UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Sunday, November 22, 2009

CHIN PENG MINTA MAAF

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, buat pertama kalinya meminta maaf kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang menjadi korban kekejaman PKM sepanjang tempoh parti itu menggerakkan perang gerilanya.

Katanya, walaupun parti itu tidak pernah berniat membunuh orang-orang yang tidak berdosa, namun ‘kami juga mungkin melakukan kesilapan.”

“Jika kami secara tidak sengaja membunuh mereka yang tidak bersalah, saya meminta maaf. Saya meminta maaf juga kepada keluarga mereka yang turut menderita,” kata bekas pemimpin komunis itu dalam satu wawancara dengan akhbar The Star di Bangkok bulan lalu.

Chin Peng berkata, dia mengambil tanggjungjawab sepenuhnya atas segala tindakan komrad-komradnya dalam PKM. “Dalam peperangan kita tidak dapat membezakan antara orang yang bersalah dengan yang tidak bersalah,” katanya.

Pada masa lalu, lapor The Star, Chin Peng tidak pernah menunjukkan rasa bersalah atas kehilangan nyawa atau menggerakkan peperangan bersenjata. Dia juga kekal sebagai seorang komunis yang taat.

Dalam temubual yang sama, Chin Peng memberitahu The Star, dia tidak mengharap masyarakat akan memaafkan kesalahan lampaunya, tetapi dia menaruh harapan mereka dapat mengenepikan apa juga perbezaan yang ada.

“Itulah perang. Kalau anda berkata kami (komunis) membunuh orang, komunis juga turut dibunuh oleh pasukan keselamatan,” katanya dalam temubual bersempena ulang tahun ke-20 termeterinya perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan PKM, yang menyaksikan PKM meletakkan senjata pada 2 Disember, 1989.


********Sanggupkah orang Melayu memaafkan Chin Peng si komunis haramjadah ini? Sanggupkah keluarga yang pernah menjadi mangsa kepada kekejaman sang komunis ini dimaafkan begitu sahaja?********

No comments: