UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Wednesday, December 9, 2009

Hidup BTN

Tak habis habis lagi isu BTN. Masing masing cuba membuka pekung didada. DS Nazri Aziz pula bertikam lidah dengan Tun. Nik aziz pula mula menyertai Kedah dan Selangor menghalang kakitangan kerajaan negeri mengikuti program BTN.

Berdasarkan pengalaman saya sebagai peserta BTN memang tidak dapat dinafikan yang peranan BTN dalam menaikkan semangat melayu yang kalau dibiarkan semakin layu. Tidak salah kalau pihak kerajaan menggunakan saluran BTN untuk mengajak peserta menyokong kerajaan. kalau ditakdirkan Pakatan memerintah sekalipun saya rasa mereka akan menggunakan saluran tersebut. salahkah jika kita gunakan agensi kita untuk menyokong kita...Salahkah?

Salahkah jika PAS menggunakan Harakah untuk menceritakan kebaikkan PAS? Salahkah jika Keadilan menggunakan Suara Keadilan untuk menceritakan kebaikkan Parti Keadilan. salahkah? Pernahkah kita membaca Harakah menyerang PAS?....

Terkejut saya apabila NIk Aziz ( Kelantan ) mengikut jejak Selangor dan Kedah. nampaknya Nik Aziz sudah ibarat lembu yang dicucuk hidung...tidak lagi mempunyai pendirian dan kekuatan sendiri. Nik Aziz bukanlah seperti Nik Aziz yang saya pernah kenali dan hampir hampir saya mengagungkan kepimpinan beliau.

Dulu saya selalu berdoa kalaulah BN berjaya menyapu bersih semua kerusi, janganlah Kelantan. Saya mahu kelantan terus ditadbir oleh orang melayu ( Islam ) bukannya melayu yang bersahabat dengan kapir. Ibarat manusia yang bersahabat dengan syaitan yang ingin menghancurkan Islam.

Sudahlah Nik Aziz ....tinggalkan lah daki dunia...bagilah peluang orang yang lebih waras memimpin Islam.

Yang Si Nazri ni apa pulak halnya. Saya sokong apa yang dicakapkan oleh TUN. Saya sendiri ada menonton kenyataan Sinazri ni di TV3 selepas pembangkang mengecam BTN.tak sabar sabar mengeluarkan statement hendak mengkaji pelaksanaan BTN. nampak sangat BTN ni ada kepincangannya... Bodoh punya Nazri...Orang macam nazri ni tidak perlu disimpan...kaki bodek..perangai samy vellu....

Apapun saya berharap Dato Najib tidak cepat melatah...peliharalah BTN kerana ia merupakan aset penting untuk menaikkan semangat bangsa. Cuma janganlah BTN diperalatkan untuk kepentingan individu macam yang DARS lakukan.

No comments: