UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Monday, November 2, 2009

Pas lagi " Open " Dari Umno

PAS akan menjemput Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai pembentang kertas kerja dalam Seminar Politik yang akan diadakan oleh parti itu pada 7 November ini bagi menggantikan EGM yang dicadangkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas AJK Pusat PAS malam Rabu minggu lalu.

Aziz merupakan orang yang mengkritik kepimpinan PAS dan menyarankan supaya beberapa pemimpin tertentu parti itu dikenakan tindakan bagi mengelakkan pimpinan utama terus disebut pro-UMNO.

Kritikan Aziz, yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian, juga menjadi asas pada Nik Aziz menyarankan supaya PAS mengadakan EGM bagi membersihkan parti tersebut daripada beberapa kerat pemimpin tertentu.

Kesediaan kepimpinan PAS mengundang Aziz bagi membentangkan dalam seminar itu merupakan sesuatu yang menarik.

Ia jelas mempamerkan sikap PAS yang terbuka dan mahu mendengar pendapat, hatta daripada pihak yang mempertikaikan kewibawaannya.

Tahniah pada Datuk Seri Haji Hadi Awang, Presiden PAS, yang juga pengerusi mesyuarat khas AJK Pusat itu.

Dan keterbukaan Haji Hadi itu mengundang tandatanya, apakah perkara yang sama mungkin dilakukan oleh UMNO?

Berapa kalikah UMNO membuka pintu kepada mereka yang mengkritik kepimpinannya untuk bercakap di hadapan ahli-ahli parti itu?

Berapa kalikah UMNO tidak memandang serong, kalau pun tidak ‘sembelih’ istilah yang sering digunakan oleh ahli yang selalu ingin menegurnya?

No comments: