UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Saturday, October 6, 2012

Pemimpin Harapan Melayu Penang

Guan Eng pertikaikan pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal. Apa nak heran? Mereka yang mewah tu dah berapa lama bekerja? Pemimpin BN kerja, mereka boleh kumpul duit. Sebab apa mereka boleh kumpul duit? Sebab mereka tak berparti, minum-minum dan beramoi-amoi.

Nak tanya Guan Eng, air yang ditogok tu secangkir berapa harganya? Sekali duduk, cukup ke secangkir? Amoi tu minum, tak kan dia bayar sendiri. Sekali havoc, berapa Guan Eng bayar? Atau ada orang lain tolong bayar? Kalau orang lain tolong bayar, tu rasuah tu!!! 

Pemimpin sebegini lagi bahaya. Kalau dah mabuk, suruh sain surat jual negeripun akan disainnya. Kalau dah terskandal dengan amoi, lagi parah, apa amoi mintak, semua dia bagi. Jahanam!!!

Cuba Renungkan Wahai Orang Islam


Sunday, September 9, 2012

Alahai Mujahid...


Ahli Parlimen kita...Dah semakin terdesak nampaknya Putera Yusof  Rawa ni..Kerana politik sanggup usung keranda bukan Islam....Tak payah lah sampai ke tahap tu, cukuplah setakat melawat dan bertafakur. Dah rasa bahang kekalahan kaa?

Renungkanlah........

Friday, August 31, 2012

Janji Bersih - Pengkhianat Negara

Nama A. Samad Said yang menjadi pengerusi Janji Bersih akan tercatat sebagai seorang pengkhianat negara apabila berjaya membawa masuk warganegara Singapura bagi menunjukkan kebiadapan mereka menukar bendera Malaysia mirip negara Republik seperti mereka.

Saturday, August 25, 2012

BIADAP

Mungkin dia tak sedar tapi cara Hairie membuat komen dilaman tweeternya terhadap pemimpin negara ini jelas memperlihatkan kerendahan akhlak dan budi pekerti, jiwa yang bercelaru,serta moral yang parah dan pada saya ianya langsung tidak memberikan sebarang makna atau nilai apa apa.Berkemampuan dan berpengaruh sangat kah dia sehingga mampu mencalarkan BN/UMNO dalam PRU nanti? Kepimpinan PAS pasti sangat gelisah dan risau dengan kelibat dia ini cuma rasanya tak berani cakap terang terangan.

Friday, July 27, 2012

RENUNGKANLAH WAHAI MELAYU

Selepas perhimpunan mega 20 Mei di Kuantan yang berjaya memaksa kerajaan untuk  menyediakan sebuah sekolah tinggi persendirian Cina di ibu negeri Pahang itu, para pendidik Cina sekali lagi merancang mengadakannya, kali ini di kubu kuat BN - Johor.


NONEDianjurkan bersama dengan Dong Zong - badan payung
lembaga gabenor sekolah-sekolah Cina - dan kumpulan serta persatuan pendidikan Cina di Johor, perhimpunan kali ini bertujuan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 2,000 orang di Padang Kg Abdullah di Segamat pada hari Ahad ini.


Mereka mahu kerajaan memberi lampu hijau untuk sama ada memulihkan semula Sekolah Tinggi Persendirian Cina Seg Hwa atau menyediakan sebuah sekolah persendirian Cina yang baru di Segamat.


"Kami berharap kerajaan akan memenuhi tuntutan rakyat itu dan meluluskan penubuhan sebuah sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat secepat mungkin," kata Dong Zong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan minggu lepas.


Ia menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan pada 29 Julai dengan berpakaian merah, manakala persatuan Cina di seluruh negara pula sedang sibuk menyewa bas untuk membawa ahli-ahli mereka ke Segamat.


Masyarakat Cina di Segamat telah menuntut sebuah sekolah tinggi persendirian Cina diwujudkan di situ sejak tahun 1980-an.


Sekolah Tinggi Persendirian Cina Seg Hwa di Segamat telah ditukar menjadi sekolah menengah kebangsaan selepas pengenalan Akta Pelajaran 1961.


Kini terdapat 60 sekolah menengah persendirian Cina di seluruh negara. Ia menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengajaran dan ditadbir oleh lembaga gabenor mereka sendiri.


  • Kuek Ser Kuang Keng  ( MALAYSIAKINI )
  • 10:01AM Jul 27 2012

Tuesday, July 24, 2012

Komunis Masih Ada ?????

Unsur unsur komunis masih ada di negara ini. Di dalam beberapa bentuk. Jika tidak menggunakan nama komunis atau benar benar menjalankan segala apa yang di anggap komunis dari segi konsep dan praktis fahaman itu di zaman komunis dahulu, mereka menjalankan sebahagian dari strategi dan taktik komunis itu.

Komunis tidak demokratik, tidak memberi peluang orang lain bersuara, semua kena ikut kata kata dan kemahuan orang yang pegang kuasa. Ini nyata ada di DAP. Dahulu Lim Kit Siang, sekarang Lim Guan Eng, berpendirian autokratik, ahli ahli DAP mesti ikut apa kata dia sahaja. Sehingga Penegerusi DAP, Karpal Singh, dan Timbalan Ketua Menteri DAP, Ramasamy, di kenakan Perintah Tututp Mulut, Gag Order. Beberapa orang yang memegang jawatan dalam parti telah di pecat dari parti kerana tidak mengikut kemahuan mereka. DAP peringkat negeri pun sudah ikut cara itu - yang terakhir berlaku di DAP Johor.


Mereka yang berfahaman komunis juga ada mengambil bahagian di pergaduhan kaum 13 Mei 1969 yang di cetuskan oleh DAP yang di ketuai oleh Lim Kit Siang di masa itu. Ini di nyatakan di buku kecil bertajuk "13 May 1969: A Tragedy", di terbitkan oleh National Operations Council, October 1969 - boleh di google untuk mendapat butir butir lanjut. DAP mirip komunis juga boleh di lihat dari pendirian Lim Kit Siang sendiri. Dia mahukan ketua pengganas komunis Chin Peng di benarkan masuk Malaysia. Dan banyak lagi contoh contoh yang menunjukkan ahli ahli dan penganut penganut DAP menggunakan strateji dan taktik komunis.


Maka benar bahawa sepatutnya Kerajaan jangan mansuhkan akta akta yang mustahak seperti ISA dan Akta Hasutan itu selagi belum ada gantinya. Sekarang pihak berkuasa perlu perhatikan dengan rapi dan ambil tindakan awal "to nip in the bud" kelakuan kelakuan yang serupa dengan strateji dan taktik komunis itu yang mengancam keselamatan negara.

Saturday, July 21, 2012

PAS Menipu Lagi

Tidak cukup dengan mengerahkan penganut-penganutnya untuk membuat kerja sia-sia menyertai Himpunan Oren, tetapi PAS juga melakukannya dengan menipu peneroka hidup-hidup.


Mana tidaknya, dalam berarak, berdemo dan berniaga menjual baju oren, hijau dan sebagainya konon memohon agar saham FGV digantung, tetapi puak-puak PAS sendiri kelam kabut menyambar saham FGV.

Ini terbukti apabila kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah mengesahkan pemilikan 500,000 saham FGVH yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datu Abdul Rahman Ibrahim.


PKNK pada awalnya memohon 1 juta unit tetapi MITI hanya meluluskan separuh sahaja. PKNK telah melanggan saham tersebut dengan harga RM4.55 seunit dan melabur sejumlah RM 2,275,000.

Malah, PKNK juga telah mendapat keuntungan kasar sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit.

Kita terima alasan PKNK bahawa pemilikan saham tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana PKNK pastinya melihat kepada keuntungan. Dalam ertikata lain, penyenaraian itu membawa kebaikan iaitu keuntungan kepada banyak pihak.


Tetapi, kita merasa hairan dengan pendirian PKNK ini kerana PKNK adalah sebuah organisasi di bawah pengurusan kerajaan PAS dan pastinya wajib bertindak selaras dengan aspirasi dan perjuangan PAS.

Dengan mengambil pendirian berbeza, kita tertanya-tanya, apakah ini menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak bersetuju dengan PAS Pusat sekali lagi...? Selama ini, kepimpinan Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah sering dikritik sebagai ‘berlainan arah’ dengan PAS Pusat sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk ‘memandu’ Ustaz Azizan.


Kali ini, susah-susah PAS mengerahkan ahli agar menyertai Himpunan Oren tetapi Ustaz Azizan pula membiarkan PKNK bertindak sebaliknya dengan membeli saham yang ditentang oleh Himpunan Oren.

Apakah ini masalah pendirian yang berbeza antara PAS Pusat dengan PAS Kedah ataupun apakah ini bukti bahawa PAS secara keseluruhannya menerima baik penyenaraian FGVH dan Himpunan Oren hanyalah gimmick politik murahan...?


Mungkinkah ada dari kalangan para pemimpin PAS yang sengaja ingin menipu peneroka agar melepaskan pemilikan saham mereka sementara pemimpin PAS sendiri berebut-rebut membelinya?

Kita percaya, PAS sedia maklum bahawa penyenaraian itu adalah satu keputusan yang tepat dan PAS juga tahu bahawa Himpunan Oren tidak akan membawa apa-apa perubahan iaitu penyenaraian tidak boleh ditarik balik dan saham tidak boleh digantung.


Oleh itu, tindakan PKNK membeli saham FGVH adalah tindakan yang pastinya direstui oleh PAS Pusat walaupun tidak secara nyata.

Nampaknya, para peserta Himpunan Oren telah benar-benar terpedaya oleh permainan politik PAS. Nasib baik himpunan tersebut tidak bertukar ganas sepertimana BERSIH 3.0 jika tidak mereka mungkin tercedera atau kehilangan nyawa kerana sesuatu yang sia-sia.


Begitupun, PAS hanya berjaya menipu segelintir peneroka dan penganutnya sahaja iaitu dalam jumlah tidak sampai 5,000 orang pun berbanding sasaran 20,000 orang untuk menyertai himpunan tersebut.

Mungkin ramai dari penganut PAS sendiri sudah dapat membaca kelicikan pemimpin-pemimpin mereka dan tidak sanggup lagi membodohkan diri berpanas dan mungkin berhujan, berarak membawa memorandum yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa.


Kerana itu, penganut-penganut PAS hanya menyambut dingin arahan kerahan rasmi bertulis untuk menyertai himpunan tersebut.

Entah bila parti PAS ini akan berhenti menipu rakyat dan mula bekerja. Pilihanraya semakin hampir, tetapi PAS masih tidak serik menggunakan strategi politik jahat lagi murahan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Sunday, July 8, 2012

PKR Makin Bercelaru Menjelang PRU 13

Ada sebab kenapa Anwar Ibrahim mengumumkan hasratnya untuk bersara dari politik, selain ianya sebagai satu tektik terdesak untuk meraih simpati, ia juga berkait rapat dengan kegagalan PKR menemui calon-calon yang berkaliber untuk dipertaruhkan dalam PRU 13.
Selama ini kita kerap di hidangkan dengan propaganda murahan pakatan pembangkang kononnya dalam pilihanraya akan datang mereka berpeluang untuk merampas Putrajaya seterusnya mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.
Namun, realiti semasa bukan sahaja jauh panggang dari api malah langsung tak seindah seperti di propagandakan dalam media dan pentas politik.

Untuk PRU 13 ini, PKR bukan sahaja terpaksa mengalah kepada DAP dari segi pembahagian kerusi bertanding apabila hanya bertanding di 66 kawasan sahaja berbanding 97 kawasan pada PRU 12, malah untuk menyediakan calon-calon pun amat sukar untuk dicapai.
Daripada jumlah 66 itu pula hanya di 24 kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan' itu dengan sebahagian darinya adalah muka lama. 
Sebahagian kecil muka lama yang pernah menyandang kerusi parlimen tertentu pula tidak dicalonkan kembali. Antaranya Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor, berkemungkinan seorang yang rapat dengan Azmin Ali akan mengisi kekosongan di Bandar Tun Razak.
Bagi parlimen Kelana Jaya tempat Loh Gwo Burne yang siang malam tidur bersama kameranya pula bakal dibersarakan dan tempatnya digantikan oleh Nik Nazmi yang juga orang kanan Azmin Ali.
Anwar Ibrahim yang sebelum ini diketahui sedang panas di Permatang Pauh seakan hampir pasti merantau ke Nibong Tebal dan merupakan satu-satunya calon bagi kawasan tersebut walaupun di masa yang sama masih memikirkan untuk kekal di Permatang Pauh.
Manakala itu, hampir satu pertiga lagi kawasan langsung tiada satu nama calon pun yang dapat dikemukakan menggambarkan betapa sukarnya untuk PKR menghadapi cabaran PRU 13 yang akan menentukan hayat politik Anwar.
Baki lebih satu pertiga lagi hanya calon-calon recycle dan expired sahaja yang dikemukakan sebagai 'calon dalam pertimbangan'.
Dalam pada itu daripada 8 kawasan parlimen di Sabah yang dikhususkan untuk ditandingi PKR, hanya tiga kawasan sahaja yang sudah terisi dengan 'calon pilihan', bakinya samaada kosong ataupun hanya bersandarkan satu dua nama 'calon dalam pertimbangan'.
Sarawak pula yang sebelum ini digembar gemburkan oleh Anwar bakal ditembusi oleh PKR dan pembangkang lain, namun pembahagian kerusi yang diberikan kepada PKR cuma 7 kerusi sahaja dan agak sadis bila hanya satu nama sahaja yang masuk senarai mungkin akan bertanding.
Lebih parah lagi beberapa kawasan yang mahu ditandingi oleh PKR ada antaranya masih bertindih dan berebut hak dengan PAS dan DAP misalnya di Bentong, Temerloh, Bagan Serai dan beberapa lagi kawasan lain.
Bagi kawasan parlimen Sungai Siput yang sekarang disandang oleh Presiden PSM, Dr Jeyakumar pula sedang diusahakan untuk ditandingi sendiri oleh PKR sekalipun satu namapun belum mampu disediakan oleh Anwar Ibrahim.
Melihat pada kemelut dan betapa celarunya PKR dalam persediaan menentukan calon-calon yang akan mewakili PKR dalam pilihanraya, ternampak jelas yang PKR mahupun Anwar sendiri tiada keyakinan untuk menghadapi PRU akan datang.
Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa beralih semula ke tabiat kesukaannya - guna tektik raih simpati buat muka kesian dengan harapan masih ada rakyat yang akan terpedaya sebagaimana suatu ketika dulu ramai yang terpedaya dengan lakonan arsenik, patah pinggang dan lain-lain.
 
Credit : Belimbing Bintang

Monday, June 11, 2012

Nik Aziz VS Harussani

NIK Aziz Nik Mat ialah ahli politik. Harussani Zakaria pula ialah seorang mufti.

Nik Aziz, dalam istilah sains politik ialah seorang political animal. Ini kerana kerjayanya, mata pencariannya ialah sebagai seorang ahli politik.

Harussani pula ialah penjawat awam yang dilantik sultan sebuah negeri.

Tugasnya ialah berkaitan hal ehwal agama Islam. Antara tugas besarnya ialah menasihati raja atau sesiapa sahaja mengenai hukum-hakam agama Islam serta menegur jika perlu.

Beliau ialah ejen untuk memastikan kesejahteraan umat Islam terbela.

Oleh itu, apabila Nik Aziz menyifatkan Harussani 'gatal mulut' kerana menegur atau menasihatinya itu bermakna, Nik Aziz menafikan peranan Harussani sebagai mufti.

Mufti tidak boleh hanya menutup mulut dan berpeluk tubuh memerhati tingkah laku ahli-ahli politik seperti Nik Aziz yang sudah menyimpang jauh daripada landasan.

(Petikan dari Bisik-Bisik Awang Selamat, Utusan Malaysia)

Tuesday, May 22, 2012

Kategori "BERSIH"

Kategori Manusia Yang " BERSIH "

1. Depa yang benar benar mahukan pilihan raya yang bersih. Mungkin hanya 10% sahaja dari yang keluar. Tapi depa salah anggapan, salah maklumat, salah baca. Sebenarnya hampir kesemua kemahuan Bersih 2.0 dulu dah di penuhi. Baca lah blog Jebat Must Die yang memberi penerangan sepenuhnya fasal kemahuan itu dah di penuhi.

DS Najib pun pandai juga. Penuhi apa yang Bersih 2.0 tuntut. Segala apa yang boleh. Fasal "42,000 pengundi keraguan" tu dah di beri penerangan bertalu talu oleh Pengerusi SPR. Kena makan masa, kena ikut uandang undang, tak boleh kensel sahaja nama nama itu, kalau tak, boleh di saman. JK Pemandu Bersih sudah terlajak. Atau ada yang sudah diam diam subahat dengan puak parti politik. Teruskan agenda demo jalanan depa jugak.

2. Orang parti parti politik. DAP, PAS, PKR. Sekurang kurang 60% jenis ini. Orang anti-Lynas yang di hasut DAP sejak demo di Kuantan lagi. Orang PAS yang di bawa dengan "busloads of Pokciks and Mokciks for free jalan jalan di KL". Fikirlah berapa ramai yang kerja kampong, atau kerja sendiri di pekan, di bandar bandar di Kelantan dan Kedah yang berkejar dapatkan peluang begitu. Mungkin masih ada lagi yang belom pernah lihat KL, atau pergi sekali dengan duit sendiri lihat dengan seimbas.
Ini peluang tambang free, penginapan free, makan free, duit kocek pun di beri.

3. Muda mudi, penuntut penuntut, kerja sendiri atau makan gaji di perusahaan perusahaan kecil di sekitar bandar atau di pinggiran kota, yang bukan orang politik. Depa jenis yang boleh dapat kelepasan pada hari Sabtu. Penuntut penuntut pun kebanyakannya masih kurang faham politik, pergi ke perhimpunan hanya "mahu lihat", "mahu pengalaman", atau mencari "excitement" di hujung minggu. Kita sendiri pun begitu di masa menuntut. Saya fikir ada tak kurang dari 20% jenis yang bukan orang politik begini.

4. "Uncles and aunties". Selain dari Pokcik dan Mokcik yang pakai ketayap putih, yang kita tahu ahli, atau penyokong, atau hanya berkawan sekampong dengan orang PAS, yang di "deliberately imported" dari Kedah & Kelantan - ada juga yang di KL, PJ dan Lembah Klang, yang dah bersara, termasuk yang pernah berkerja dengan Kerajaan. Kebanyakan mereka ini bukan Melayu. Geramkan Kerajaan berlebihan Melayu, DEB mengutamakan Melayu, maka sekarang ada peluang menyokong apa saja yang mereka fikir boleh menukar keadaan. Walau pun nyata pergi ke Dataran Merdeka itu salah. Sebab menghasut, melawan Perinah Mahkamah supaya jangan cabuli Dataran Merdeka.

Mereka ini fikir mereka tidak akan rugi apa apa. Seperti keturunan India/ Sri Lanka bekas Duta Malaysia ke US di tahun 1990an. Yang isterinya menulis di blog menerangkan pengalaman mereka yang berumur 70 tahun (isteri) dan hampir 80 tahu (suami). Tak rugi, tapi kelaparan tak dapat makan hingga pukul 4 petang, tunggang langgang di tolak bila rusuhan berlaku, suami terbaring terlentang, isteri terpelesok dalam tempat air ke hape, lari berterabur dari satu tempat ke satu tempat, basah baju di sembur air kimia, keluar air mata kena semburan gas pemedih mata. Padan muka depa berdua yang dah tua.

Jadi, pada umumnya, yang betul betul mahukan "free and fair elections" kononnya, hanya segelintir sahaja. Yang lain mahukan porak peranda, mahu "join the crowd", dapat pengalaman, dapat "excitement", hiburan hujung minggu, dan "free trip to KL".

Buat Semua penDEMO

Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani :


"Janganlah kamu semua membantah orang lain kerana hawa nafsu, tetapi bantahlah kerana iman. Jadikanlah iman sebagai bantahan. Jika kamu semua membantah orang ingkar kerana Allah, Dia akan melindungi kamu semua dalam menyelamatkannya. Tetapi, jika kamu semua membantahnya kerana hawa nafsu, hasutan syaitan dan hasrat kamu, Allah akan membiarkan kamu semua. Kamu semua tidak akan mampu menyelamatkan orang ingkar itu dan tidak akan mampu memusnahkan kemungkarannya. Imanlah yang sepatutnya menjadi bantahannya. Sesiapa membantah orang yang ingkar bukan kerana iman, dia sebenarnya bukanlah membantah kemungkaran orang itu. Bantahan itu perlulah kamu lakukan tanpa "dirimu", kerana Allah semata-mata, bukan kerana makhluk, demi membela agama Allah, bukan demi membela nafsumu, untukNya bukan untukmu."

Sunday, May 20, 2012

Bukan Islam Mewakili Parti Islam...


Susulan langkah meletakkan calon bukan Islam pada pilihan raya umum 2008, Pas dijangka menurunkan calon bukan Muslim di enam negeri kali ini.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kepimpinan parti itu di Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah diminta memberi perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket Pas sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura.

Keenam-enam negeri tersebut, menurut Mujahid, mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan.

"Saya berharap sangat negeri-negeri berkenaan supaya memberikan semangat kepada DHPP sementara masih ada ruang untuk diisi oleh mereka," kata beliau kepada Harakahdaily. 

* Sebenarnya rakyat Parit Buntaq semua sedia maklum yang hubungan Mujahid dengan Cina Islam bukannya elok pun , sebab tu la dia nak letak calon bukan Islam.

Saturday, May 19, 2012

Melayu PR Balachi DAP

Keputusan DAP tidak menyambung tempoh anggota Dewan Negara Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah satu indikasi bagaimana parti rasis dan chauvinis Cina itumelihat kepada pemimpin Melayu di dalam parti.

Apa yang terjadi kepada Naib Presiden DAP itu sepatutnya menjadi pengajaran amat berguna kepada orang Melayu dan beberapa kerat individu Melayu yang kononnya melihat parti itu memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Untuk memancing undi, DAP cuba menonjolkan imej prihatin kepada orang Melayu dengan mengatakan mereka memberi tempat kepada pemimpin Melau di dalam parti itu.

Maka Tunku Aziz pun dilantik sebagai salah satu naib presiden DAP untuk mengaburi mata orang Melayu.

Keadaan itu berubah apabila Tunku Aziz bersuara sedikit mengkritik penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong DAP dan parti pembangkang yang lain.

Dengan pantas DAP yang dikatakan sayang dan mengambil berat kepada Orang Melayu mencantas anggota diraja Kedah itu daripada terus memegang jawatan Senator.

Bagi DAP, orang Melayu boleh pegang jawatan tinggi dalam parti itu, mungkin juga sampai menjadi pengerusi, tetapi mereka hendaklah diam membisu serta menjadi seperti tunggul.

Membuka mulut untuk memperjuangkan hak-hak orang Melayu di dalam DAP bermakna mengundang padah kepada karier politik mereka.

Taktik DAP memikat hati orang Melayu setakat ini telah berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggang yang setia.

Kesetiaan PAS kepada DAP terbukti apabila parti itu sanggup mengorbankan prinsip perjuangan negara Islam semata-mata untuk menjaga hati DAP.

Kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh melaksanakan hukum hudud dan mewujudkan negara Islam sehingga mencukupi syarat.


Apa yang dikatakan beliau amat bertentangan dengan semangat berkobar-kobar PAS Kelantan meluluskan enakmen hukum hudud 20 tahun dahulu kononnya sebagai langkah pertama penubuhan daulah Islam di negara ini.

Persoalannya apa yang sudah jadi dengan enakmen undang-undang hudud versi PAS? Adalah disebabkan persengkolan mereka denga parti rasis Cina DAP, hukum hudud pun PAS sanggup campak ke luar tingkap?

Inilah sikap hipokrit dan bermuka dua yang ditunjukkan PAS dalam isu negara Islam.

Semasa mereka belum menjadi rakan kongsi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat, DAP dianggap sebagai musuh kerana mereka golongan kuffar.

Tetapi apabila sudah tidur sebantal dengan DAP, semuanya menjadi halal.

DAP tidak lagi dilabel sebagai kafir harbi, malah PAS berkata perjuangan parti itu selari dengan slogan 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan parti itu.

Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa PAS telah melutut sepenuhnya kepada kehendak DAP yang menentang konsep Daulah Islamiyahnya.

Berbeza dengan DAP yang terus mengekal slogan 'Malaysian Malaysia'nya, PAS pula telah menukar warna politiknya.

Daripada perjuangan menegakkan Negara Islam, PAS melunakkannya menjadi Negara Berkebajikan untuk menjaga hati DAP.

DAP adalah seperti serigala yang berbulu biri-biri.

Jika PAS dan orang Melayu di dalam DAP dan PKR masih dibuai mimpi berfikir DAP akan menjaga dan memperjuangkan hak serta nasib mereka, satu hari nanti mereka akan bangkit dari tidur lena sebagai rakyat kelas dua yang ditindas seperti mana di Singapura.


SUMBER : BELIMBING BINTANG

Thursday, May 17, 2012

Buku Jingga Atau AlQuran?

Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan.

Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai disusun dan satu mesyuarat pun tak pernah dibuat.

Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka.

Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.


Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan.


Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jingga juga yang jadi rujukan utama PR.


Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jingga sebagai dasar bersama.


Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jingga yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.


Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari PR.


Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buku Jingga kini dah macam kitab suci lebih diutamakan dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran

Wednesday, May 16, 2012

Nizar Terjah Ceramah UMNO

    
Banyak blog PR memuji tindakan Nizar yang berani hadir ke ceramah UMNO dan tidak kurang juga yang menabur fitnah kononnya penceramah UMNO terus terkedu dan tidak mampu mengutuk Nizar secara berdepan...Hakikatnya tengoklah rakaman ini...kemudian renung renungkanlah....

DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu

DAP yang merupakan sebuah parti yang dimonopoli kaum cina yang sebahagian ahlinya penah menjadi penyebab belakunya peristiwa 13 Mei, sudah pasti tidak sesuai untuk diberi ruang kepercayaan oleh orang Melayu. DAP berteraskan politik perkauman. Itulah yang digambarkan bekas naib Pengerusi DAP. Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sehingga mengambil keputusan meninggalkan DAP dan Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu.

Malah DAP dikaitkan mempunyai polisi dan hubungan rapat dengan PAP. Orang melayu Malaysia telah membuka mata sejak lama lagi dengan melihat bagaimana PAP melayan warga melayu Singapura. Menyebabkan kedua-dua alasan ini menjadikan ramai melayu di Malaysia melebel DAP sebabagi parti yang tidak boleh dipercayai.

Berdasar dari hakikat itu DAP telah bertindak memikat orang melayu melalui membawa masuk Tengku Abdul Aziz dan dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP malah lebih agrasif lagi menarik berberapa orang melayu untuk dicalonkan sebagai calon bertanding DAP dalam PRU13.

Dalam Pakatan Rakyat pula DAP menjadi raja kerana mampu mengawal Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menjadi tenaga kerja yang cuba memikat melayu mempercayai DAP. Sehingga PAS sanggup fisabilillah bersama DAP, menjemput sebagai tetamu ceramah di surau-surau. Malah PAS lebih memuliakan DAP dari oarng islam lain. Ini sudah tentu memberi hebuan besar buat DAP meraih kepercayaan masyarakat Melayu.

Tetapi sifat perkauman yang melampau DAP belum juga dapat kikiskan kerana sudah menjadi darah kesumat warga DAP. Sekarang DAP tertekan ketika saat-saat akhir menanti keribaan PRU13 apabila segala yang dirancangnya mula menemui kegagalan. Ini jelas dilihat apabila hanya Tunku Abdul Aziz yang benar-benar berada dalam sistem pentabiran DAP, telah bertindak meninggalkan parti dan memberi alasan DAP berteraskan politik perkauman.

Tuesday, January 3, 2012

Mengapa Bukan Melayu Sokong Anwar

Dikalangan bukan Melayu, sokongan terhadap Anwar kelihatannya lebih kepada kesediaan Anwar untuk menilai semula kepentingan Melayu termasuk berjanji untuk menghapuskan DEB. Disini soalan perlu diajukan kepada Anwar apakah benar caranya untuk mendapatkan sokongan politik dari kaum bukan Melayu ialah dengan menggadaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera?

Anwar mungkin boleh berdolak-dalik dengan mengatakan dia akan menggantikna DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang akan turut memuatkan beberapa polisi dan dasar-dasar yang telah sedia ada didalam DEB. Hakikatnya, apakah yang diharapkan oleh kaum bukan Melayu terutamanya yang muda seperti Vooi How? Yang nyata, mereka percaya jika Anwar menjadi Perdana Menteri, selain DEB, dasar-dasar keistimewaan untuk Melayu/Bumiputera seperti kuota-kuota berkaitan pelajaran dan biasiswa (yang termaktub didalam perlembagaan) akan turut berubah jika tidak dihapuskan samasekali. Jika itu yang dijanjikan oleh Anwar kepada kaum bukan Melayu, adakah Anwar berani untuk menjelaskannya secara terbuka kepada orang Melayu/Bumiputera dan bukan berselindung disebalik kata-kata yang kabur ataupun ambiguous.

Penerangan yang jelas dan terperinci dari Anwar mengenai perkara ini amat perlu kerana orang Melayu tidak boleh mengharapkan kepentingan mereka akan terjamin semata-mata kerana percaya bahawa tidak mungkin Anwar akan menggadaikan kepentingan bangsanya sendiri. Keadaan ini lebih mendesak kerana dipercayai, jika PR berjaya menubuhkan kerajaan, majoriti ahli-ahli parlimen didalam gabongan itu akan terdiri daripada kaum bukan Melayu. Jika itu terjadi, sudah pasti Anwar dan ahli-ahli parlimen Melayu/Bumiputera tidak berada didalam kedudukan yang kuat untuk membuat permintaan ataupun – not in position to have a strong bargaining power. Dan jika diperhatikan perlakuan-perlakuan Anwar sekarang serta pergantungannya yang kuat kepada DAP dan sokongan bukan Melayu, adalah tidak mustahil dia akan menurut telunjuk bukan Melayu untuk menghapuskan atau mengurangkan kepentingan-kepentingan Melayu, terutamanya yang tidak diperincikan didalam perlembagaan. Kerana itu, orang Melayu perlu bertanya kepada Anwar supaya menerangkan secara jelas apakah perancangan dan halatuju orang Melayu jika dia memerintah.