UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Thursday, October 29, 2009

Surat Terbuka Untuk UMNO

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Ambillah iktibar daripada isyarat yang telah diberikan oleh rakyat. 'berubah sebelum diubah' dan 'berubah sebelum kita rebah'.

Saya tetap yakin bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang merupakan pilihan utama orang-orang Melayu. Mereka tidak menolak UMNO sebenarnya. Mereka mahu UMNO berubah.

Oleh itu, kerana kita perlu sedar bahawa imej UMNO yang bersih itu, proses pemilihan UMNO yang bersih, UMNO yang berintegriti, adalah jaminan kelangsungan kuasa kita sebagai parti yang berdaulat. Selagi proses ini tercemar, selagi itulah orang akan hilang kepercayaan kepada UMNO. Oleh itu, bukan sahaja untuk menjamin perkara ini, tetapi untuk menjaga pemimpin-pemimpin kita juga. Bukan saya salahkan pemimpin. Kadang-kadang kita tak beri, kalah. Beri, salah. Pemimpin dalam keadaan sedemikian. Jadi kita mesti jaga juga, jangan kita korbankan pemimpin.Sudah sampai masanya perubahan ini dilakukan. Apa lagi yang harus kita ubah?

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

Banyak yang berminat tentang konsep parti menguasai kerajaan. Saya fikir kalau kita sebut parti menguasai kerajaan, kita ada dua komponen. Apa dia? Parti dan Kerajaan. Saya nak masukkan satu lagi komponen. Apa dia? Rakyat, Parti dan Kerajaan. Sebab apa? Sebab tidak ada gunanya kita ada jawatan dalam parti kalau parti tidak berkuasa.

Oleh itu parti mesti tahu aspirasi dan denyutan nadi rakyat. Betul tidak? Parti setelah tahu denyutan hati rakyat, maka parti terjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan. Apabila kerajaan yang dikuasai parti melaksanakan kehendak rakyat maka masa itu kita akan jadi parti yang gagah perkasa dan akan terus melangsungkan pemerintahan kita. Maknanya UMNO parti yang berkuasa. Jadi bila orang luar dengar parti menguasai kerajaan, kita tambah Rakyat, Parti, Kerajaan. Insya-Allah,

Inilah ramuan yang terbaik bagi kita untuk kita melangsungkan kuasa kita. Ini lima negeri dah kalah ni. Dapat satu balik, itu pun masih dipertikaikan. Bila lagi kita nak sedar? Dah sedar dah? Dah sedar. Jadi dah sedar, turunlah bawah, mesra dengan rakyat, berkhidmat pada rakyat. Bukan membodek rakyat tetapi ikhlas bersama rakyat.

Kepada para perwakilan, semboyan telahpun dibunyikan, bingkaslah bangun, tawankan hati rakyat. Kibarkan panji-panji perjuangan UMNO membela demi untung nasib rakyat Malaysia insya-Allah. Teruskan perjuangan kita, UMNO akan diperkasakan, UMNO akan didaulatkan. Insya-Allah perjuangan kita akan berjaya.

Terima kasih.

No comments: