UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Monday, November 30, 2009

Parit Buntar Dan BTN

Hari ini saya terpanggil untuk mengulas Isu BTN yang sedang hangat diperkatakan oleh pelbagai media hari ini. tapi apa yang ingin saya luahkan disini bukan pengisian yang dijalankan melalui program BTN tetapi apa yang BTN telah lakukan di Parit Buntar dan menyebabkan Melayu pernah hilang kekuasan di Perak tempohari.

Ini berlaku dalam pilihanraya yang lepas. Apa yang difahamkan BTN juga memainkan peranan penting dalam menentukan calon bagi BN dalam pilihanraya. Kebetulan waktu tu DARS merupakan Timbalan Menteri yang menjaga BTN. Cuba lah kita bayangkan apabila BTN ditugaskan untuk mencari calon untuk BN sedangkan bossnya juga kemaruk walaupun dah tahu dirinya tidak lagi disukai.Hasilnya dengan bangga mengumumkan Parit Buntar disapu bersih.

Apa yang menjadi masalah kru kru BTN ni ada kepentingan masing masing , yang kemaruk nak jadi calon ni apa lagi mula menghampiri kru kru BTN ni. manalah tahu kot2 nama dicalonkan, KRU KRU BTN ni juga manusia yang mudah gelap mata " GIVE N TAKE " la katakan. Lu Tolong Gua , Gua Tolong Lu.

Ada seorang KRU BTN tu dikenali dengan gelaran GEAR BOX ( bekas guru ).sibuk kehulu kehilir mengusung "ijazah" BTN seolah olah dialah yang akan menentukan calon nanti.Ramai juga KRU KRU BTN yang saya kenali dikawasan Kerian ni. kebetulan pulak adalah terdiri dari orang orang kuat UMNO dan orang YB somebody2.

Mantan YB Kuala Kurau mengambil langkah yang agak cepat dan pantas.mula menghampiri KRU KRU BTN ni. Blogger Gelombang Melayu juga adalah salah seorang KRU BTN yang merupakan orang kuat mantan YB ni.Mungkin jika Mantan YB ni jadi Ketua Bahagian, KRU BTN ni dijanjikan jawatan dalam kepimpinan UMNO Bahagian agaknya. jangan lupa ya Gelombang Melayu , bagi tahu bos BTN supaya calonkan semula mantan YB ni. Nanti adalah panggu.

Mantan YB Titi Serong pun tak ketinggalan. KRU BTN yang merupakan bekas pesara PPD menjadi taruhan.

Apapun Rakyat kita semakin bijak dan waras dalam membuat pertimbangan dan pemilihan. Justeru janganlah terlalu mendengar pandangan orang atasan sahaja untuk menentukan calon dengarlah pandangan akar umbi.

* PARIT BUNTAQ tetap mahukan calon baru untuk calon PRU 13. Banyak lagi muka baru yang boleh diketengahkah . Cikgu Jamil , Jamal Nasir , Datuk Yusof Yahaya , Datuk Fuad Nayan , boleh diketangahkan. tak salah jika kita mencuba yang baru jika kita tahu yang lama dah kong. Tapi kalau betul betul mahu pemimpin berjiwa rakyat Mantan YB Titi Serong harus dicalonkan semula.

Korban Atau Dikorbankan?

Salam IdulAdha kepada seluruh Umat Islam dimuka bumi ini. Salam juga kepada semua Islam , Melayu Islam , India Islam dan Khasnya Cina Islam yang berada di Parit Buntar dengan harapan agar dapat lebih berusaha dan sanggup " berkorban " untuk perpaduan Umat Islam. Bukan sahaja asyik membahagikan lembu korban dan dok lawan sapa banyak sponsor buat korban.

Tahun ni di Parit Buntar apa yang kita lihat Mantan YB Titi Seronglah orang yang paling sibuk dok bahagi lembu korban MB sambil sambil dok pancing undi nak dicalonkan semula sebagai ADUN.

Sahabatnya pulak dok sibuk berkempen untuk menjadi Ketua bahagian. Mula menjejaki dari cawangan ke cawangan sambil sambil menjaga saudara saudara Cinanya , mungkin nak mengikuti jejak pemimpin pemimpin PAS yang mula menjaga orang kafir dari kebajikan sesama Islam.

Pemimpin PAS Parit Buntar juga tidak kurangnya membuat korban. Difahamkan sebanyak 7 ekor lembu dikorbankan.

Apapun niat korban tuan - tuan hanya Allah Taala je yang tahu. Bagaimana pula dengan pengorbanan tuan tuan sebagai pemimpin. Berjayakah menyatupadukan umat islam di Parit Buntar?

Untuk mencapai tujuan tersebut, pengorbanan seharusnya dilakukan demi menjamin pencapaian matlamat yang di inginkan. Didalam politik tanah air kita dewasa ini, kita telah menyaksikan pelbagai rentetan demi rentetan yang kadang la menjurus kepada pelbagai reaksi yang agak nagetif didalam kotak pemikiran kita.

Didalam arus perubahan yang kita laungkan, media elektronik, infomasi berteknologi, intenet kini telah memainkan peranan yang besar didalam penyebaran maklumat dari masa kesemasa.

UMNO khasnya kini telah meneroka bidang penyebaran maklumat ini melalui internet secara giat bagi memastikan matlamat penyampaian sampai ke sasaran. Akan tetapi adakah kita sedar atau tidak sedar ada sebahagian daripada ahli umno yang memegang jawatan sebagai ketua penerangan masih lagi tidak tahu menggunakan internet dan tidak mempunyai laman untuk penyebaran maklumat bahagian ke peringkat yang lebih global lagi.

Oleh yang demikian sebagai langkah terbaik sempena menyambut hari raya korban ini seharusnya “Kepimpinan Bahagian” yang tidak dapat menjalankan tugasan dan tiada pengetahuan didalam ICT hendaklah “Di korbankan” dan meletakkan sesaorang yang lebih bijak . Zaman goyang kaki didalam UMNO kini telah berlalu. UMNO memerlukan satu generasi yang berilmu dan bersemangat untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara, bukan “Kaldai” tua yang tidak sedarkan diri akan kelemahan.

Begitu juga dengan “Ketua-Ketua Cawangan” yang hanya tahu setahun sekali datang ke Dewan untuk mengambil beg sebagai perwakilan. Mereka ini juga terpaksa “Di Korbankan” untuk memastikan krisis keyakinan terhadap kepimpinan akan berakahir. Secara peribadi saya sendiri, saya tidak dapat memilih pemimpin yang sedemikian,

Di dalam UMNO Parit Buntar pula krisis politik yang semakin hari semakin menyesakkan benak hati rakyat yang inginkan ketenteraman seperti sedia kala mungkin juga akan tercapai jika sekiranya beberapa orang ini terpaksa juga “Di Korbankan” demi harapan sebahagian besar rakyat Parit Buntar. Pelbagai onar telah berlaku kerana ketamakan mereka didalam mengejar kekuasaan yang hilang dari pegangan.

Isu isu yang dimainkan oleh sesetengah pihak seperti isu agama, perkauman, ketuanan melayu telah menjurus kepada beberapa insiden yang menyebabkan perpecahan dikalangan orang Melayu. Sebagai contoh yang paling mudah, isu lembu di mainkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menaikkan sentimen perkauman dikalangan rakyat di Malaysia demi kepentingan politik peribadi.

Jika demikian. logiknya dihari raya korban ini, maka banyak lah rakyat dan umat Islam di Malaysia akan di hadapkan ke muka pengadilan kerana melakukan ibadah korban dengan penyembelihan lembu.

Walaupun demikian seluruh rakyat Malaysia perlu melihat jauh ke belakang semula mengenai pengobanan yang telah dilakukan oleh pemimpin dahulu untuk memastikan keamanan. kedamaian dapat dinikmati di Malaysia. Jesteru itu adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan segala pengorbanan tersebut dijaga dan tidak dapat dirungkai dengan sewenangnya oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pemerintah melakukan sesuatu atau melakukan “Korban” atau “Mengobankan” atau terpaksa di”Korbankan” terhadap individu-individu yang berusaha merosakkan intigrasi kaum didalam negara ini. Tindakan ini akan menjadi pengajaran bahawa keamanan, kedamaian yang sedia ada hendaklah di bajai dengan nilai nilai murni agar ianya tetap subur didalam hati segenap lapisan rakyat dinegara ini.

Sebagaimana petikan daripada BigDog

Rakyat Malaysia juga tidak bersedia untuk ‘mengorbankan’ prinsip semata mata kesenangan dan keselesaan seorang individu, membatasi kepetingan dan sentimen majoriti. Dewasa ini, terdapat usaha pihak liberalist yang terdiri dari anasir anti-Melayu seperti DAP dan politikus-anarkis seperti Anwar Ibrahim yang mendesak agar Penjenayah Perang Chin “Butcher of Malaya” Peng dibenarkan kembali ke Sitiawan, Perak untuk menghabiskan sisa sisa hidup. Dalam tempoh 12 tahun Darurat, Chin “Butcher of Malaya” Peng dan warga Parti Kominis Malaya dipertanggung jawabkan dalam hampir 5,000 nyawa terkorban dengan kejam dimana 60% terdiri dari orang awam yang tidak bedosa, termasuk kanak kanak, wanita dan orang tua

Ini adalah masa sesuai untuk MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz Nik Mat untuk di”Korban’kan, demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan dan ahli PAS. Ini kerana MB ‘Flip-Flop’ Nik Aziz sebagai Murshidul Am PAS mengamalkan nepotism dan kronyism, berdalih mengenai menerima ‘rasuah’ (imbuhan penajaan Haji bernilai sebanyak RM 65,000 seorang untuk beliau, isteri dan anak dan menantu), memperkudakan agama Allah s.w.t. (“Allah pun mencarut”, “Boleh berkawan dengan syaitan” dan “Pergi jahanam UMNO”) semata mata kepentingan politik dan membawa slogan yang tidak ditunaikan (“Membangun bersama Islam”) selama 19 tahun memerintah Kelantan.

Akhie sekali, di Hari Raya Korban ini, terlalu banyak perkara yang memerlukan pengorbanan untuk kesejahteraan ummah, ada diantaranya terpaksa menjadi “Korban” dan ada juga terpaksa “DiKorbankan” dan ada juga yang “Terkorban” demi untuk mencapai hala tuju yang suci dan murni. Walaupun kita tahu ada diantaranya tidak lah sebersih dan seputih kapas yang baru dipetik.

Selamat Hari Raya Korban.

Sunday, November 29, 2009

Doa Nik Aziz Untuk Pemimpin Islam

Berita Awani menyiarkan isu Nik Aziz yang meminta doa agar Najib Razak di timpa kecelakaan jika beliau tidak terbuka hati untuk memberi royalti petroleum semasa beliau menyampaikan khutbah Aidil Adha!

Di manakah rasionalnya pemikiran Nik Aziz ketika itu?

Apakah Nik Aziz sudah begitu nyanyuk dan senile sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang berbentuk doa untuk mencelakaan seseorang muslim yang lain?

Sunday, November 22, 2009

CHIN PENG MINTA MAAF

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, buat pertama kalinya meminta maaf kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang menjadi korban kekejaman PKM sepanjang tempoh parti itu menggerakkan perang gerilanya.

Katanya, walaupun parti itu tidak pernah berniat membunuh orang-orang yang tidak berdosa, namun ‘kami juga mungkin melakukan kesilapan.”

“Jika kami secara tidak sengaja membunuh mereka yang tidak bersalah, saya meminta maaf. Saya meminta maaf juga kepada keluarga mereka yang turut menderita,” kata bekas pemimpin komunis itu dalam satu wawancara dengan akhbar The Star di Bangkok bulan lalu.

Chin Peng berkata, dia mengambil tanggjungjawab sepenuhnya atas segala tindakan komrad-komradnya dalam PKM. “Dalam peperangan kita tidak dapat membezakan antara orang yang bersalah dengan yang tidak bersalah,” katanya.

Pada masa lalu, lapor The Star, Chin Peng tidak pernah menunjukkan rasa bersalah atas kehilangan nyawa atau menggerakkan peperangan bersenjata. Dia juga kekal sebagai seorang komunis yang taat.

Dalam temubual yang sama, Chin Peng memberitahu The Star, dia tidak mengharap masyarakat akan memaafkan kesalahan lampaunya, tetapi dia menaruh harapan mereka dapat mengenepikan apa juga perbezaan yang ada.

“Itulah perang. Kalau anda berkata kami (komunis) membunuh orang, komunis juga turut dibunuh oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam temubual bersempena ulang tahun ke-20 termeterinya perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan PKM, yang menyaksikan PKM meletakkan senjata pada 2 Disember, 1989.


********Sanggupkah orang Melayu memaafkan Chin Peng si komunis haramjadah ini? Sanggupkah keluarga yang pernah menjadi mangsa kepada kekejaman sang komunis ini dimaafkan begitu sahaja?********

Anwar Seringgit

Apa maksud tersirat bila gaji RM1 diumumkan sebagai ganjaran menjadi penasihat kewangan Selangor?

Tiada maksud lain, melainkan mengada-ngada, menunjuk-nunjuk. Orang Sabah kata ‘mintak puji’.

Kalau dilayan boleh jadi budaya lelong dalam filem P.Ramlee. Takkan pemimpin kerajaan BN nak bidding pulak sampai jatuh ke RM0.50.

Memang Anwar tak ada kerja lain..siang malam propaganda, propaganda dan propaganda.

Makin bankrap idea nampaknya.

Lama mana sangatlah boleh bertahan kalau siang malam pakai steroid untuk jadi sehat dan kuat.

Kalau siang malam pakai steroid propaganda lama-lama boleh jadi immune. Bila dah immune, kesan yang akan berlaku ialah apa isu pun akan dimanipulasi asal dapat mengekalkan carta di tangga teratas sebagai pemimpin paling popular.

Akhirnya isu paling bodoh pun dia akan guna. Disebabkan sudah immune, propaganda paling bodoh pun dia akan rasa paling hebat.

Itulah keburukannya bila terlalu bergantung kepada steroid propaganda untuk mengekalkan pengaruh.

Makin hari makin kesian den tengok Anwar ni. Dia rasa dia hebat. Tapi dia tak tau kita kesian tengok dia…

Tuesday, November 17, 2009

MELAYU WAJIB BERSATU

Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.
Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atau marhein.

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.
Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'. Petikan Blog Mokhtar Petah

Monday, November 16, 2009

Cadangan: KPI untuk Wakil Rakyat

Sekarang kita telah mendengar sendiri,kita telah membuat penilaian sendiri atau membaca pelbagai reaksi dari orang lain mengenai apa yang telah diperkatakan semasa perhimpunan agung tempoh hari, semua ini amat jelas, terang dan nyata.

Isu balaci, pembodek, kaki ampu, pak turut atau apa juga gelaran kepada individu ini adalah terang dan jelas merungkaikan matlamat yang dibawa oleh mereka, individu ini juga lah dikatakan sebagai pemecah kepada perpaduan didalam parti, mereka ini juga adalah setitik racun yang dicampur dengan madu dimana bertindak membunuh secara perlahan keutuhan yang terjalin, semua ini berlaku kerana kebanyakkan daripada mereka mengamalkan sikap “Matlamat menghalalkan cara”.

Persoalannya disini, apakah matlamat sebenar kewujudan mereka ini, apakah UMNO perlu menagih pandangan dan simpati dari mereka? Begitu pentingkah mereka ini didalam UMNO? sementelahkan kita telah disarankan membuang terus spesis ini didalam parti-bertindak lah sekarang-

Adalah menjadi tugas bagi kepimpinan UMNO disemua peringkat memainkan peranan untuk mengubah dan membina semuala struktur organisasi UMNO agar menjadi lebih utuh, kukuh dan dipercayai oleh rakyat.

Dicadangkan Bagi YB-YB pula penilaian mereka bukan dinilai oleh orang yang mereka kenali didalam politik akan tetapi sebaiknya mereka dinilai oleh rakyat setempat yang tiada berkepentingan didalam politik- dengan memperlihatkan bagaimana YB YB ini menjalankan tugasan untuk rakyat, populariti mereka dimata rakyat bukan populariti mereka ini dikalangan pengikut yang hanya tahu membodek.

Rakyat berhak membuat aduan secara terus kepihak atasan tanpa ada garisan pemisah yang boleh menapis aduan tersebut. Sebaiknya dua surat aduan dihantar iaitu saru kepada peringkat Negeri dan satu diperingkat Pusat-Saya rasa dengan cara ini mana mana wakil rakyat yang asyik menjauhkan diri daripada rakyat akan menerima akibat daripada sikap mereka tidak menjalankan tanggungjawab.

Penilaian mereka ini juga boleh dibuat melalui kes kes terpinggir didalam bahagain masing masing, kes kes pengagihan tanah tanah kelompok, kes kes bantuan untuk orang miskin, yang tidak sampai kepihak yang sepatutnya. Disini kita dapat melihat penerima bantuan, tanah terpinggir dan lain lain yang berkaitan.

Pada kebiasaan sekarang jika ada tanah tanah kelompok, hanya orang orang tertentu sahaja diperingkat bahagian yang mengecap nikmatnya, bagi rakyat bawahan yang tiada sekeping tanh pun, hanya dapat melihat sahaja.Perkara ini mesti disiasat oleh pihak Negeri, Pusat atau SPRM dari sudut kelayakan, kemampuan penerima. Baru lah UMNO akan mempunyai

Melayu Perak Pengkhianat

Anak Kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi,
Airmata darah,Bercampur keringat,
Bumi dipijak Milik Orang.

Semenjak kepercayaan dan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan atasan termasuk peringkat Bahagian dan Negeri, semakin kerap kita mendengar cemuhan dan kejian yang dilemparkan akibat daripada isu-isu yang timbul dan membebankan rakyat bawahan. Rakyat kini terasa tidak dipedulikan lagi, terasa hak mereka tidak dilindungi, terasa mereka di anaktirikan oleh kepimpinan yang diamanahkan untuk membela mereka.

Kemarahan ini telah ditunjukkan pada PRU 12 yang lalu, dan akibat daripada itu pihak kepimpinan masih lagi tidak mengambil iktibar daripadanya. Mereka masih asyik dengan kedudukan pangkat, projek untuk mengenyangkan perut tanpa mendengar apa yang diperkatakan diperingkat akar umbi demi menjaga hati dan kedudukan pemimpin yang disokong.

Akhir-akhir ini penglibatan orang melayu didalam Parti Pembangkang semakin ketara pecahan ini sedikit sebanyak telah menyurangkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional khasnya.

Persoalannya disini -adakah mereka telah membuang terus UMNO dan Barisan Nasional didalam hati mereka akibat daripada kepincangan dan isu dalaman yang tak pernah selesai.

Kepimpinan UMNO harus membuat perubahan drastik untuk menarik kembali kepercayaan dan keyakinan akar umbi terhadap UMNO dan barisan Nasional.

Perubahan ini perlu diperingkat tertinggi lagi sehingga ke peringkat bahagian, tiada alasan lagi bagi kepimpinan untuk menafikan lagi kepincangan ini.

Kini, melayu semakin berani mengkianati bangsa mereka sendiri, mereka begitu berani membuat keputusan yang memuaskan hati mereka tanpa memikirkan satu pemikiran jangka panjang serta akibat yang bakal ditanggung oleh generasi akan datang hasil dari perbuatan mereka. Banyak contoh yang telah kita lihat didalam dunia ini apabila sesabuah negara yang tidak aman akibat daripada ketidak seimbangan politik.

Disini saya berpesan kepada melayu yang telah terlanjur menyokong parti pembangkang-

Kembali lah kepada sokongan Melayu didalam parti. Ingatlah generasi akan datang akan menderita akibat daripada tindakan kita hari ini.

Baru baru ini didalam Malaysiakini melaporkan bahawa DAP perak berhasrat untuk meletakkan calun Melayu didalam pilihanraya ke13 nanti.

Cina, India..Jangan Mudah Lupa

Jika sekarang, perkataan “Mudah Lupa” ditujukan kepada bangsa Melayu, tetapi kali ini saya ingin mengingatkan bahawa perkataan “Mudah Lupa” ini ditujukan khas kepada bangsa Cina dan India yang berada didalam negara ini yang telah lupa pada sejarah.

Kali ini saya tidak peduli dikatakan rasist atau pun sebaliknya, akan tetapi ini lah hakikat yang sepatutnya mereka tahu bahawa didalam mempersoalkan sesuatu isu yang berkaitan dengan negara tidak boleh sama sekali mereka ini mempertikaikan Hak Hak Ketuanan Melayu sebagaimana yang telah termaktub.

Tidak cukupkah lagi kebaikan yang telah diberikan kepada mereka? sehingga mereka sanggup menidakkan semua itu terhadap bangsa Melayu?

Oleh yang demikian saya ulang sekali lagi ucapan ucapan yang telah dimaksudkan oleh kedua pemimpin mereka didalam hal ini.

Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

tuntan”Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

vt”Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ”Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? “Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ”Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara”.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Tidak cukupkah pengorbanan orang Melayu untuk mereka ini, dan kenapa masih ada yang ingin mengkianatinya?

Friday, November 13, 2009

"potong" dikatakan lucah....

Apalah nak jadi dengan segelintir Ahli Dewan Rakyat atau MP kita. Sebegitu banyak masalah dan isu penting yang perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat, isu iklan sebuah syarikat pengendali komunikasi jalur lebar tanpa wayar dijadikan topik.

Penggunaan perkataan "potong" yang digunakan dalam iklan tersebut dikatakan "lucah". Jika perkataan itu sudah dikatakan "lucah" bagaimana pula dengan perkataan-perkataan lain yang juga dikaitkan dengan alat kelamin ataupun badan manusia? Tak perlulah diulangi apakah perkataan-perkataan itu walaupun ia ada kaitan dengan makanan, haiwan dan cara mengupas kelapa.

Jika dilihat dari sudut mana sekalipun, perkataan potong tidak sama sekali membawa pengertian lucah atau kurang sopan. Mungkin pemikiran MP berkenaan yang sedemikian rupa.

Kerat, penggal, hiris adalah antara maksud perkataan potong selain ia merujuk kepada kain baju selaku penjodoh bilangan manakala 'tukang potong' ditakrifkan dalam Kamus Dewan sebagai orang yang memotong (menyembelih) ; tukang gunting rambut; dan tukang sunat atau mudin.

Di mana letaknya "kelucahan" dalam perkataan potong? Adakah bersunat, berkhatan atau seperti yang disebut orang sebelah utara Semenanjung 'masuk jawi' itu lucah?

Kepada saya, apa yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Rakyat berkenaan hanya menonjolkan kejanggalan pemikiran yang melihat sesuatu itu dalam pentafsiran sempit.

Apakah tidak boleh dikenakan hukuman 'potong gaji' sekiranya dia terus membangkitkan perkara remeh-temeh dan yang tidak masuk akal.

"Potong, potong, potong sajalah".

Untung Rugi Banjir

SEKARANG dah musim hujan , banyak kawasan yang bakal dinaiki air , dari sedalam seinci hinggalan berkaki-kaki dalamnya .

Yang dah biasa dinaiki air , sedang buat persiapan untuk pesta banjir macam di Kelantan , yang tak biasa dan dikuatiri akan banjir , elok letakkan barang barang berharga di tempat yang tinggi .

Kalau tak ada tempat yang paling tinggi , elok panjat bukit 300 kaki dan letakan lah disitu .

Berbicara tentang bajir ini , banyak yang mengalami kerugian akibat daripadanya tapi ada juga yang cuba mengaut keuntungan .

Rumah rosak sikit , anak kaya raya , jadi kontraktor , tapi ngaku sebatang kara , semuanya nak nipu dan dapatkan peruntukan .

Rugi seringgit , tapi ngaku rugi seribu , makan berkali-kali sehari , free pulak tapi ngadu kat surat khabar tak dapat makan .

Kemudian ada yang tak banjir , ngaku banjir dan macam-macam lagi , semuanya nak mengejar laba yang sadikit tetapi banyak di mata mereka kerana sebahagiannya ada yang tamak haloba .

Ialah , bila lagi nak rasa duit kerajaan , kerajaan beri bantuan , sediakan tempat tinggal dan makanan dan beri pulak saguhati kerugian , tak ke beruntung bila banjir .

Bukan rugi sangat , balik semula kerumah , cuci rumah aje dan dapat duit lagi , sape tak suka .

Ada jugak , saban tahun banjir , suruh pindah tak mahu kerana apa nak takut banjir , bukan mati pun , sentiasa dapat bantuan dan dah mula seronok dapat bantuan setiap tahun , kalau pindah nanti , tak ada lah lagi banjir dan tak ada lagi lah bantuan untuk mereka .

Pedulilah mereka , biak pi lah , jangan yang berlaku nanti ialah banjir pengaruh , banjir undi atau banjir sokongan .

Baru - baru ni Pekan Parit Buntaq pun nyaris banjir. Kalau banjir kali ni teruklah sikit.nak mengadu kat sapa. YB Khalil? dia pun kalut dok mintak derma , camner nak bantu kita, Mujahid ? camna nak bantu...tak leh nak mai...jalan penuh ayaq, Yb Yunus? aha kalau derma seluaq ngan baju bundle leh la. Tok Raman? dok sakit sakit ni , takkanlah kita gamak nak mintak kat dia.

Yang nak boleh harap pun Abang Bakaq kita la. Tapi banyak mana la sangat duit dia. Kesian tengok kat dia. Sudah sudahlah dok mintak kat dia. Banyak lagi orang orang kaya kat Parit Buntaq. Kontraktor belaan pun banyak. Mintak la kat Abang Pa pulak..banyak bekas bekas YB simpan duit kat dia.Time BN dia kaya Time PAS pun dia kaya...makan keliling.

Penduduk kecewa jalan masih belum diturap



PARIT MAT ALI TENGAH – Rata-rata penduduk di sini melahirkan rasa kecewa apabila keadaan yang jalan berlopak dan berlubang di Tali Air 136 C belum diturap walaupun masalah itu pernah disiarkan Sinar Harian pada 1 Mei lalu.

Permohonan untuk menurap jalan itu juga sudah diajukan kepada Majlis Daerah Kerian dan pihaknya memaklumkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), namun sehingga kini masih tiada tindakan diambil.

Penduduk, Abdul Rahman Aman, 58, berkata, jalan masuk utama itu bukan sahaja digunakan penduduk, malah turut menjadi laluan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Teluk Pial, Tanjung Piandang di sini.: PETIKAN SINAR HARIAN ( AKHBAR NYAMUK )


Siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam hal ini. Mujahid tunding Yunus , Yunus tunding Kerajaan. yang pastinya tindakan tetap tidak akan diambil.

Siapa Sponsor Nik Aziz Ke Mekah?

MENTERI Besar Kelantan perlu mendedahkan kepada umum individu yang membiayai pemergian beliau ke Mekkah bagi mengelak sangkaan adanya unsur rasuah.

Pengakuan Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa ada individu yang ingin membawanya ke Mekkah amat mengejutkan.

Pengakuan itu juga dilihat menonjolkan sikap ‘tinggi diri’ Nik Aziz yang menggambarkan seolah-olah beliau sebagai pemimpin politik paling istimewa.

Katanya, tawaran oleh individu atau pihak tertentu menaja Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengerjakan fardhu haji setiap tahun boleh menimbulkan pelbagai andaian.

Jika Nik Aziz bukan Menteri Besar, saya rasa jarang ada invidu yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan begitu besar bagi tujuan tersebut.

Dalam hal ini , kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Kelantan tidak bernasib baik sepertimana Nik Aziz dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menunaikan fardhu haji.

Kita tidak berniat mempersoalkan keikhlasan atau kewajaran individu menaja Nik Aziz ke Mekkah tetapi pengakuan Menteri Besar itu menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Elemen rasuah boleh berlaku menerusi pelbagai cara dan kaedah seperti pemberian hadiah, jamuan makan minum dan menaja percutian atau sebagainya.

“Mungkin tajaan itu tidak menyalahi undang-undang tetapi boleh menimbulkan sangkaan tentu ada sesuatu sebab mengapa individu berkenaan sanggup membiayai kos pemergian beliau ke Mekkah,”

Sehubungan itu , bagi mengelak sangkaan atau pandangan sinis orang ramai, maka lebih elok jika Nik Aziz dedahkan siapa yang bermurah hati membiayainya.

“Mungkin dia berniat sedekah dan tidak mahu nama diketahui umum, tetapi kerana Nik Aziz berjawatan sebagai Menteri Besar dan pemimpin politik,maka pembiayaian itu dilihat hampir kepada sesuatu kepentingan,”

“Orang nak bawa saya pergi Mekkah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Makkah ni jarang belanja saya sendiri. Orang tolong bayar. Semua orang berebut (nak bawa ke Makkah),” kata Nik Aziz seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.

Dr Asri Tidak Perlu Berpolitik

SEJARAH ada bukti, seseorang yg dilhat mempunyai ilmu agama, kemahiran dlam soal hukum hakam bila menyertai parti poltik terutama sekali PAS, mereka akan turut sesat dalam idealogi parti itu.

Dalam soal ini ada unsur ugutan daripada Dr Asri. Mengapa beliau mengugut begini? Apa puncanya? Adakah sesuai seorang ulamak bertaraf Mufti seperti beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini? Apa motifnya atas sekadar menagih simpati supaya dia dilihat begitu penting dalam arus perkembangan dakwah dlm negara kita ini?

Kalau benar Dr Asri berjiwa besar dan berlapang dada, dia kena anggap segala yg berlaku ke atasnya hari ini adalah satu ujian yg hanya sebesar hama kalau mahu dibandingkan dgn apa yg berlaku ke atas org lain. Dalam perjuangan dakwah, Dr Asri tidak boleh hilang nilai istiqamahnya..

Wednesday, November 11, 2009

Xavier Ni Kristian la



Tolonglah pemimpin pemimpin PAS..Dia ni Kristian...JIKA DILIHAT DARI GAMBAR XAVIER BERDIRI DIATAS TEMPAT KEPALA KITA SUJUD KE HADRAT ILAHI PADA SAF KEDUA!!!APAKAH INI BUKAN PENGHINAAN KEPADA ISLAM???

Tuesday, November 10, 2009

UMNO PARIT BUNTAQ MAKIN LESU

AKU TAKDA APA NAK KATA
YANG MAMPU HANYA MENGATAKAN YANG KEKECEWAAN YANG AMAT SANGAT!!!
UMNO TERUS TIDUR
UMNO TERUS BERDENGKUR
UMNO TERUS TERLINGKUR

BIARKAN UMNO PARIT BUNTAQ DENGAN LABU-LABUNYA
YANG KAYA MAKIN KAYA
YANG MISKIN TERUS HINA

YANG MEWAH MAKIN MEWAH
PARIT BUNTAQ DIJAJAH TIADA DI BELA

DARI PUTERI SAMPAI LAH KE BAHAGIAN
UMNO TERUS LESU DI LAMBUNG SEPOI2 ANGIN YANG BERLALU

UMNO PARIT BUNTAQ MAKIN MAJU ATAU TUNDUK TERSIPU-SIPU
MELAWAN PEMBANGKANG GILA MERAPU

UMNO PARIT BUNTAQ NAMPAK MACAM MAJU
TAPI BELAKANG DARS MEREKALAH YANG PALING LESU!!!!

RENUNG2KANLAH
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNOku

Sunday, November 8, 2009

PAS Kalah Bola

Kelantan kalah 3-1 kepada Negeri Sembilan malam tadi.Orang PAS mengamuk lagi bila kalah. Sebab apa aku kata orang PAS sebab penyokong yang datang bukannya bawak bendera Kelantan tetapi bawa BENDERA PAS..Ala dah jadi tabiat pengganas akan mengamuk kalau kalah. Tak heranpun sebab pemimpin merekapun dah macam tu.


Sikap buruk pemimpin mereka sehingga sanggup membuat bai'ah menceriakan isteri talak 3 kalau sokong parti lain. Patutlah Nik Aziz marah benar kalau ada orang sebut nak berbaik dengan UMNO. Rupanya takut hilang bini. Dan sebab itu juga ada beberapa pihakpun taknak ada orang PAS yang sebut perkara ni. Sebabnya dah terlanjur buat bai'ah yang sia sia.

Dan esok adalah ulang tahun ke 20 runtuhnya tembok berlin. Tembok yang memisahkan rakyat Jerman dan idealogi yang berbeza. Tanggal 9 November 1989, adalah tarikh yang diingati oleh rakyat Jerman dan seluruh dunia. Tarikh yang menandakan berakhirnya kuasa komunis dunia iaitu Soviet Union.



Keruntuhan Tembok Berlin dilihat sebagai kemuncak keruntuhan komunis yang menguasai Eropah Timur. Ini adalah satu peristiwa politik dunia yang sangat besar selepas hampir setengah abad berakhir Perang Dunia Kedua. Keruntuhan negara-negara blok komunis ini juga membawa kepada kejatuhan Kesatuan Soviet yang kini hanya tinggal Rusia.

Namun di Malaysia, sudah ada tembok pemisah diantara rakyat. Bukan saja diantara kaum malah sesama kaum sendiri juga ada tembok pemisah. Orang melayu khususnya mempunyai tembok ini. Satu pihak yang menyokong kerajaan dan satu pihak lagi yang menyokong pakatan.

Dipihak penyokong kerajaan, tembok ini tidak begitu sukar dipecahkan kerana majoriti mereka berfikiran terbuka. Boleh menerima kritikan dan salam persabahatan dari orang pakatan tetapi dipihak pakatan, tembok ini lebih tinggi dan kukuh dari tembok China.

Tembok orang pakatan adalah disebabkan rasa ego dan bencinya mereka kepada kerajaan yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Sikap pemimpin mereka yang suka menyebarkan fitnah juga turut menyumbang kepada pembinaan tembok kejahilan orang pakatan ini.



Kalau tembok Berlin itu boleh kita lihat dan senang dipecahkan, tetapi tembok didalam hati orang pakatan ini adalah lebih susah kerana ianya kita tak nampak. Hanya tuan empunya diri saja yang boleh memecahkan tembok itu melalui pembersihan hati dan fikiran.

Semoga Allah s.w.t memberikan hidayah kepada kita semua dan melindungi kita daripada segala mala petaka. Dan semoga Allah s.w.t membuka hati orang pakatan untuk menerima kebenaran.

PAS Dah Tutup Pintu

"...PAS wajar segera menegaskan kepada semua peringkat, kepada ahli-ahli, pimpinan tertinggi, sehingga ke akar umbi, bahawa, telah dikunci dengan ketat segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda Kerajaan Perpaduan...", Resolusi Seminar Memperkasakan Parti.

"Tak mungkin dibangkitkan lagi kerana kita dah tutup. Ini pendirian PAS, pendirian Pakatan Rakyat," kata Abdul Hadi Awang, selaku Presiden PAS ketika menjawab soalan tindakan yang akan diambil terhadap pemimpin yang membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan pada masa depan.

Demikianlah kesudahannya, apabila Seminar Memperkasakan Parti melabuh tirai selepas lebih lapan jam persidangan kira-kira 1,500 perwakilan di Markas Tabbiyah Pusat Taman Melewar, Kuala Lumpur pada hari ini. Resolusi yang dirangka selepas melalui sesi percambahan minda, dialog dan perbahasan ucaptama Presiden ini, mungkin tidak bertaring, namun tetap memihak kepada "pro-Pakatan".

Apabila isu pokok "pilihan antara PR dengan BN", tidak dinyatakan dengan jelas, malah lebih dilihat sebagai "antara Nik Aziz dengan Hadi Awang", maka kedua-dua pihak agak sukar untuk meramal kecenderungan perwakilan yang sebenarnya. Antara yang membela Hadi, menjelaskan "masuk UMNO" adalah fitnah semata-mata, mengandaikan UMNO sebagai musuh yang jahat.

Perwakilan yang mempertahankan Hadi tidak semestinya inginkan kerjasama dengan UMNO-BN, tetapi tidak sanggup melihat Hadi dituduh berbuat demikian. Dengan kata lain, walaupun mungkin ramai yang mempertahankan pimpinan Hadi dan pasukannya, namun tidak bermakna bahawa mereka inginkan kerjasama PAS dengan UMNO-BN.

Justeru itu, apabila Resolusi yang berbunyi "...dikunci dengan ketat segala pintu-pintu perbincangan dalam parti tentang agenda Kerajaan Perpaduan" dibacakan, perwakilan terpaksa bangun dan menyahut untuk menyetujuinya, walaupun mungkin masih teragak-agak apakah resolusi sedemikian pro-Hadi?

Resolusi yang diluluskan perwakilan telah mengunci pintu rundingan bersama UMNO dengan ketat. Isyaratnya mudah difahami-- walaupun pintu tetap boleh dipecahkan, tetapi sudah pastinya, amanah akan terpecah dahulu sebelum pintu rundingan Kerajaan Perpaduan ditembusi. Sebagai seorang pemimpin parti Islam, apakah Hadi Awang sanggup pecah amanahnya?

Penyokong Kelantan Memalukan

Sungguh memalukan, itulah ayat yang paling sesuai kesudahan Perlawanan Akhir Piala Malaysia diantara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Kejadian kerusi dibakar, balingan mercun bukanlah budaya kita namun penyokong Kelantan seakan menjadikan ia budaya untuk dihalalkan.

Walaupun bukan semua penyokong Kelantan bertindak sedemikian, namun hanya secalit tindakan nakal dari penyokong Kelantan akan menyebabkan nama pasukan Kelantan tercalar, itulah hakikat yang terpaksa diterima penyokong Red Wariors.

Dalam tempoh seminggu ini penyokong Kelantan tentu akan dihujani dengan pelbagai sindiran dan cercaan dari media massa dan masyarakat umum ekoran kejadian tersebut.

Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa dan Menteri Besar Tok Guru Nik Aziz pun tentu bersedih dengan keadaan tersebut, begitu juga dengan pencinta bolasepak lain di negeri tersebut. Namun tindakan segelintir beberapa pihak ini membuktikan mereka ini tidak pernah berubah walaupun sebelum ini Kelantan pernah dikenakan tindakan disiplin digantung beraksi di Stadium Sultan Muhammmad ke IV. Ibarat kara pepatah’ Kerana nila setitik rosak susu sebelanga”.

Kemeriahan yang dicanangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam telah diterjemahkan dengan balingan mercun dan kejadian membakar kerusi apabila lawan Kelantan iaitu pasukan Negeri Sembilan mendahului lawan dengan 3 jaringan gol tanpa balas.

Sikap penyokong Kelantan sewaktu aksi final tersebut tidak ubah seperti filem Budak Kelantan yang pernah di terbitakan Grand Brilliance sebelum ini.

Kalau kita memahami filem tersebut, kita tidak akan terkejut dengan pelakuan segelintir penyokong pasukan bolasepak negeri kelantan pada perlawanan semalam.

Dalam filem “Budak Kelantan” ada ditonjolkan watak seorang pemuda bernama “Buchek” yang digambarkan watak putih dan bersih lakonan Danny X Factor, sikap Buchek ini diterjemahkan dengan sikapnya yang tidak tinggal solat dan sentiasa ingin menyelamatkan kawannya dari kejahatan hingga sanggup mengorbankan kebahagian peribadi.

Manakala satu lagi watak yang ditonjolkan ialah watak hitam dan jahat lakonan Asrulfaizal yang memegang watak “Jaha” kejahatan yang dilakukan Jaha adalah sejahat-jahat perwatakan manusia. Hingga tidak terlintas untuk dilakukan oleh manusia normal.

Filem arahan Wan Azli Wan Jusoh ini menterjemahkan nilai sebenar yang ada pada pelakuan orang Kelantan. Walaupun sesetengah adegan ia pahit untuk ditelan oleh orang Kelantan namun itulah hakikatnya yang terpaksa diterima dengan pelakuan kelompok masyarakat sendiri. Namun begitu mungkin sebahagian besar masyarakat Kelantan dapat menerima filem tersebut kerana ia mencerminkan gambaran sebenar orang Kelantan lebih-lebih lagi Wan Azli yang bertindak sebagai Pengarah filem tersebut adalah anak jati Kelantan dan lebih memahami susur galur dan perilaku masyarakat Kelantan.

Seharusnya didalam masyarakat Kelantan sekarang suatu revolusi besar-besaran dilakukan terhadap budaya negatif masyarakat Kelantan. Harus diakui memang banyak budaya positif yang ada pada masyarakat Kelantan, namun pada masa yang sama budaya negatif juga banyak melingkari perwatakan orang Kelantan.

Kepada masyarakat Malaysia janganlah dinilai pada segelintir kejahatan sahaja yang ada pada orang Kelantan. Tindakan menyisih dan membuli herdik orang Kelantan akan menyebabkan jurang masyarakat akan semakin melebar dan tidak memberi kesan yang baik kepada pembangunan masyarakat Malaysia yang wujud daripada konsep kepelbagaian anekaragam budaya dan negeri.

Kepada orang Kelantan, satu revolosi budaya harus dicanangkan oleh tokoh-tokoh ternama negeri dan pihak berkaitan jika negeri tersebut ingin menjadi satu bangsa yang hebat dan dikagumi oleh pihak lain. Seharusnya kepimpinan politik negeri tanpa aliran parti politik mengambil inisiatif untuk menggerakkan usaha ini dengan niat suci untuk membersih imej persepsi negatif yang wujud pada masyarakat Kelantan.

Jika Singapura berjaya mengubah budaya masyarakat pengotornya sewaktu era 1950-an kepada masyarakat yang lebih suka kepada kebersihan. Tidak mustahil orang Kelantan pun mampu melakukannya, lebih-lebih lagi lebih 95 peratus orang Kelantan adalah penganut agama islam yang mahukan umatnya menjadi masyarakat yang bertamadun.
Buat Pasukan Hoben Jang Hoben, tahniah dengan kemenangan menjuarai Piala Malaysia 2009, sememangnya Skuad Rusa layak memenangi perlawanan tersebut dan kepada Kelantan sesungguhnya Kota Rom tidak dibina dalam satu hari, mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari pasukan tersebut untuk persediaan musim akan datang.

Thursday, November 5, 2009

Laporan Kemajuan Pelajar SK UMNO Parit Buntaq

Bila dah dekat cuti sekolah ni.Teringat zaman sekolah dulu , masa ni sibukla dok bawak balik report kad nak tunjukkan kat ibubapa. banyakla komen yang terdapat kat report kad tu. Parit Buntaq juga ingin buat komen kat pemimpin pemimpin UMNO Parit Buntaq berdasarkan pendapat peribadi dan maklumat dari rakan - rakan.( Komen berdasarkan sekolah )

Dato Raman Suliman

Prestasi tahun ini akan menurun. Selalu tidak hadir sekolah bukan ponteng tetapi ada surat doktor.Setiap kali ada ujian atau peperiksaan selalu gagal walaupun ada guru-guru yang membantu bagi jawapan.Ketua Pengawas sekolah lantikan guru besar sebelum guru besar bersara

En. Salleh Desa

Prestasi pelajaran agak cemerlang , selalu dapat tempat yang terbaik dalam kelas kerana pandai bodek ustaz. Aktif dalam bidang lakonan dan banyak terlibat dalam aktiviti luar . Berpotensi untuk menjadi Ketua Pengawas kerana ketua pengawas yang ada selalu ponteng sekolah dan sakit sakit. Kurang pengaruh dikalangan rakan rakan .Mahir berbahasa Cina kerana mempunyai ramai kawan kawan Cina

En. Abu Bakar Mat Ali

Prestasi agak cemerlang kerana berkawan rapat dengan anak pengarah jabatan pelajaran.Kesihatan semakin memberangsangkan.Bersikap pemurah dan sering menolong rakan rakan dan pelajar dari sekolah lain. Pengaruh semakin berkembang dan mempunyai potensi menjadi ketua pengawas kalau ketua sempat menulis wasiat sebelum ditukarkan kesekolah lain. Mahir berbahasa Tamil kerana meminati filem tamil.

Abdullah Salleh

Ketua samseng di sekolah tetapi dilindungi oleh Ketua Pengawas. Suka melaga - lagakan rakan rakan.Selalu mengambil barang barang rakan rakan.lemah dalam subjek Bahasa Melayu dan Inggeris kerana berkawan dengan orang Indonesia

Suhaimi Hamid

Pendiam dan suka menyindiri. tidak gemar bergaul dengan rakan rakan kerana takut wang sekolah habis. Menjadi ketua kelas tetapi tidak dapat mengawal kelas.Mendapat pelindungan dari ketua samseng. Prestasi amat teruk . selalu gagal dalam ujian dan peperiksaan.lemah dalam subjek bahasa Inggeris .

.....sambung kemudian ....

Jabatan Agama Islam Perlu Profesional

Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor.

Apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.

Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah.

Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan.
Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor.

Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis.

Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu.

* Harap - harap selepas ini Jabatan Agama Islam lebih teliti sebelum bertindak.Kita tak mahu Agama islam menjadi bahan ketawa masyarakat lain.

Wednesday, November 4, 2009

Apa Dah jadi Ni ?



Saya amat terperanjat dengan sikap dan cara yang diajar oleh kepimpinan PAS kepada pengikutnya apabila mengadakan Solat Hajat dengan kiblatya mengadap Dewan serta berlatar-belakang bangunan DAP yang terang lagi bersuluh menolak negara Islam. Mereka berdoa kepada Allah SWT agar menjatuhkan bala kepada sesama Islam, satu persoalan harus dijawab adakah Islam yang mengajar umatnya menanam sifat & sikap hasad dengki serta sembanyang dengan tidak mengadap kiblat?........Jelas PAS semakin SESAT.

Saya mula terfikir adakah mereka ini bersembahyang serta bedoa agar semua pemimpin & penyokong DAP untuk pergi ke syurga naik roket???, Mengapa saya menyatakan demikian kerana penyokong PAS ini bersembahyang berlatar-belakangkan bangunan DAP? Sudah tiada surau kah untuk bersembahyang?? Apa yang dilakukan oleh penyokong PAS ini amat-amat sangat menghina agama Islam??? sedarkah mereka bahawa pengikut DAP itu tidak pula bersembahyang????.

Saya ingin menyatakan kes sembahyang di hadapan bangunan DAP adalah dari tunjuk-ajar kepimpinan PAS sendiri...dan kepimpinan PAS harus bertanggungjawab penuh di atas penghinaan ini... Jika Perosak Rakyat (PR) ini memerintah Malaysia dewakampung amat yakin & percaya Agama Islam bukanlah menjadi tunjang kepada negara ini seperti yang termaktud dalam perlembagaan persekutuan perkara 3(1) AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN DAN AGAMA LAIN BEBAS DIAMALKAN SECARA AMAN DAN DAMAI DALAM MANA-MANA BAHAGIAN PERSEKUTUAN.

Entahla....

Yang haram dihalalkan
Yang halal diharamkan
Yang benar difitnah dicela
Yang salah disanjung dibela
Yang baik dilingkung diikat sekat
Yang jahat dilindung dipuja angkat

Haram jadi halal jika menyeronokkan
Halal jadi haram jika tak untungkan
Benar jadi salah jika merugikan
Salah jadi benar jika ada habuan
Jahat menjadi baik jika boleh tompang
Baik menjadi jahat jika jadi halangan

Bersatulah Wahai Bangsaku

Usahlah dipolitikkan perpaduan sesama islam kerana ia tidak menguntungkan sesiapa kecuali mereka yang ada kepentingan peribadi untuk mendapat habuan dunia. Artikel ini saya tujukan kepada semua tanpa mengira apa kecenderungan politik masing-masing.

Perpecahan dan persengketaan adalah lahir dari hati yang tidak cenderung kepada perpaduan dan kasih sayang, itulah hakikatnya. Hati yang tidak cenderung kepada perpaduan dan kasih sayang adalah hati yang dilaknat oleh Allah dan RasulNya, itulah hakikatnya.

Tidak perlu menjadi munafik atau memberi seribu alasan, kerana wadah perjuangan rasulullah sudah memberi panduan mengenai kepentingan perpaduan dan hidup berkasih sayang ini. Rasulullah dilahirkan di tengah masyarakat Arab yang berpecah belah dan bersikap dendam mendendam, beliau membawa perdamaian dan kasih sayang di dalam perjuangan. Apakah ini bukan contoh terbaik yang perlu diikuti?..atau kita mahu ikut ulamak yang dilabel sebagai tok guru sebagai panduan kita daripada kita mencontohi RSAW?

Ingat, ini akhir zaman, lebih ramai ulamak suk atau ulamak jahat dari ulamak yang baik. Indikatornya, di zaman yang serba jahat dan gelap ini, memang logiknya ulamak yang suk atau ulamak yang jahat menjadi IDOLA masyarakat. Ini adalah satu teori yang sangat LOGIK kerana kecenderungan masyarakat adalah lahir dari hati yang diluahkannya dalam tindakan. Maka di akhir zaman ini, oleh kerana ramai masyarakat yang ramai cintakan dunia, yang mahu merebut sebanyak mana habuan dunia, maka ulamak suk atau ulamak jahat dan buruk lah yang akan menjadi IDOLA mereka dan dilabel sebagai tuk guru, mursyid dan sebagainya. Justifikasi ini adalah berdasarkan kepada hadis RSAW juga yang menerangkan perihalan akhir zaman.

Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: "Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su'.(Riwayat al-Hakim).

Sabdanya lagi "Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.'' (Riwayat Ad-Darimi).

Rasulullah pernah bersabda: "Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.'' (Riwayat Baihaqi ).

Mari kita berdoa agar kita tidak ditimpa fitnah oleh ulamak yang suk ini.

Bersyukurlah Husam

Hari ini, Exco kanan kerajaan Kelantan dengan lantang menolak ‘pengumuman kerajaan pusat’ sedangkan Menteri Besar menyatakan kesyukurannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan,dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dengan lantang mengatakan Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi pembiayaan projek pembangunan seperti yang diumum Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.

Menurutnya, kerajaan Kelantan sebaliknya tetap menuntut pembayaran royalti.

Beliau berkata, kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.

Sebaliknya, walaupun tidak puas hati, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat namun masih terkilan kerana permintaan kerajaan negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sehubungan itu beliau akan menunaikan nazarnya untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ehsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.

"Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ehsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu melalui Petronas mulai tahun depan.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada Kerajaan Pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

Nik Abdul Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi carigali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.

Husam sebaliknya berkata, kerajaan negeri juga akan kaji ambil injunksi terhadap syarikat yang menjalankan operasi di kawasan pengeluaran di pesisir Kelantan di mahkamah luar negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada (negara asal syarikat berkenaan).

"Namun, kerajaan negeri tidak menutup pintu rundingan dan sedia berunding dengan Kerajaan Pusat," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau mengumumkan reaksi kerajaan Kelantan berhubung pengumuman Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian wang ehsan kepada Kelantan di Parlimen pagi tadi.
Husam juga mendakwa Perdana Menteri membuat kenyataan salah di Parlimen kerana pembayaran kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu disebut royalti walaupun hasil minyak diperoleh di kawasan yang juga melebih tiga batu nautika dari pantai negeri terbabit.

Katanya, walaupun pembayaran kepada Terengganu itu disebut wang ehsan, ia dibuat terus kepada kepada kerajaan negeri.

"Ini berbeza dengan cadangan di Kelantan yang mana wang ehsan itu akan diurus Kerajaan Pusat," katanya.
Sementara itu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kerajaan negeri Kelantan wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana wang ehsan itu dapat digunakan untuk manfaat rakyat seperti membangunkan pendidikan dan membasmi kemiskinan.

"Saya antara yang sangat gembira dengan pengumuman ini kerana ini adalah perjuangan yang diperjuangkan sekian lama Umno Kelantan sebelum ini bagi Kelantan turut menerima wang ehsan," katanya.

Tuesday, November 3, 2009

YB khalil Siasat Tragedi Kuala Dipang







Kampar, 3hb Nov :- Jawatankuasa ad hock trajedi Kuala Dipang yang di pengerusikan oleh Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat, V.Sivakumar dan ahlinya YB. Thomas Su (Pasir Pinji),YB. Drs. Khalil Idham Lim (Titi Serong) dam YB. Chan Lih Kang (Teja) turun meninjau tapak kejadian disini pagi tadi.

Tahniah YB Khalil Idham Lim kerana telah dipilih mengganggotai Jawatankuasa ADHOCK ini.. Siasat betul betul ye YB janganlah syak wasangka macam dalam petikan blog YB sewaktu kejadian berlaku tempohari. Kita sebagai pemimpin janganlah dok buat tuduhan melulu macam orang tak berakal.Carilah betul- betul "mayat" yang lagi 19 orang yang belum jumpa tu. manalah tau kalau tak tanam betul-betul nanti roh depa mai cekik YB.Tidak pun nanti roh tu jadi pengundi hantu kat kawasan YB pulak...

Monday, November 2, 2009

Pakatan Makin Melarat

Pengisytiharan keluar ADUN Pelabuhan Klang, Peletakan Jawatan Jeffry Kitingan dan percutian selama 6 bulan Zaid Ibrahim dari aktiviti politik PKR baru-baru ini hanya menambah pening kepala si Nuar.

Terdapat desas-desus di kalangan rakan-rakan anwar dalam pakatan haram pembangkang yang masih terdapat beberapa ADUN dari negeri-negeri tertentu di bawah pemerintahan pakatan ini yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengisytiharkan keluar parti.

Ironinya, semua mereka merupakan ADUN-ADUN dari Parti Keadilan Rakyat.

Dikhabarkan juga seorang ahli parlimen dari pakatan haram tersebut akan diambil tindakan, hanya kerana cadangan beliau untuk menegakkan undang-undang syariah di parlimen baru-baru ini.

Cadangan beliau mengundang kemarahan rakan-rakan PKR dari DAP, yang melebelkan ahli parlimen ini dengan gelaran bodoh, pengkhianat, api dalam sekam dan musuh dalam selimut.

PAS, parti yang mengumumkan akan menganjurkan seminar politik sebagai ganti kepada cadangan EGM yang dilotarkan oleh mursyitul amnya, deeky jeez sebetulnya juga menghadapi masalah yang berat.

Mesyuarat khasnya yang dikhabarkan berlangsung dalam suasana harmoni sebenarnya ada cerita panas disebaliknya. Mursyitul amnya dikhabarkan meninggal mesyuarat pada jam 10.30 disebabkan keletihan, diikuti oleh Husam the lovely dan Dr.Lo'lok the beauty pada jam 11 malam, sedangkan mesyuarat berakhir pada jam 1 pagi.
Mesyuarat berlangsung dalam suasana panas ketika isu Hassan Ali dibincangkan, sehingga menyebabkan salah seorang pemimpin kanan mereka mengugut untuk meletak jawatan sekiranya tindakan tidak diambil ke atas Pesuruhjaya Pas Selangor itu.


Atas desakan tersebut, maka keputusan untuk mengheret Dr.Hassan ke lembaga disiplin telah diambil.

Masalah yang melanda pakatan haram yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini hanya membuktikan bahawa ada masalah besar yang sedang menghantui pakatan tersebut.

Jika inilah bentuk pakatan yang dipersembahkan kepada rakyat. Maka apa yang boleh kita harapkan daripada mereka jika ditakdirkan mereka dipilih rakyat untuk memerintah.

Pas lagi " Open " Dari Umno

PAS akan menjemput Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai pembentang kertas kerja dalam Seminar Politik yang akan diadakan oleh parti itu pada 7 November ini bagi menggantikan EGM yang dicadangkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas AJK Pusat PAS malam Rabu minggu lalu.

Aziz merupakan orang yang mengkritik kepimpinan PAS dan menyarankan supaya beberapa pemimpin tertentu parti itu dikenakan tindakan bagi mengelakkan pimpinan utama terus disebut pro-UMNO.

Kritikan Aziz, yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian, juga menjadi asas pada Nik Aziz menyarankan supaya PAS mengadakan EGM bagi membersihkan parti tersebut daripada beberapa kerat pemimpin tertentu.

Kesediaan kepimpinan PAS mengundang Aziz bagi membentangkan dalam seminar itu merupakan sesuatu yang menarik.

Ia jelas mempamerkan sikap PAS yang terbuka dan mahu mendengar pendapat, hatta daripada pihak yang mempertikaikan kewibawaannya.

Tahniah pada Datuk Seri Haji Hadi Awang, Presiden PAS, yang juga pengerusi mesyuarat khas AJK Pusat itu.

Dan keterbukaan Haji Hadi itu mengundang tandatanya, apakah perkara yang sama mungkin dilakukan oleh UMNO?

Berapa kalikah UMNO membuka pintu kepada mereka yang mengkritik kepimpinannya untuk bercakap di hadapan ahli-ahli parti itu?

Berapa kalikah UMNO tidak memandang serong, kalau pun tidak ‘sembelih’ istilah yang sering digunakan oleh ahli yang selalu ingin menegurnya?

Sunday, November 1, 2009

Final Piala Malaysia

Tahniah Kealantan kerana berjaya ke Final Piala Malaysia.

Memang kena buku dengan ruas pada kali ini. Selama ini mereka beranggapan yang merekalah adalah penyokong yang paling samseng di Malaysia tetapi kali apabila mereka bertandang ke Perlis barulah mereka tahu yang langit tinggi ke rendah.

Menurut maklumat dari Berita Harian : Lebih 10 bas dan puluhan kenderaan lain milik penyokong Kelantan yang menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua antara Kelantan dan Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi, rosak akibat tindakan liar sesetengah pihak yang didakwa dilakukan penyokong Perlis.

Terkejut saya tengok gelagat kedua - dua penyokong di TV3 malam ini. Itulah bangsa kita yang rata - ratanya Melayu. Yang paling memalukan ada penyokong yang bertindak liar itu memegang bendera PAS ( Parti Islam ). Mungkin itulah Islam yang dibanggakan oleh penyokong-penyokong Tok Guru di Kelantan. Insaflah wahai bangsaku janganlah berani sesama bangsa sendiri saja.

Suasana kibaran bendera hijau bulatan putih dan merah dapat dilihat. Sukan sewajarnya tidak boleh dikaitkan dengan politik tetapi pada waktu ini amat sukar untuk menyekat penyokong-penyokong bola sepak Kelantan khususnya yang juga terdiri dari penyokong tegar PAS untuk mengibarkan bendera negeri dan juga bendera parti.

Perlawanan Akhir Piala Malaysia menyaksikan perlawanan di antara negeri Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengan Dato' Mohamad Hassan.KELANTAN negeri yang diperintah oleh PAS selama 20 tahun, kini mencipta rekod menjejakkan kaki ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Perlis malam tadi. Manakala, Negeri Sembilan yang terkenal dengan negeri `keUmnoannya' turut melangkah ke Perlawanan Akhir setelah berjaya menewaskan Terengganu pada malam yang sama. Tahniah kepada Kelantan dan Negeri Sembilan.

* Nasihat kepada penyong PAS ... cukuplah sekadar mewujudkan kelab Penyokong PAS untuk orang India menyokong PAS tetapi janganlah Puak PAS dok ikut perangai India yang suka buat rusuhan