkan bersama dengan tetamu tetamu lain di bawah satu khemah. mungkin dah memang sikap En.Salleh ni yang agak "VIP".

YB Yunus ( ADUN Kuala Kurau )

Suasana Majlis agak sederhana. Ramai tetamu yang hadir , yang paling ketara ialah kehadiran masyarakat CIna yang terlalu ramai. ini menunjukkan sokongan masyarakat Cina yang dahulunya menyokong BN telah berpaling untuk menyokong Pakatan Rakyat.

-------------- Alhamdulillah tahun ni aku dapat melihat sendiri dan dapat hadir ke semua majlis ni. Terima Kasih atas jemputan. Secara kesimpulannya dapat aku menilai sendiri sokongan rakyat pada setiap pemimpin -------------------------------

Friday, October 16, 2009

Perlukah UMNO Berubah

Itulah soalannya dan jawapan aku TIDAK! UMNO adalah parti yang ditubuhkan oleh orang-orang terdahulu yang berjuang untuk membela nasib agama, bangsa dan tanah air ketika negara masih di bawah cengkaman penjajah. UMNO ditubuhkan dengan darah dan air mata semata-mata untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Dan misi perjuangan itu semestinya perlu dikekalkan sehingga bila-bila, biarpun Tanah Melayu sudah merdeka.

UMNO tidak perlu berubah tetapi para pemimpin dan ahli-ahlinya perlu berubah selepas mengalami perubahan dalam misi perjuangan mereka. Ini akibat UMNO dikemudi dan dipimpin oleh anak-anak bangsa yang lahir selepas negara sudah maju dan membangun. Anak-anak bangsa yang tidak mengenal erti kesusahan yang akhirnya mereka gunakan UMNO sebagai pelancar untuk memenuhi misi peribadi.

Merekalah yang perlu berubah atau jika mereka tidak mahu melakukan perubahan itu, mereka patut segera diganti. Betul kata Najib ketika ucapan penggulungan tadi: UMNO bukan tempat mencari makan, mencari projek... UMNO adalah parti yang memperjuangkan dan membela nasib rakyat.

Pun begitu jika tidak kerana ahli-ahli yang memulakan para pemimpin mereka tidak akan bersikap sedemikian. Ramai kalangan ahli akan melaksanakan kerja mereka jika ada habuan. Mereka aktif UMNO kerana mencari habuan. Tiada habuan, bye-bye-lah UMNO. Dan para pemimpin terpaksa pula mencari habuan dari pihak lain untuk diberikan kepada ahli-ahli dan penyokong mereka yang menuntut habuan tersebut yang akhirnya jadilah satu kitaran perosak parti.

Kalau orang tua-tua kita dahulu masuk UMNO kerana ia adalah pertubuhan yang menyatukan orang-orang Melayu untuk sama-sama bergerak aktif memperjuangkan agama, bangsa dan negara tetapi hari ini mereka masuk UMNO kerana mengejar projek, habuan dan paling koman duit saku.

Jadi ucapan penggulungan Najib tadi telah menyentuh segalanya. Aku percaya Najib ikhlas menyampaikan isi hatinya yang berlandaskan kepada keadaan sebenar di dalam parti.

UMNO yang dibina selama lebih 60 tahun sebenarnya hampir dimusnahkan dalam tempoh 5 tahun. Dan mulai hari ini aku percaya UMNO akan membina semula puing-puing yang musnah itu tatkala puak2 pembangkang masih teraba-raba membina kekuatan mereka.

UMNO Parit Buntar aku kecualikan dalam hal ini.Pemimpin-pemimpinnya tidak akan berubah. Kalau nak berubah pun mungkin Ketuanya....aku lihat sejak akhir - akhir ini banyak perubahan yang dilakukannya. mungkin kerana kesihatannya dah tak mengizinkan.Mungkin dia akan menyerahkan kepimpinannya sebelum Mesyuarat pemilihan akan datang. semua kemungkinan boleh berlaku...Manusia akan berubah juga ...selalunya bila sakit la. Bila sakit baru nak ingat Allah baru nak ingat Ibu...itu lumrah kehiduapan, baru nak insaf...Bila terantuk baru nak tergadah.

Persoalannya sekarang..kalau DARS berundur siapa yang akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Dato Najib di Parit Buntar. Timbalan @ Naib @ S/U @ Mantan Ketua Pemuda

Timbalan :- Terkenal dengan sikap kepura-puraan.Pandai bercerita dan menagih simpati tetapi dia sendiri tak faham apa yang diceritakannya. Ceritanya sama tentang zaman kanak-kanak yang penuh kesusahan, tetapi dia sendiri tak tahu erti kesusahan itu. Lagak seolah - olah orang kaya, gemar mengampu orang atasan.Bukan perjuang UMNO yang sejati. Kalau tidak masakan dia sanggup membiarkan DARS terus memimpin UMNO Parit Buntar sedangkan dia tahu yang rakyat bencikan DARS.

Naib :- Suka main wayang. seorang yang terlalu pemurah, pandai berjanji dan suka memberi harapan,mencari ruang untuk popular.Kalau telefon selalu tak "pick up" Bercita-cita tinggi untuk menjadi Ketua Bahagian tetapi takut akan bayangan kekuatan Timbalan. Bukan perjuang UMNO yang sejati, Suka main selamat.kalau nak ikutkan berjiwa rakyat , beliau lebih hampir dengan masyarakat , suka menolong tidak kira agama, bangsa dan perbezaan politik. Boleh menang kalau bertanding atas tiket mana - mana parti kecuali BN.

Setiausaha :- Ini orang yang paling teruk dalam UMNO Parit Buntar.Beliau akan memastikan tiada siapa yang berpotensi untuk mendekati Ketua Bahagian.bagi beliau UMNO nak hidup ke nak mati ke tidak penting. Yang penting poket penuh.Penuh dengan strategi untuk melingkupkan UMNO.

Mantan Ketua Pemuda :- Mungkin harapan UMNO Parit Buntar, tetapi belum cukup matang untuk memimpin UMNO. Ikut telunjuk Ketua Bahagian. Kalau beliau mempunyai prinsip tersendiri, Insyaallah beliau boleh memimpin UMNO Parit Buntar.

** Parit Buntar sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang boleh dibanggakan ataupun pemimpin yang mampu mengembalikan Kegemilangan UMNO Parit Buntar. Bagi aku hanya ada seorang yang betul betul layak untuk memimpin UMNO Parit Buntar tetapi malangnya dia dah mula meninggalkan UMNO setelah dirinya dipinggirkan. Ingat tak pada Mantan Ketua Pemuda UMNO Parit Buntar. Dengar khabar dah jadi orang penting di Kuala Lumpur.tetapi beliau juga bertanggungjawab atas kemusnahan UMNO Parit Buntar kerana sikap terburu - buru beliau meletak jawatan suatu ketika dahulu....kembalilah saudara untuk kuatkan UMNO Parit Buntar........

Sunday, October 11, 2009

BN Menang Di Bagan Pinang

PORT DICKSON: Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang apabila calonnya bagi pilihan raya kecil kawasan itu, Tan Sri Mohd Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala lawannya daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.

Sementara itu, jumlah undi rosak adalah 223 undi.

Perkara itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini, sebentar tadi.

Pilihan raya kecil ini merupakan yang kesembilan sejak pilihan raya umum 8 Mac.

Kemenangan ini merupakan yang kedua bagi BN memenangi pilihan raya kecil DUN Batang Ai pada April lalu.

Dalam reaksi awalnya, Mohd Isa ketika ditemui berkata, beliau bersyukur dengan perkembangan setakat ini yang memihak kepada BN.

"Memang kita yakin akan mendapat sokongan yang baik. Tambahan pula, Perdana Menteri telah jelaskan kenapa saya dipilih untuk mewakili BN dan Umno dan ia disokong oleh Timbalan Perdana Menteri yang berkempen siang dan malam di sini.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perkembangan ini. Bagi saya, faktor kemenangan setakat ini adalah orang dah yakin semula kepada BN.

"Ini petanda baik bukan sahaja di Bagan Pinang malah di seluruh negara. Ini menunjukkan rakyat dah kembali yakin bahawa BN adalah parti yang mampu membangunkan negara walaupun kita akui ada sedikit masalah tapi ia mampu diselesaikan," katanya.

DUN Bagan Pinang : Pertarungan antara “Thalut” dan “Jalut” ?

Jika harta dan kebendaan yang menjadi ukuran sudah pasti calon PAS, Zulkifli Mohd Omar bukanlah tandingan Tan Sri Mohd Isa Samad , calon Umno di DUN N.31 Bagan Pinang.

Semua orang tahu betapa kaya dan berpengaruhnya Tan Sri Isa Samad jika dibandingkan dengan Zulkifli Mohd bin Omar.

Bagaimanapun Al-Quran membimbing manusia bagaimana memilih kepimpinan. Isu kepimpinan tidak diukur dengan banyaknya harta dan pengikut seseorang.

Kisah pertarungan Thalut ( dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Saul ) dan Jalut ( dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Goliath ) yang diceritakan di dalam surah Al-Baqarah ( lihat Ayat 247 hingga 250 ) menjadi panduan yang amat berharga kepada kita tentang isu memilih kepimpinan.

Apabila Nabi Shamwil ( Samuel ) memaklumkan kepada rakyat Bani Israel bahawa Allah memilih Thalut sebagai pemimpin di kalangan mereka, rakyat Bani Israel menentang dengan menunggunakan alasan harta kebendaan. Bani Israel membantah pemilihan Thalut kerana beliau tidak dikurniakan harta yang banyak .

Meskipun Thalut tidak mempunyai harta yang banyak namun beliau diberi kelebihan yang lain iaitu kelebihan ilmu pengetahuan dan kekuatan fizikal ( tubuh badan ). Kedua-dua kekuatan tersebutlah akhirnya, dengan izin Allah , membawa kepada kejayaaan Thalut dan para pengikutnya ke atas Jalut.

DUN Bagan Pinang menemukan dua individu yang jika dilihat dari sudut kebendaan semata-mata, jelas memihak kepada calon Umno.

Isa Samad berharta tetapi perasuah. Zulkifli Omar tidak berharta namun bersih dari rasuah.

Empat tahun yang lepas Umno tidak benarkan Isa Samad bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno kerana beliau disabitkan dengan kesalahan rasuah ( politik wang ) . Apabila Badan Disiplin Umno mensabitkan Isa sebagai perasuah , Umno tidak mempertikaikan. Umno setuju 100 peratus dengan keputusan Badan Disiplin Umno yang antara lain anggotanya adalah Ketua Hakim Negara sekarang , Tan Sri Zaki Tun Azmi.

Bagi menunjukkan kononnya Umno jijik dengan rasuah maka mana-mana pemimpin Umno yang terbabit dengan rasuah tidak dibenarkan diberi tanggungjawab kepimpinan kerana bagi Umno pada masa itu Isa Samad adalah pemimpin yang kotor dan jijik.

Label Isa Samad sebagai perasuah masih terlekat di seluruh anggota badan beliau. Selagi label itu ada Isa Samad adalah perasuah . Oleh itu Isa Samad masih kotor dan jijik.

Bagaimanapun dengan tiba-tiba Isa yang kotor dan jijik itu kini dipandang bersih oleh Umno. Maka Umno tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah memilih beliau sebagai calon yang mewakili Umno di Bagan Pinang.

Para pemimpin Umno seperti Najib, Muhyiddin, Hishamuddin dan ramai lagi yang empat tahun dahulu bersetuju bahawa Isa Samad adalah perasuah-jijik dan kotor- kini dengan tanpa segan silu menyokong beliau sebagai calon Umno di Bagan Pinang. Mereka bukan sahaja sokong malahan sanggup membela Isa. Kesalahan merasuah wang yang Isa lakukan dibela sebagai kesalahan melanggar etika sahaja. Maka Umno bersetuju Isa adalah pemimpin yang tidak beretika yang ditawarkan untuk memimpin rakyat Bagan Pinang.

Jelas Umno secara konsisten tidak konsisten dalam isu Isa Samad ini. Apabila Isa Samad hendak dipilih sebagai pemimpin dalam Umno beliau diketepikan kerana rasuah. Bagaimanapun apabila rakyat Bagan Pinang ingin memilih kepimpinan pada 11 hb Oktober ini pemimpin yang rasuah ini ditawarkan oleh Umno untuk mewakili rakyat Bagan Pinang. Mesej Umno kepada rakyat Bagan Pinang adalah jelas iaitu “ kami tidak mahu pemimpin rasuah dalam parti kami tetapi kami mahu pemimpin rasuah itu menjadi pemimpin orang-orang selain dari kami ( rakyat Bagan Pindang ).” - Blog Hanifa Maidin -

Friday, October 9, 2009

Tesco kebanggan Nik Aziz




“Sebab itu saya jemput dia mari sendiri tengok dari segi pembangunan fizikal, sekarang ada KB Mall, ada Hotel Renaissance, ada pasar raya Tesco, ada Parkson, ada Nirwana, dia boleh tengok sendirilah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di Kota Darulnaim, " Petikan Ucapan Nik Aziz "

Apa dah jadi dengan Tok Guru ni? Adakah dengan kewujudan Tesco ( yang termasuk dalam senarai boikot ) itu yang diagung-agungkan kewujudannya di Kelantan. Tok Guru dah lupa ke nak boikot Tesco? Alahai!!!!! makin nyanyuk dah Tok Guru kita ni.

Adakah dengan kewujudan Pasaraya hypermarket yang terang-terang menutup punca rezeki peniaga melayu kecil-kecilan ini dijadikan sebagai ukuran kemajuan negeri dibawah kerajaan pimpinanya. Nampaknya semakin cerahlah jalan ke syurga yang Tok Guru bina tu dengan membaling pasir kedalam periuk bangsa sendiri.

Saya suka kaitkan dengan Parit Buntar. Apabila wujudnya Econsave dan Pasaraya Billion dan Minat pula telah mula menjual barangan basah...berpusu-pusulah orang kesana dengan alasan barangan yang dijual dengan harga murah.Mengeluh la peniaga-peniaga kecil disekitar pasar awam , pasar tani,pasar malam kerana barangan yang dijual tidak laku.Kesian bangsa kita.....Memanglah pasaraya-pasaraya ini dapat menjual dengan harga yang murah, sebab mereka mengambil barangan secara borong.Orang kita pantang dengaq murah ja, mulalah kelupoq....Tup tup kena ayam tak sembelih.....hehehehe .....nak barang murah la....ambiklah

Kalaulah kewujudan Tesco dan parkson dijadikan ukuran kemajuan di kelantan , Piawaian yang diletakkan oleh Tok Guru kita ni cukup rendah,Beliau bukan memalukan dirinya tetapi rakyat kelantan dan seluruh umat Islam yang menjadikan kelantan sebagai Model pemerintahan Islam....

Tidak hairanlah rakyat kelantan memang sinonim dengan penghijrahan. Fakta menunjukkan kira-kira 400 000 rakyat Kelantan kini mencari rezeki di negeri-negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Singapura.

Faktor pendorong utama adalah kekurangan peluang pekerjaan di negeri sendiri. Lagipun rakyat Kelantan tentunya tidak mahu bekerja di Pasaraya Tesco yang menyokong Israel menghapuskan Palestin. Tok Guru memanglah bencikan Palestin yang islamnya sama dengan UMNO......Fikirkanlah........

Thursday, October 8, 2009

Sedarlah Wahai Melayu

Keputusan pilihanraya lepas, apa yang saya nampak terutamanya orang Melayu tidak peka dengan isu-isu politik semasa. Tidak prihatin dan tidak ambik tahu pun siapa wakil rakyat mereka orang Melayu ke, Cina ke, Bangla ke, pelik sungguh sikap orang Melayu. Murah sungguh nilai dan maruah orang Melayu, hanya dengan sehelai kain pelikat, sekampit beras, dua tiga kilo gula dan kopi, yang nilai tak sampai RM100.00 dah boleh memberikan undi kepada bangsa lain. Pada halnya yang buat banyak harta dinegara ini adalah orang Cina sendiri. Kita sendiri pun dah tahu dengan sikap bangsa Cina yang pentingkan DIRI SENDIRI. Cuba kalau orang Melayu mintak tolong dari bangsa Cina, mereka kata TAK TAHU, TAK SENANG LAH. Cuba kalau kita tersesat dikawasan Cina, bagaimana reaksi orang Cina kalau kita mintak tolong tunjukan jalan?

Apakah bangsa melayu tak pernah melalui perkara yang seperti ini ? Bodoh dan Buta sungguh bangsa Melayu ini. Dah lah tak cerdik membaca isu-isu semasa pun kurang, bila kita cakap dia buat dek je. menghasut lah, perkauman lah,nak ISA lah, Orang Melayu dan pemimpin Melayu terlalu bagi MUKA dengan bangsa China, itu sebab mereka NAIK KEPALA. Kalau dinegara asing bangsa Cina tak ada peluang langsung nak naik dalam segi apa pun. Cuba lihat Indonesia sendiri, tapi di Malaysia ini kerana Melayu terlampau BODOH boleh kongsikuasa pada orang China untuk memerintah. Sebenarnya orang Cina itu lebih perkaumannya. Orang Cina tak akan undi calun MCA, dia akan undi calun China dari DAP. Mereka tidak akan tolong calun Melayu (kecuali tiada pilihan) mahupun calun China dari MCA. Tapi orang Melayu yang kurang cerdik ini boleh undi calun Cina atau India dikawasan majority Melayu.

Sebanyak 4 kerusi DUN negeri Perak yang dahulunya dikuasai oleh UMNO telah diberikan kepada MCA, MIC & PPP. Senang sungguh rundingan yang dibuat oleh UMNO, semudah itu mereka memberikan kerusi DUN yang majority kawasan tersebut adalah Melayu. Yang UMNO dok bising sangat adalah bagaimana nak menawan Kelantan dan Terengganu dari tangan pembangkang Melayu. Itu Pulau Pinang tu dah berapa tahun Cina memerintah? Apa jadi dengan nasib orang Melayu di Pulau Pinang ? Saya rasa tuan2 dan puan2 dah saksikan satu program didalam TV Malaysia ANTARA DUA DARJAT. Bagaimana nasib orang Melayu di Pulau Pinang?. Dipingirkan. Percaya lah tuan-tuan dan puan-puan, Setiap kerusi DUN mahupun Parlimen yang telah diberikan kepada MCA, MIC & PPP,DAP ,PKR Kafir tidak ada peluang langsung untuk MELAYU mendapatkanya kembali. Setaip kali pilihanraya umum mereka akan mendesak MELAYU untuk menambahkan kerusi mereka di DUN dan Parlimen., Percaya lah. lihat sendiri Pulau Pinang. Boleh tak MELAYU kembali memerintah Pulau Pinang ? Aku nak Tanya puak-puak melayu. Boleh tak? No way for melayu to get back Pulau Pinang. Jauh panggang dari api. Aku cabar orang Melayu , UMNO,PAS dan PKR Islam cuba dapatkan kembali Pulau Pinang dari tangan Cina? Kalau berani, kalau Melayu berani, MELAYU PENGECUT, TERHADAP BANGSA CHINA, TAPI NAK TUNJUK GANGSTAR ATAU GEDEBENG DENGAN BANGSA SENDIRI.


WAHAI ORANG MELAYU SEDAR LAH SIKIT , BUKA LAH MATA, DENGAR LAH SIKIT CAKAP ORANG JANGAN JADI BODOH SANGAT,LAMBAT LAUN NEGARA INI AKAN JATUH KETANGAN CINA DAN INDIA SEDIKIT DEMI SEDIKIT. KERANA PERBUATAN PEMIMPIN BANGSA MELAYU SENDIRI. SAUDARA PERCAYA ATAU TIDAK ITU TERPULANG LAH... TAPI KALAU ADA UMUR PANJANG KITA AKAN SAKSIKAN NANTI. BUKAN PENJAJAHAN ASING BAHKAN KITA DIJAJAH ORANG CINA DAN INDIA DINEGARA SENDIRI.

Wednesday, October 7, 2009

Indonesia Biadap

Tindakan rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang satu tindakan biadab yang berpunca daripada dakwaan bahawa Malaysia menggunakan sejenis tarian Hindu Bali dalam promosi pelancongan kita. Reaksi seperti ini sebenarnya sudah banyak kali dilakukan oleh rakyat negara itu kalau hendak disenaraikan.

Kes penderaan seorang pembantu rumah di Sarawak tidak lama dahulu menyebabkan penunjuk perasaan menggempur Konsulat Malaysia di Kalimantan. Kes penderaan pembantu rumah di Kuala Lumpur menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran di Kedutaan kita di Jakarta akhir tahun 90-an.

Dalam kes penyelewengan gaji pekerja yang mendakwa majikan Malaysia tidak membayar gaji 30 orang pekerja Indonesia menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran di Kedutaan kita di Jakarta. Setelah disiasat didapati wang gaji lesap ditangan ‘kepala’ majikan mereka.

Dalam kes pembakaran hutan yang mengakibatkan jerebu di Malaysia satu masa dahulu, pihak kerajaan Indonesia menuduh rakyat Malaysia yang mengusahakan ladang kelapa sawit di Batam yang membakarnya. Setelah disiasat didapati ladang tersebut sudah ditanam dengan sawit. Apa nak dibakar lagi? Banyak pembohongan dan tindakan biadab yang dilakukan oleh pihak Indonesia.

Dalam kes projek kelapa sawit Tabung Haji di negara itu, speaker Parlimennya ketika itu, Dr. Amin Rais menggesa kerajaan Indonesia semasa sidang Parlimen supaya mengambil balik projek berkenaan kerana dikatakan menjejaskan maruah dan kedulatan negara.

Indonesia bukan sahaja rakyatnya mudah naik angin tetapi menterinya juga kepala angin. Kalau dianggap menjatuhkan maruah jangan panggil pelabur masuk ke negara kamu.

Peristiwa rusuhan di asrama pekerja di Nilai sekitar tahun 2000 telah melibatkan pembakaran trak polis dan pengebaran bendera Sang Saka Merah Putih yang berakhir dengan penangkapan 12 orang pekerja Indonesia. Dari peristiwa itu Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir menghentikan mengambil pekerja dari Indonesia dan mengambil pekerja dari negara ASEAN sebagai alternatif.

Kalau kita catat satu persatu tindakan biadab rakyat Indonesia terhadap negara kita memang sangat banyak, terutama yang berlaku di Indonesia, seolah-olah dua Negara bermusuhan dan hubungan Malaysia-Indonesia tidak wujud sama sekali, sedangkan berjuta rakyatnya datang mencari makan di negara ini dan mengutip kekayaan dan
mengumpul harta untuk dibawa balik ke negara mereka.

Ada yang masuk dengan berbagai cara; menipu pasport, tinggal lebih masa dan sebagainya. Kini beratus ribu rakyat Indonesia yang hendak menjadi rakyat negara ini. Ada yang sanggup datang dengan bot pancung. Yang berjaya sampai ke darat, yang tidak berjaya berapa ramai yang mati di tengah laut.. Mereka ini sanggup menyorok dalam hutan bakau beberapa hari, di tepi pantai sebelum di pungut oleh tekong-tekong darat. Ada yang di tahan Imegresen beberapa kali dan dihantar pulang tapi datang lagi tidak serik-serik.

Begitu susahnya mereka datang nak mencari makan di negara ini tetapi bila silap sikit tunjuk perasaan disana sini, di depan Kedutaan kita di Jakarta. Seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada mereka. Berapa billion duit kita mengalir ke Indonnesia setiap tahun.Tetapi Malaysia diberi gambaran sebagai pihak yang bersalah oleh media mereka terutama akhbar dengan membakar semangat rakyatnya. Akhbar mereka bertanggung jawab semua ini mensensasikan berita untuk melariskan akhbar masing-masing.

Segala sumbangan yang kita beri langsung tidak dihargai. Ini pula balasan kurang ajar mereka kepada Malaysia. Rakyat Indonesia memang bangsa yang tidak mengenang budi. Bangsa yang tidak berbudi adalah bangsa yang sudah tercabut dari kar budayanya menjadi bangsa yang rakus.Buktinya jelas di depan mata, bangsa yang biadab. Kata-kata yang selalu bermain dibibir mereka ‘kita serumpun’, adalah gula-gula semata-mata untuk tujuan yang menguntungkan.

Kata orang, apa yang kita beri jangan diungkit. Tapi hari ini kita hendak mengungkit supaya rakyat Indonesia, kalau tidak tahu membalas budi, sekurang-kurangnya sedar sumbangan Malaysia kepada rakyatnya dan tidak kurang ajar. Bila ada kesusahan dan bencana di Indonesia rakyat Malaysia dan kerajaan cepat-cepat hantar bantuan berulang kali tapi berapa banyak bantuan itu hilang begitu sahaja? tidak sampai kepada mangsa. Pernah wartawan Malaysia bertanya kepada ketua rombongan yang datang mengutip derma dari negara Indonesia ketika tsunami, sejauh mana bantuan itu boleh sampai kesasaran. Ini menunjukkan cerita sebalik bantuan tersebut. Budaya rasuah Negara itu tika tidak mahu campur.

Justru, NGO kalau hendak beri bantuan kepada mangsa Indonesia berfikirlah dua belas kali. Rakyat Malaysia harus membantu mereka yang susah tetapi pastikan bantuan sampai kesasaran. Kedua, sebelum beri bantuan lihat dahulu rakyat Malayia sendiri yang lebih utama memerlukan bantuan. Kita bukan zaman Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga tiada siapa yang menerima bantuan zakat. Seminggu lepas masih ada warga emas 70 tahun dari Johor yang kerja mengutip tin kosong di tepi jalan dengan pendapatan RM 6 sehari.Bayangkan. Jangan kita asyik membantu yang diseberang laut, didepan mata kita tak nampak. Nak tunjuk yang kita rakyat mewah, kaya raya. Tolong sikit.

Pandang belakang, lihat situasi sebenar rakyat negara sendiri, lebih bermakna. Kita tahu mereka yang menerima bantuan di Indonesia banyak berterima kasih, tapi rakyat Indonesia yang tidak pernah menerima bantuan barangkali, jauh sekali berterima kasih atas bantuan yang Malaysia berikan kepada saudara mereka yang menerima bencana. Malah menunjukkan sikap buadab mereka membakar Jalur Gemilang. Kerajaan
Indonesia disamping menanamkan semangat petriotik kepada rakyatnya, harus juga mengajar sifat tahu membalas budi kepada orang yang memberi kemudahan atau kekayaan kepada rakyatnya.

Orang Indonesia yang sudah menjadi rakyat Negara secara undang-undang memang sah rakyat Malaysia tetapi secara yang tersirat mereka tetap cintakan negara asal mereka. Mereka sering berulang alik dan menjalankan perniagaan dan sebagainya. Sejauh mana kesetiaan mereka kepada negara baru mereka. Oleh itu Menteri yang berkenaan wajib mengkaji semula proses meluluskan permohonan kewarganegraan yang sedang rancak dijalankan sekarang. Pemohon yang sudah lama tertonggak bukan alasan untuk kita mempercepatkan urusan pemberian kerakyatan kepada mereka.

Kita jangan jadi bebal, apa perlu kita risau atau pedulikan untuk mempercepatkan kelulusan kerakyatan. Itu urusan mereka hendak menjadi rakyat Malaysia. Kita sebagai tuan rumah, terpulang kepada kita samada hendak meluluskan atau tidak. Itu hak kita. Justru, saya mencadangkan kerajaan Malaysia menutup terus permohonan mana mana warga negara asing yang hendak menjadi rakyat Negara ini. Kita bukan kekurangan rakyat dan tiada keperluan berbuat demikian, malah mengundang malapetaka kepada rakyat Negara ini dari segi ekonomi, social, kesihatan, keselamatan dan sebaginya. Keadaan rakyat sendiri sudah berada dalam kesusahan mencari kerja dan sebagainya.

Kerajaan Saudi pernah tidak meluluskan kepada rakyat asing (Melayu) yang hendak menjadi wargaegara itu, walaupun sudah lebih tiga puluh tahun tinggal di Saudi, sehingga meninggal dunia. Kenapa kita sibuk hendak merakyatkan warga asing. Adakah wajib bagi sebuah Negara menerima permohonan warga asing menjadi rakyatnya. Kalau hendak menunjukkan kita Menteri yang cekap bekerja, pada saya, kita sebenarnya sudah tersalah acuan, nak lain, yang jadinya lain. Perkara kerakyatan bukan boleh ‘dibuat main-main’.

Negara kita sekarang sudah dipenuhi pendatang haram. Apa, tidak cukup lagi. Jenayah rompakan, pecah rumah oleh warga Indonesia sudah tidak tertanggung. Penduduk tempatan terutama di bandar hidup dalam ketakutan dan tidak selesa seperti dulu. Saya tidak sentuh tentang dasar buruh dan beberapa kementerian berkaitan keselamatan. Apa yang saya cadangkan supaya beberapa kementerian berkenaan perlu duduk semeja dan membincang secara serius dan halusi untuk kepentingan Negara.

Pendek kata masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing Indonesia sangat banyak dan memberi beban kepada negara tetapi dalam waktu yang sama mereka menunjukkan kurang ajar dan sedikit pun tidak menunjukkan terima kasih atas sumbangan Malaysia kepada mereka. Dalam hal bakar Jalur Gemilang, saya ingin tahu apa reaksi dan komen parti-parti politik dan NGO kita. Adakah mereka hanya pandai tunjuk perasaan hapuskan ISA atau kecam SPRM, kecam kerajaan? Apakah mereka dayus bila berdepan dengan orang menghina bendera kita.

Agensi yang membuat promosi pelancongan perlu di siasat. Adakah pihak yang terlibat terdiri dari syarikat pengiklan dari Indonesia, kita mahu tahu. Kalau tidak, kenapa begitu mudah menggunakan bahan-bahan budaya dari negara berkenaan untuk dimasukkan kedalam iklan promosi kita. Dahulu sudah berbangkit perkara sama. Kementerian Pelancongan tidak sensitif mengenai perkara ini. Apakah kita tidak ada seni budaya. Saya bimbang syarikat asing terlibat dalam promosi berkenaan, yang akhirnya melagakan dua buah Negara ‘serumpun’. Perkara seperti ini perlu dihalusi. Pemantauan sangat perlu. Jangan lepas tangan.

Beberapa hari lepas melalui saluran Astro, secara tidak lansung saya menonton chef popular Malaysia mengadakan demonstrasi masakan di Jakarta bersama Menteri Pelancongannya. Kemungkinan inilah yang menuduh ‘Malaysia pencuri dan biadap’. Sudah sampai masanya Malaysia harus menunjukkan pendirian tegas. Singapura yang sekecil itu boleh tegas dalam menonjolkannya sebagai negara berdaulat, kenapa kita. Rakyat Indonesia bangsa yang tidak tahu membalas budi, sama dengan Menteri Pelancongannya yang biadab.

Puisi Untuk Melayu

Melayu oh Melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu ???

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu



Melayu oh Melayu

Apa hobi orang Melayu ???

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu

Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu



Melayu oh Melayu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku ???

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa melayu jadi begitu

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu

Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu



Melayu oh Melayu

Sampai bila kita nak tunggu ???

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

BOleh! dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku

AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu



Melayu oh Melayu

Banggakah memjadi bangsa melayu begini ???

Dek kerna keramat laungan Hang Tuah

Tidak akan hilang melayu di dunia

Ayuh la melayu, sedar dari tabiat kemelayuan yang alpa

Kembalilah pada Fitrah Manusia sebenar

Panduan sudah tersedia untuk diguna pakai

Bukan buah fikiran akal melayu yang akan layu akhirnya

Ikut la Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan

Melayu oh Melayu ku

Soalan Spot

Soalan Objektif

1) Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 6

a) Najib Tun Razak
b) Abdullah Ahmad Badawi
c) Anwar Ibrahim
d) Rosmah Mansor


2) Pada tarikh apakah perdana Menteri Malaysia ke 6 Dilantik

a) 31 Ogos 2009
b) 3 April 2009
c) 16 September 2008
d) 14 Febuari 2007


3) Pada 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 di hadapan...

a) Potret Yang Dipertuan Agong
b) Tuanku Karpal Singh (Singh is King)
c) Cermin
d) Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Brunei


4) Pada tahun 2008 Parlimen Malaysia menyaksikan perbuhana kuasa setelah ketua pembangkang mendapat bilangan kerusi yang mencukupi dari

a) Ahli Parlimen Barisan Nasional
b) Ikea
c) Kedai Perabot Wong Ah Tong and Sons
d) Dewan Undangan Negeri Perak


5) Pada 12 September 2008 Ahli Parlimen YB Tian Chua telah ke Taiwan bersama rombongan beberapa ahli politik dari Pakatan Rakyat untuk?

a) Belajar mengenai penanaman Dragon Fruit
b) Mengambil kursus pendek pertanian
c) Berkaraoke bersama ahli parlimen BN
d) Mengajak mereka untuk melompat parti


6) Gerakan popular rakyat yang dipelopori oleh aktivis kaum India yang memberi kesan dalam keputusan pilihanraya ke 12 dikenali sebagai

a) Makkal Sakhti
b) Makkal Ossai
c) Muthel (Telur) Tosai
d) Rawa Tosai


7) Siapakah di antara berikut merupakan pemimpin kanan dalam gerakan aktivis Hindu yang dekenali sebagai Hindraf?

a) Vellupillai Prabakharan
b) P Uthayakumar
c) P Ramlee
d) Sivaji The Boss


8) Bilakah perdana Menteri Malaysia ke 7 akan dilantik

a) 16 September 2009
b) 16 September 2012
c) 16 September 2020
d) Sebelum Kiamat


9) Dewan Undangan Negeri Perak mencatat sejarah pada tahun 2009 apabila mengadakan persidangan di....

a) Bawak Pokok
b) Tepi Longkang
c) Gerai Cendol bawah pokok dekat roundabout depan super kinta
d) Kedai Mamak


10) Pakatan Rakyat telah memulakan gerakan untuk memulihkan Imuniti dan memperkenalkan undang-undang memperkasakan kembali institusi beraja namun ianya telah dihentikan kerana

a) Menteri Besar mereka Mohon Derhaka
b) mereka insaf
c) Kerana raja sebenar di Malaysia ialah Karpal Singh dan bukan Sultan
d) Sebab Karpal Singh meminta Anwar Insaf di dalam TV.


11) Siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin Malaysia yang digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz oleh Naib Presiden PAS Husam Musa?

a) Nik Aziz
b) Abdul Hadi Awang
c) Khairy Jamaluddin
d) Lim Guan Eng


12) Khalifah Umar Abdul Aziz Malaysia menentang perlaksanaan undang-undang?

a) Pemakaian tali keledar belakang
b) Jalanraya persekutuan
c) Tubuh Syarikat persendirian
d) Hudud dan Qisas


13) Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 diberi gelaran sebagai..

a) Bapa Permodenan
b) Bapa Demokrasi
c) Bapa Mertua Khairy Jamaluddin
d) Bapa kali dah dia mau tidur.


14) Kegagalan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 6 Malaysia pada tarikh 16 September 2008 adalah kerana?

a) Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan
b) Tuanku tidak perkenan perlantikan beliau
c) Kerusi yang beliau dapat adalah dari Ikea
d) Beliau mengunggu Pak Lah mebalas surat beliau kerana pada akhir surat ada ditulis pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Soalan-Soalan Subjektif

Soalan 1

Terangkan mengapa pada awalnya Anwar Ibrahim pada mulanya hendak mengusulkan Undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kemudian mengubah fikiran untuk mengusulkan Undi Percaya kepada beliau selaku Perdana Menteri Malaysia?


Soalan 2

Apakah Perbezaan di antara gerakan untuk melompat parti pada 16 september, gerakan ahli DUN BN Perak Melompat parti ke PKR dan kejadian perubahan kuasa di Perak akibat beberapa ahli DUN lompat kelaur dari Parti PKR dan DAP?


Soalan 3

Kejadian apakah yang mengakbiatkan penyokong PAS beramai-ramai berbaring-baring di sekitar Jalan Raya di Ipoh dan apakah kesan atas tindakan berbaring-baring mereka itu?


Soalan 4

Mengapakah yang dipertuan agong berhak melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi Sultan Perak tidak berhak Melantik Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak?

Undang- Undang Baru

Oleh kerana terlalu banyak pilihanraya diadakan sehingga menghabiskan wang rakyat, parlimen telah meluluskan undang2 baru berkuatkuasakan serta merta. Undang2 tersebut adalah seperti berikut :-

- setiap calon yang ingin bertanding dalam pilihanraya diwajibkan melakukan medical check up dan kesihatan mestilah tip top, tiada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan lain2.

- setiap calon mestilah berjiwa tenang, tidak stress dan tidak suka memaki hamun dan mencarut bagi mengelakkan kenaikan tekanan darah seterusnya membawa maut

- setiap calon perlulah berpendirian tetap, dan tidak berfikir untuk meletakkan jawatan mahupun melompat parti

- setiap calon juga perlu mempunyai moral yang tinggi dan tidak akan memberi atau memakan rasuah, tidak akan melakukan skandal samada dalam atau luar tabie serta tidak akan menyalahgunakan kuasa

Sehubungan itu, satu Suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menemuduga dan menyaring wakil rakyat dan ADUN yang berkualiti sahaja boleh bertanding.

Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang VS Parit Buntar

Dari Kepung pergi ke Batu
Terima kaseh kerana bagi saya nombor satu

(pantun dua kerat Tan Sri Isa Samad di PWTC - laporan TV1 petang Sabtu 25 September)

Riuh-rendah tidak mahu Isa Samad menjadi calon. Bagi mereka, Isa telah tercemar dengan rasuah dan Umno perlukan calon yang “bersih”. Wah, wah, wah! Begitu bersungguh-sungguh Umno mahu banteras rasuah. Kesalahan politik wang dalam Umno dianggap rasuah yang besar sedangkan rasuah sebenar yang melinatkan berbilion ringgit wang rakyat, mereka sanggup tutup sebelah mata.

Betullah bagi duit untuk perwakilan sewaktu pemilihan adalah satu kesalahan rasuah tetapi hal bagi duit kepada orang Umno ini adalah satu budaya yang lazim dan diguna pakai oleh semua pemimpin Umno. Ada perwakilan menerima RM500 dan ada juga yang menerima RM1,000; bergantung kepada jawatan yang dipertandingkan, dan siapa yang bertanding. Setahu saya, semua pemimpin Majlis Tertinggi Umno, bila berkempen, mereka gunakan ejen-ejen tertentu untuk membeli undi atau meluluskan projek (yang sama juga taraf rasuahnya).

Jadi usahlah mereka berlagak “whiter than white” dan menganggap kesalahan Isa Samad itu besar benar. Kalaulah Isa semasa menjadi Menteri Besar Negri Sembilan dahulu mengambil rasuah berjuta ringgit, itu memang patut menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh menjadi calon. Kalau itulah yang berlaku, mengapa pula beliau dikekalkan sebagai MB begitu lama? Malah kita dengar ramai MB dan bekas MB dari Umno yang bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan duit rakyat. Kalau setakat duit kempen pemilihan Umno, rasanya tak ada seorang pun pemimpin Umno yang berani bersumpah yang dia adalah “bersih”.

Usahlah guna alasan politik wang dalam Umno semata-mata nak tunjuk kononnya Umno ini parti yang bersih. Kalau benar-benar jujur dan mahu “bersih”, mengapa sibuk nak tangkap orang yang dedahkan maklumat tentang PKFZ? Sepatutnya siasatan dan tindakan diambil terhadap orang yang disyaki bersalah. Ini cuma nampak kuman di seberang laut, gajah di depan mata, pura-pura buta. Skandal PKFZ itu penyelewengannya berbilion-bilion ringgit. Masakan PKA dapat pinjaman mudah dari kerajaan dengan cara kelulusan retrospektif Cabinet sebanyak RM4 billion tanpa penglibatan orang atasan. Pinjaman yang pasti tidak terbayar kerana projek itu telah pun gagal. Samakah rompakan wang rakyat itu dengan kesalahan beri duit kempen kepada perwakilan Umno?

Bila direnung kembali cerita Isa Samad dicalonkan diBagan Pinang teringat persamaannya dengan Parit Buntar.Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar DARS juga dituduh macam-macam semasa PRU 12.Kalau nak bicara tentang Rasuah Politik Wang di Parit Buntar ni tak payahla. Cuma yang membezakannya banyak dan sikit je.Pernah juga terdengar suatu ketika dulu yang ada dikalangan ahli UMNO Parit Buntar yang membuat laporan ke Majlis Tertinggi tentang DARS yang merasuah mereka dalam pemilihan UMNO Bahagian Parit Buntar.Dengar kata disertakan sekali Surat Sumpah yang membuat laporan. Tetapi akibat kebijaksanaan DARS akhirnya yang bersumpah menjadi sesumpah.Kes tenggelam begitu sahaja.

DiBagan Pinang seluruh kepimpinan UMNO Bahagian mencalonkan Isa Samad sebagai calon tunggal. Memangla kalau mesyuarat dipengerusikan oleh orang yang hendak dicalonkan.Siapa berani lawan Ketua UMNO Bahagian?

Bagan Pinang ni berbeza dengan Parit Buntar. Isa Samad sememangnya disayangi dan disukai oleh penduduk Bagan Pinang. Seluruh UMNO di Bagan Pinang memang berdiri bersama Isa Samad.Tapi di Parit Buntar...Ketua , Timbalan Dan Naib masing-masing berada dalam kepura-puraan. Masing-masing merasakan kerusi Ketua Bahagian hanya mereka yang layak....

DiParit Buntar dalam PRU12 pun lebih kurang situasinya dengan Bagan Pinang.Pucuk pimpinan bahagian sebulat suara mencalonkan Ketua Bahagian yang majoriti ditolak oleh pengundi di Parit Buntar.Alkisahnya keputusan dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan UMNO Bahagian.Maka akhirnya dapatlah undi orang UMNO.Karamlah kapal Barisan Nasional di Parit Buntar . Si Luncai pun akhirnya terjun dengan labu-labunya.Orang No2(Calon Kuala Kurau) dan Orang No3 (Calon Titi Serong)pun menyokong sepenuh hati Ketua Bahagian sebagai calon Ahli Parlimen apabila mendapat tahu nama mereka di calonkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing ( dah dapat panggu )"takkan nak komplen lagi kot".

Mereka mengharapkan rakyat akan menghukum Ketua Bahagian dan bersimpati terhadap mereka.Tetapi akhirnya rakyat betul-betul menghukum.Memang rakyat di Parit Buntar betul-betul adil dengan menghukum kesemuanya sekali.

* Nasihat saya untuk rakyat Parit Buntar : Buatlah perubahan dalam UMNO Parit Buntar.Jangan nampak kesilapan Ketua Bahagian ( Gila Kuasa ) sahaja.Perati sama Timbalan ( Pelakon Hebat ),Ketua Wanita ( Dah semakin senja ), Ketua Pemuda ( Yes man - pengampu ketua ), Ketua Puteri ( ermm....ajak buat direct selling layak la ) adakah mereka betul-betul ikhlas memperjuangkan nasib orang melayu, atau memperjuangkan kepentingan masing-masing.

Petik dari kata-kata seorang Ketua Cawangan dalam Mesyuarat UMNO Bahagian baru-baru ini " Kita akan pastikan orang No1 dan No2 tidak menjadi calon , kita akan sokong Orang no3. Mantan YB Titi Serong ni memang betul-betul berjiwa rakyat tetapi adakah itu cukup untuk menjadi pemimpin? Fikirkanlah....