UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Monday, December 12, 2011

PAS ceraikan BN

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah di dalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.


Yang tidak diceritakan oleh PAS:



1.Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.


2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.


3. Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.


4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.


5. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.


6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.


7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.


8. Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.


9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.


10. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.


11. Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.


12. Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.


13. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.


14. Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.


15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.


16.Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.


17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.


18. Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan

Sunday, December 11, 2011

Kerajaan DAP PRU 13...mungkinkah?

Strategi DAP Membentuk Kerajaan Majoriti Mudah PR PRU 13
Zairil Khir Johari bakal Perdana Menteri Malaysia yang DAP akan tonjolkan selepas berjaya membentuk kerajaan PR majoriti mudah pasca PRU 13 dan seterusnya...(SILA LIHAT DI PAGES MEDIA UMNO GAMBAR MAMAT MELAYU KUDA TUNGANGGAN DAP)

DAP ialah parti yang berfikir atas nasihat kumpulan penasihat terbaik dunia merangkumi politik, ekonomi, sosial dan militari.WZWH meramalkan DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.DAP sedang memimplemen strategi bagi PR menawan 116 kerusi parlimen untuk bentuk kerajaan majoriti mudah.DAP tak dapat sokongan Melayu jika DAP mencalonkan calon Cina. Oleh itu DAP akan meletakkan calon Melayu sebagai Calon DAP untuk meraih undi Melayu. Hasilnya calon Melayu itu akan menjadi kuda tunggangan DAP sebagaimana terjadi di Selangor sekarang, Kerajaan Selangor walaupun dikuasai oleh PKR, tapi yang memutuskan keputusan mesti mendapat restu DAP.
Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor. Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.
Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong BN dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik BN di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.

Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu? Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat dan pecahannya DAP-40, PAS-45 dan PKR-30 kerusi.

Lebih teruk senario bila pada masa itu beberapa MP Melayu dari UMNO akan melompat ke PR dan ianya akan bertambah kuat , ( katalah 25 dari UMNO ) maka PR akan jadi kuat , 140 kerusi parlimen, itu tak termasuk MP dari BN yang bukan Melayu yang mungkin menyertai PR!DAP berada di kedudukan pertama berjaya mendaftar pengundi baru dalam bilangan yang amat ramai.

DAP bekerja kuat manakala PAS dan PKR Melayu dijadikan benteng agar rakyat Malaysia tidak nampak apa yang DAP cuba buat.Kalau Melayu tidak bersatu padu WZWH yakin Singapura akan bersama Malaysia semula bila DAP memerintah. Masa tu Melayu akan dipecah-pecahkan mengikut keturunan seperti Melayu Singapura.

Orang yang menghalang perpaduan orang Melayu PAS dan UMNO ialah Nik Aziz, Anwar dan DAP. Siapa yang untung kalau Melayu berugama Islam di Malaysia berpecah belah – jawabnya sudah tentulah DAP. Sekarang siapa banyak kerusi parlimen pembangkang (Cina) – sudah tentu DAP

Anwar di lantik jadi ketua pembangkang di parlimen walaupun DAP lebih banyak kerusi dari PKR sebab DAP tak kisah dengan jawatan itu. DAP tidak mahu berebut-rebut, kerana ini akan menampakkan mereka tidak pro dan boleh menjauhkan pengundi Melayu PAS/PKR kalau Anwar di letak tepi. Bila semua dah OK dan mereka berjaya berkuasa. DAP akan sapu semua.Semoga orang Melayu/Islam menyedari betapa pentingnya bersatu dan terus bersatu/bersama UMNO kerana sebagai parti melayu terbesar dan tunjang belakang pada BN, Melayu dan agama Islam akan terus terbela.
Oleh yang demikian kenapa nak dengar cakap DAP mereka bukan perlembagaan dan mereka bukan pemimpin kita. Mereka sedang mengacukan pemikiran muslimin dengan fahaman yang salah, tetapi dilihat benar dan baik. mereka sangat pandai bermain kata-kata (munafiq besar). Mereka adalah taghut seperti Ambiga mendokong orang Islam untuk murtad dan memperjuangkan seksual bebas.

Ketahuilah orang Melayu, perjuangan ini adalah peperangan dengan taghut Barat dengan segala kuasa,harta, strategi dan helah mereka. Orang Melayu bukan sekadar bermain dan berlawan disini. Tetapi di Eropah dan AS sedang memerhatikan secara lansung, memberi bantuan, imej, kepakaran kepada panglima, konco dan bonekanya dan sekutu mereka bagi melaksanakan agenda mereka yang lebih besar...Tapi PAS nak sangat menang PRU. Kononnya ada turning point. PAS ingatlah perjuangan Islam mesti jelas nampak dengan terang benderang. Jangan jadi proksi kafir taghut DAP dan sekutunya!

KETUANAN MELAYU DAN ISLAM AKAN HILANG DI TANAH MELAYU INI...?

Isu Ketuanan Melayu sekarang ini menjadi modal utama Pakatan Rakyat untuk menghentam UMNO. Boleh dikatakan semua pemimpin Pakatan termasuklah dikalangan melayu sendiri yang sanggup untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu untuk menarik undi kaum bukan melayu supaya menyokong mereka.

Sebelum ini, Azmin Ali sanggup dilabelkan sebagai pengkhianat kerana mencadangkan Ketuanan Melayu dihapuskan. Begitu juga dengan Anwar serta anak beranaknya yang hidup mewah hasil dari faedah Ketuanan Melayu dinegara ini. Inilah yang dikatakan “habis madu sepah dibuang”.

Tak perlulah kita bercerita panjang mengenai pendirian PAS berkenaan Ketuanan Melayu. Nik Aziz serta konco-konconya berkata hanya Ketuanan Islam harus didaulatkan dalam negara ini demi menjamin keadilan kaum. Nik Aziz sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan kenyataannya tersebut.

Persoalannya, bukankah melayu itu sendiri majoritinya adalah Islam? Jadi bukankah mempertahankan Ketuanan Melayu, bererti mempertahankan Ketuanan Islam itu sendiri?

Sebenarnya, semua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat itu tak faham dengan konsep Ketuanan Melayu. Jika ada yang faham sekalipun, mereka akan pura-pura tak faham demi menjuarai politik peribadi mereka.

Apakah sebenarnya yang dikatakan Ketuanan Melayu? Berbezakah ia dengan Ketuanan Islam? Harus di ingat, apabila disebut sahaja Islam sebagai agama rasmi negara, ia bermakna kuasa politik negara ini adalah dimiliki oleh orang melayu. Ini bukti bahawa kuasa yang ada ditangan melayu itu adalah kuasa pemerintahan umat Islam.

Jadi, apakah Ketuanan Melayu itu sama dengan Ketuanan Islam? Jawapannya sudah tentunya ya! Dan selama berpuluh tahun negara kita merdeka, tak pernah Ketuanan Melayu menafikan hak kaum lain didalam negara. Malah, berlebih-lebih pula apa yang kita berikan kepada mereka sehingga ada melayu sendiri yang tak berpuas hati.

Ketuanan Melayu juga tak pernah menghalalkan apa yang diharamkan oleh agama Islam. Dan konsep Ketuanan Melayu juga tak sewenang-wenangnya bertindak zalim kepada kaum lain demi untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. Hanya kini sahaja, kaum lain dilihat cuba untuk menggugat Ketuanan Melayu yang sejak sekian lama bertapak di negara ini.

Secara tak sedar, semua usaha untuk menghapuskan Ketuanan Melayu ini adalah hasil kerja jahat golongan sekular dan juga kaum kafir yang tamakkan kuasa pemerintahan bangsa melayu. Mereka tahu bahawa UMNO menjadi “penjaga” kepada Ketuanan Melayu, sebab itulah mereka berusaha untuk menumbangkan UMNO dengan apa cara sekalipun.

Tumbangnya UMNO, bermakna tumbanglah Ketuanan Melayu.. Tumbangnya Ketuanan Melayu, maka lenyaplah kuasa pemerintahan Islam di negara ini.

Ada yang mempersoalkan, PAS juga merupakan sebuah kuasa Islam selepas UMNO. Jika UMNO tumbang, PAS masih ada untuk bangsa melayu. Tapi harus diteliti juga, dimanakah PAS ketika ini? PAS kini sedang terperosok jauh dibawah tapak kaki DAP serta PKR. Mustahil bagi PAS untuk menjaga nasib orang-orang melayu jika didalam keadaan begitu.

PAS harus mendominasi Pakatan Rakyat jika mahu menjadi alternatif kepada UMNO. Tak mungkin PAS mampu berbuat begitu kerana PAS telah memisahkan bangsa dari agama didalam perjuangan mereka. Cuba lihat kini, yang jadi Ketua didalam Pakatan adalah Anwar Ibrahim, bukannya Hadi Awang ataupun Nik Aziz. PAS hanya kelas ketiga dalam Pakatan selepas DAP dan PKR.

Kita harus faham, konsep Ketuanan Melayu telah meletakkan kuasa bangsa melayu ditempat yang sepatutnya di bumi Malaysia ini. Ketuanan Melayu juga telah menyebabkan kita hidup tanpa rasa tergugat dengan kaum lain yang beranak pinak di negara ini. Tanpa Ketuanan Melayu, hilanglah jati diri bangsa serta kuasa untuk diwarisi kepada generasi seterusnya.

Sumber: klik sini

Wednesday, December 7, 2011

Borang Bantuan RM500

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan ketua kampung termasuk ketua kampung baru membuka bilik gerakan masing-masing bagi memudahkan orang ramai mendapatkan borang pemberian bantuan RM500 pada 10 Dis ini.

Beliau berkata, pengedaran borang itu akan dilakukan sehingga 9 Jan depan bagi memudahkan individu yang tergolong dalam kategori berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, memperolehi borang tersebut.

“Sekiranya terdapat ketua kampung yang tidak buka bilik gerakan mereka,pemohon hendaklah melaporkannya kepada pejabat negeri atau pejabat daerah. Saya berharap penghulu kampung melakukan pemantauan untuk memastikan pengedaran borang ini dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

“Barangkali borang yang akan diedarkan tidak mencukupi untuk pemohon, jadi saya minta agar semua ketua kampung dan pihak bertanggungjawab buat salinan (fotostat) borang itu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya hari ini.

Zambry berkata borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di semua Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional,pejabat-pejabat penghulu dan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh Perak.

“Pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai 16 Januari depan di mana tarikh sebenar dan lokasi-lokasi majlis penyerahan baucer tunai akan ditentukan oleh pejabat-pejabat daerah dan tanah. Pemohon-pemohon akan dihubungi kemudian,” katanya.

Zambry turut menegaskan bahawa borang tersebut adalah percuma, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengenakan bayaran maka pemohon perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa atau pejabat daerah.

“Pemohon juga boleh mendapatkan borang itu dengan memuat turun daripada internet melalui laman web LHDN. Janganlah ada pihak ambil kesempatan untuk jual borang-borang ini bagi mengaut keuntungan,” katanya.

Individu yang layak menerima bantuan adalah yang berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) yang mempunyai tanggungan serta warga emas sebatang kara.

-Bernama-

Tuesday, December 6, 2011

PB Dulu Kini Dan Selama - lamanya....

Sejak arwah Dato Abdul Raman Suliman meninggal dunia dan seterusnya menanggalkan sarung politiknya di Parit Buntar tugas berikutnya di pikul pula oleh Haji Mohd Salleh Bin Mat Disa dan En. Abu Bakar Bin Mat Ali.Pelbagai onak ..suka dan duka yang bakal di tempuh lebih-lebih lagi apabila terpaksa merampas kembali takhta dan dinasti BN Parit Buntar yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Parit Buntar ada pelbagai suku kaum yang pelik-pelik yang cuba menguasai persada politik.. Antaranya puak-puak asal ( orang lama ) yang kita dah tahu suka memecahbelahkan perpaduan dan ikatan antara orang-orang Umno dengan budaya tikam menikam,kuncu-kuncu trojan horse.. yang sejak kebelakangan ini menggila untuk mengenepikan puak-puak Arwah Dato Ketua Bahagian.

Kisah ini khabarnya tentang seorang bekas YB mungkin dua bekas YB yang dari dulu cuba melobi untuk mendapat gelaran Dato' tapi sampai sekarang belum terbuka di hati atau mendapat pekenan DYMM Sultan Perak. dah xder rezeki nak buat camno...bersyukurlah dengan gelaran datok ( atok ) yang diberikan oleh cucu-cucu dirumah , kan lebih baik Insyaallah cucu-cucu tu akan terus mendoakan atoknya bila atoknya dah kembali nanti.

Bekas YB ini merupakan seteru kuat Allahyarham Dato' Ketua Bahagian . Sehinggakan ada pendapat yang mengatakan punca UMNO Parit Buntar tidak boleh bersatu adalah kerana dua insan inilah . Bekas YB ni lebih kepada bersikap low profile ataupun baling batu sembunyi tangan. Beliau akan cuba menguasai siapa sahaja yang berjawatan di peringkat kepimpinan bahagian supaya mengikut telunjuk beliau...ada masyuk la tu.

Khabarnya juga beliau sedang kuat melobi supaya orang-orang yang senang dicucuk hidung olehnya dan sedang mengait menggunakan galah panjang ke pucuk pimpinan atas supaya meletakkan sipolan sipolan di DUN dan Parlimen . Maklumlah dulu mereka ada mengatakan kekalahan BN di Parit Buntar kerana meletakkan Arwah Dato' Ketua Bahagian sebagai cal0n parlimen.....kalau betul kenapa di DUN pun BN tewas....

Kempen sedang kuat dijalankan, terkejut juga bila dengar berita yang ramai mengaku telah ditemuramah dan diminta resume oleh SB untuk dicalonkan.entah siapa lah pulak muka-muka trojan try yang bakal menghiasi persada politik BN Parit Buntar nanti.


Rakyat juga yang tertipu dan terkedu..lepas mulut Naga... masuk juga balik ke mulut buaya... Peringatan dan pengajaran yang boleh kita ambil... jangan sibuk-sibuk lah nak berkempen untuk diri sendiri...Sepatutnya kita bersama-sama bekerja untuk menaikkan semangat rakyat sayangkan kerajaan BN semula... Soal siapa nak jadi calon itu biarlah keputusan di atas.. Tentu agak jelek dan dengkel kalau kita empunya badan terjelir-jelir lidah mengidamkan sesuatu jawatan dalam konteks pemerintahan.

JANGAN AMBIL HATI YA... SEKADAR MENGINGATKAN.. SALAM PERJUANGAN DAN SALAM 1 MALAYSIA