UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Tuesday, November 29, 2011

Makan Gaji Haram

Ahli parlimen pembangkang keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan berkenaan rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih. Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. Macam budak kecik lah MP Pembangkang ni, sikit-sikit keluar dewan... lebih baik jangan jadi ahli Parlimen kalau macam ni! Orang lain ramai lagi yang layak jadi Ahli Parlimen!

Singkirkan Perosak UMNO

UMNO Parit Buntar kini mungkin telah melupakan Allahyarham Ketua Bahagiannya yang telah pulang ke Rahmatullah pada 28/10/2011...sudah sebulan lamanya Allahyarham Dato' meninggalkan politik Parit Buntar yang penuh dengan pelbagai cerita suka dan duka. Pulangnya Timbalan Ketua UMNO Bahagian dari mengerjakan ibadah haji disambut oleh juak-juaknya dengan penuh keriangan.Tidak sabar sabar ingin menatap muka insan kesayangan mereka... bukannya nak bertanya khabar mengenai ibadah yang baru diselesaikan tetapi ibarat kata pepatah orang kenduri...Orang sibuk mengAminkan doa , mereka pula sibuk menyedok lauk untuk dibungkus dibawa pulang. Muncullah kembali muka-muka lama yang dulunya mendiamkan diri kini ibarat harimau lapar yang ingin membaham anak rusa yang kehilangan ibu.Desas-desus dari sumber yang boleh dipercayai kumpulan perosak ini diketuai oleh bekas YB yang sememangnya harus bersara tetapi masih gilakan daki dunia.Kumpulan pendesak ini dianggotai oleh muka muka yang berkepentingan yang memangnya tidak diperlukan oleh UMNO generasi kini.... Parit Buntaq ingin menasihati Tuan Haji Timbalan Ketua UMNO Bahagian....bertindaklah mengikut pemikiran ahli politik yang matang dan usahlah mengikut telunjuk penasihat 25 persen ( tengok apa yang jadi pada haji bakhil akibat terlalu mengikut cakap penasihat autanya itu ) ...Tepuk dada tanya selera... UMNO sibuk menyusun jentera untuk menghadapi PRU tetapi mereka sibuk menyusan agenda untuk kepentingan peribadi masing masing.... Parit Buntaq menyeru kepada semua ahli ahli UMNO Parit Buntar jika mereka sayangkan parti , mereka harus singkirkan muka-muka perosak ini.Jika perlu kita adakan rapat umum minta kepimpinan UMNO lucutkan keahlian mana mana ahli yang cuba menangguk di air keruh dan cuba merosakkan parti....HIDUP UMNO

Saturday, November 5, 2011

Malaysia Menempah Bala Dan laknat Allah?

Kredit : http://kerabubersuara.blogspot.com Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen, seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn. Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin. Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya di kalangan generasi muda. Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini. Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini. Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat non-Muslim sahaja. Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat non-Muslim tetapi lebih kepada membenteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah. Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia. Samada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan. Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini. Firman Allah; “Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36) Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut. Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu-bapa, guru-guru, para ilmuan, penguat kuasa undang-undang & agama dan kerajaan. Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah swt. Kepada para ibu-bapa, jagalah pembesaran & pergaulan anak-anak anda. Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda. Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini. Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini. Kepada para ulama dan ilmuan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai. Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini. Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan selanjutkan kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan. Ya Allah selamatkan kami dari malapetaka kejahilan umat ini…. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Selepas Arwah Dato' . Siapa????

Alfatihah.....Hari ini genaplah seminggu Allahyarham Dato' Raman Suliman kembali ke Rahmatullah.Seminggu jugalah anak anak UMNO kehilangan bapanya. Ada yang sedih , ada yang gembira dan ada yang masih terpinga pinga tak tahu kepunca kata orang utara.Apapun Paritbuntaq mohon maaf jika tulisan selama ini menyinggung peribadi arwah. Kita tidak dapat menolak kenyataan , yang terlalu banyak juga jasa yang dibuat oleh arwah semasa memimpin Parit Buntar. Kalau yang tak pernah balik kampung sejak 10 tahun lepas , cubalah pulang sekarang. Tengok sendiri bagaimana majunya Parit Buntar. Memang adat manusia bila kita kehilangan baru terasa . Bila ada nak bergaduh bila tiada barulah rindu rinduan. Setiap pemimpin ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Bersedialah barisan kepimpinan baru UMNO Parit Buntar. Perlu ingat!!!!!!! kalau PRU kali ini gagal untuk merebut kembali kerusi DUN dan Parlimen Parit Buntar , siapa pula yang hendak dipersalahkan.... Tepuk Dada Tanya Selera...