UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Saturday, October 24, 2009

Nik Aziz Makin Nyanyuk

Dalam duk sibuk seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada pembentangan Bajet 2010 oleh Najib Razak hari ini, alih-alih Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan satu kenyataan yang penuh tanda tanya tentang apa yang berlaku dalam kepimpinan Pas masa kini.

Ini berikutan cadangan Nik Aziz agar parti itu mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) dan katanya kerana Pas kini berdepan dengan isu kepimpinan dan beliau merasakan perlukan perubahan dilakukan terhadap pemain penting dalam kerusi kepimpinan Pas Pusat. Lihat di sini!

Dush...!! Aku membayangkan bahawa Nik Aziz kini sudah semakin hilang keyakinan dan hilang kepercayaan terhadap Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa yang memenangi jawatan masing-masing selaku Presiden dan Timbalan Presiden Pas dalam muktamar baru-baru ini. Sebab itulah beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam blognya itu.

Apakah yang telah dilakukan oleh Hadi dan barisan kepimpinan Pas Pusat sehingga Nik Aziz, seorang Mursyidul Am yang memegang jawatan itu atas pelantikan membuat "teguran" sedemikian? Apakah kerana Hadi bersikap berdiam diri dalam isu-isu tertentu yang diperjuangkan oleh Nik Aziz dan Anwar serta barisan pakatan yang disanjung Tok Guru? Atau apakah kerana Hadi dan barisan kepimpinan Pas mengambil sikap terbuka untuk berbincang bagi penyatuan Melayu/Islam bersama UMNO maka Nik Aziz melenting sedemikian rupa?

Biar apapun alasannya, jelas sekali Nik Aziz kini tidak lagi sehati dan sehaluan dengan pucuk pimpinan Pas sehingga beliau menggesa diadakan EGM untuk membuat perubahan pada pucuk pimpinan parti. Apakah ini juga akibat "julukan" Anwar yang mahukan orang-orangnya dalam Pas menerajui parti itu? Andai itulah sebabnya sehingga Tok Guru bersuara sedemikian alangkah malangnya nasib Pas.

Kita tahu Anwar tidak akan mampu menjadi Perdana Menteri hanya melalui perjuangan PKR kerana beliau tahu PKR tidak akan ke mana. Nak mengharapkan DAP, Anwar tahu DAP hanya mempergunakan dirinya untuk kepentingan agenda politik Malaysian Malaysia. Nak masuk semula UMNO memang tiada harapan kerana UMNO sudah berpatah arang berkerat rotan dengannya.

Maka jalan terbaik ialah menggunakan Pas. Pun begitu ia mengalami kesukaran andai Pas terus dipimpin oleh orang seperti Hadi Awang atau Nasaruddin yang mula melihat pentingnya perpaduan Melayu dan Islam selepas mereka mencetuskan kerajaan perpaduan sebelum ini. Tambahan pula pada muktamar lalu, orang-orang tajaan Anwar (Erdogan) telah ditumbangkan oleh kumpulan ulama.

Melihat Nik Aziz mudah dikawal, maka aku percaya Anwar menggunakan Tok Guru sebagai saluran untuk menjatuhkan Hadi Awang dan Nasaruddin agar digantikan dengan pemimpin Erdorgan tajaannya. Perkara ini tidak mustahil kerana Anwar sendiri pernah menggunakan strategi yang sama ketika beliau menjatuhkan arwah Tun Ghafar Baba dahulu untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Dan cadangan Nik Aziz yang mahu EGM diadakan bagi membuat perubahan pada kepimpinan Pas kini jelas sekali menyelusuri strategi yang telah dilakukan oleh Anwar. Jadi tidak mustahil Nik Aziz kini sudah dikuasai oleh Anwar untuk ditunggangi bagi memastikan "orang-orangnya" menguasai pucuk pimpinan Pas.

No comments: