UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Tuesday, November 29, 2011

PAS Ketawa Pemimpin Melayu DiHina

‘Hitam metalik’ – itu adalah ungkapan yang ditujukan kepada Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak. Disusuli pula dengan ungkapan ‘HARAMJADAH’ atau dalam bahasa Melayunya, ‘ANAK HARAM’. HARAM JADAH yang bermaksud ANAK YANG DILAHIRKAN LUAR NIKAH.

Hanya kerana Zambry Abdul Kadir menjadi Menteri Besar setelah Pakatan tumbang di Perak, maka Nga Kor Meng melabelkan Zambry sebagai ANAK HARAM dan para pengikut PAS yang mendengar maki hamunnya itu tersenyum dan ketawa?

Mengapa begitu teruk taraf seorang Setiausaha DAP Perak yang sangat disayangi oleh ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin PAS? Apakah kehilangan kuasa dan genggaman ke atas pentadbiran Perak menjadikan Nga Kor Meng tidak lagi boleh berfikiran waras dan dengan sembrono melabelkan seseorang sebagai ANAK LUAR NIKAH?

Buat Sahabat Bukan Melayu

Apakah dengan kuota, hak istemewa Melayu, bukan melayu bertambah papa kedana?
Apakah dengan kuota dan hak istimewa melayu, kuil, tok kong, gereja, habis dimusnahkan??
Apakah dengan kuota dan Hak istimewa Melayu Bukan Melayu kehilangan perniagaan berbilion bilion ringgit??
Apakah dengan kuota dan hak istimewa Melayu bilanagn pelajar bukan melayu semakin berkurangan??
Apakah dengan kuota dan hak istimewa melayu , sekolah sekolah rendah China dan Tamil di hapuskan??
Atau adakah bukan Melayu tidak berpuas hati selagi kuasa politik belum digenggaman mereka?
Atau adakah bukan melayu mahu segala galanya menjadi milik mereka??
Apakah bukan Melayu yakin kalau kuasa politik ditangan mereka, mereka akan lebih adil, lenih senang, lebih makmur, lebih aman??
Apakah mereka tidak terfikir Melayu akan memberontak dan akhirnya semua yang dikuasai sama ada ekonomi mahupun politik, akan berantakan???
Apakah mereka fikir Melayu akan sewenang wenangnya menggadaikan maruah, bangsa dan agama mereka ?
Apakah mereka fikir Melayu akan semudah itu membiarkan dan menyerahkan Malaysia sebagaimana Singapura diserahkan dahulu?
Apakah bukan melayu fikir Melayu sudah begitu lemah sehingga boleh diperlekehkan??
Apakah bukan Melayu mahu cari susah???

Makan Gaji Haram

Ahli parlimen pembangkang keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan berkenaan rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih. Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. Macam budak kecik lah MP Pembangkang ni, sikit-sikit keluar dewan... lebih baik jangan jadi ahli Parlimen kalau macam ni! Orang lain ramai lagi yang layak jadi Ahli Parlimen!

Singkirkan Perosak UMNO

UMNO Parit Buntar kini mungkin telah melupakan Allahyarham Ketua Bahagiannya yang telah pulang ke Rahmatullah pada 28/10/2011...sudah sebulan lamanya Allahyarham Dato' meninggalkan politik Parit Buntar yang penuh dengan pelbagai cerita suka dan duka. Pulangnya Timbalan Ketua UMNO Bahagian dari mengerjakan ibadah haji disambut oleh juak-juaknya dengan penuh keriangan.Tidak sabar sabar ingin menatap muka insan kesayangan mereka... bukannya nak bertanya khabar mengenai ibadah yang baru diselesaikan tetapi ibarat kata pepatah orang kenduri...Orang sibuk mengAminkan doa , mereka pula sibuk menyedok lauk untuk dibungkus dibawa pulang. Muncullah kembali muka-muka lama yang dulunya mendiamkan diri kini ibarat harimau lapar yang ingin membaham anak rusa yang kehilangan ibu.Desas-desus dari sumber yang boleh dipercayai kumpulan perosak ini diketuai oleh bekas YB yang sememangnya harus bersara tetapi masih gilakan daki dunia.Kumpulan pendesak ini dianggotai oleh muka muka yang berkepentingan yang memangnya tidak diperlukan oleh UMNO generasi kini.... Parit Buntaq ingin menasihati Tuan Haji Timbalan Ketua UMNO Bahagian....bertindaklah mengikut pemikiran ahli politik yang matang dan usahlah mengikut telunjuk penasihat 25 persen ( tengok apa yang jadi pada haji bakhil akibat terlalu mengikut cakap penasihat autanya itu ) ...Tepuk dada tanya selera... UMNO sibuk menyusun jentera untuk menghadapi PRU tetapi mereka sibuk menyusan agenda untuk kepentingan peribadi masing masing.... Parit Buntaq menyeru kepada semua ahli ahli UMNO Parit Buntar jika mereka sayangkan parti , mereka harus singkirkan muka-muka perosak ini.Jika perlu kita adakan rapat umum minta kepimpinan UMNO lucutkan keahlian mana mana ahli yang cuba menangguk di air keruh dan cuba merosakkan parti....HIDUP UMNO

Saturday, November 5, 2011

Malaysia Menempah Bala Dan laknat Allah?

Kredit : http://kerabubersuara.blogspot.com Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen, seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn. Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin. Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya di kalangan generasi muda. Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini. Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini. Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat non-Muslim sahaja. Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat non-Muslim tetapi lebih kepada membenteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah. Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia. Samada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan. Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini. Firman Allah; “Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36) Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut. Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu-bapa, guru-guru, para ilmuan, penguat kuasa undang-undang & agama dan kerajaan. Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah swt. Kepada para ibu-bapa, jagalah pembesaran & pergaulan anak-anak anda. Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda. Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini. Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini. Kepada para ulama dan ilmuan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai. Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini. Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan selanjutkan kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan. Ya Allah selamatkan kami dari malapetaka kejahilan umat ini…. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Selepas Arwah Dato' . Siapa????

Alfatihah.....Hari ini genaplah seminggu Allahyarham Dato' Raman Suliman kembali ke Rahmatullah.Seminggu jugalah anak anak UMNO kehilangan bapanya. Ada yang sedih , ada yang gembira dan ada yang masih terpinga pinga tak tahu kepunca kata orang utara.Apapun Paritbuntaq mohon maaf jika tulisan selama ini menyinggung peribadi arwah. Kita tidak dapat menolak kenyataan , yang terlalu banyak juga jasa yang dibuat oleh arwah semasa memimpin Parit Buntar. Kalau yang tak pernah balik kampung sejak 10 tahun lepas , cubalah pulang sekarang. Tengok sendiri bagaimana majunya Parit Buntar. Memang adat manusia bila kita kehilangan baru terasa . Bila ada nak bergaduh bila tiada barulah rindu rinduan. Setiap pemimpin ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Bersedialah barisan kepimpinan baru UMNO Parit Buntar. Perlu ingat!!!!!!! kalau PRU kali ini gagal untuk merebut kembali kerusi DUN dan Parlimen Parit Buntar , siapa pula yang hendak dipersalahkan.... Tepuk Dada Tanya Selera...

Thursday, November 3, 2011

Siapa Penyokong PR Sebenarnya



GLC dan syarikat-syarikat korporat yang bersahamkan UMNO sebenarnya tidak pernah menyokong kaum marhein UMNO sebaliknya lebih gila dengan rating dan ranking sehinggakan segala iklan mereka tanpa segan silu dihamburkan kepada portal-portal yang sah-sah berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Perhatikan bagaimana MAS dan Air Asia , Maxis , KFC dan lain lain menyedekahkan duit iklan mereka kepada Malaysiakini, Malaysian Insider dan beberapa akhbar yang lain. Perhatikan juga bagaimana UEM-Sunrise yang begitu seronok membayar dan mengupah untuk tujuan promosi untuk puak-puak tersebut. Dan perhatikan juga bagaimana beberapa GLC lain yang sah-sah mempunyai saham UMNO-BN, tidak pernah memberi muka kepada portal-portal mahupun akhbar-akhbar yang terang-terang menyokong UMNO-BN.

Agak aneh memandangkan UMNO-BN terutama sekali golongan bawahan bersungguh-sungguh mempertahankan UMNO tetapi di peringkat atasan, mereka tidak melihat media-media pembangkang sebagai musuh, sebaliknya kononnya untuk menunjukkan betapa profesional dan terbukanya mereka, maka media-media pembangkang dilebihkan dalam segala hal.
ASTRO, CELCOM, dan beberapa syarikat yang lain, terang-terang tidak peduli dengan politik kerana mereka adalah syarikat korporat. Namun pada mereka ada saham UMNO.
Justeru, para pemimpin UMNO-BN sebenarnya perlu diperhatikan kerana UMNO adalah sebuah parti yang baik dengan dasar yang bagus. Malangnya oleh kerana UMNO adalah organisasi yang perlu dijalankan oleh manusia, maka UMNO jadi bahan gelak tawa pihak lawan. Sebabnya, para pemimpin yang berada di dalam UMNO kebanyakannya bertaraf pak-pak lawak belaka!!!

Festival Seksualiti Ambiga




FESTIVAL Seksualiti Merdeka yang bermula semalam sehingga 13 November di Annexe Gallery Kuala Lumpur membuktikan bahawa negara ini sudah kehilangan arah. Festival meraikan warga Gay, Lesbian, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ini ditaja oleh antaranya Amnesty International dan Majlis Peguam. Objektif festival Seksualiti Merdeka adalah untuk mendesak penerimaan masyarakat ke atas golongan LGBT sekali gus memperjuangkan agar amalan seks songsang dihalalkan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam penganjuran Seksualiti Merdeka 2011

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Kini budaya seks bebas songsang pulak yang dipromotenya secara besar-besaran..kita nak diam lagi? Takkan kita tak rasa tercabar langsung?
Selepas cita-citanya tercapai melalui Bersih 2, Ambiga semakin angkuh, semakin besar kepalanya untuk menjahanamkan perpaduan rakyat Malaysia, khususnya Melayu Islam.
Senang cakap, selepas melalui episod gegak gempita, kebal dari beribu-ribu laporan polis serta bantahan rakyat dari segenap lapisan....sesiapa pun akan jadi lebih keras kepala jika semua desakan akhirnya berjaya dicapai.

Kenapa kita biarkan sangat pompuan gila ni sampai dia berani pulak menganjurkan perhimpunan seks bebas secara megah dan terbuka begini? Dia makin berani, bergerak langkah demi langkah ke hadapan. Malu kita, macam tak ada telor kalau seekor dajjal macam ni pun kita tak boleh nak halang.

Kalau dia secara peribadi nak menyokong aktiviti peliwat negara tersohor itu, suka hati dialah. Tapi jangan ajak rakyat Malaysia ikut serta buat benda-benda haram macam ni. Gejala sosial yang ada sekarang ni pun dah hampir tak terbendung. Nilai moral dalam kalangan orang muda dah hampir lingkup. Nak ditambah lagi dengan mengajak orang-orang muda berjoli katak dengan seks bebas. Bukankah itu secara sengaja nak menghancurkan negara bangsa? Bukankah itu juga menghina agama? Mana-mana agama dalam dunia ni pun tak merestui aktiviti liwat meliwat, sondol menyondol macam ni.

Tak susah bagi kita pikirkan...Ambiga memang sengaja anjurkan perhimpunan begini kerana mau sebanyak mungkin sokongan untuk kegiatan homoseksual dan seks bebas di Malaysia. Khas untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan Kepala Pembangkang yang sedang di ambang syurga Sungai Buloh. Maknanya memang benarlah dia pengamal seks songsang ! Perbicaraan kes liwatnya semakin hampir ke penghujung dan dia sudah terhidu akan keputusan mahkamah. Inilah antara usaha terakhirnya untuk menyelamatkan diri.
Mungkin betul, dunia hampir kiamat....dajjal seperti Ambiga, Anwar berkeliaran bebas menghasut, menyebarkan budaya buruk dengan tujuan menghancurkan umat. Kita perlu kuat, bersatu dan bersedia untuk menghalang hasrat gila pompuan jahanam ni. Dia akan terus cuba menghancurkan negara, bangsa dan agama kita dengan apa cara sekali pun. Gelak besar dia melihat Melayu dah takde telor...Kalau kita masih tak nampak lagi, tak taulah...

Wednesday, November 2, 2011

Bonus Kakitangan Kerajaan




Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.?

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan ?Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam? untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

?Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.?

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk ?ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012? yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Alfatihah:Datuk Abdul Raman Suliman



Semoga Allyarham ditempatkan bersama - sama orang orang yang beriman....AlFatihah