UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Thursday, January 3, 2013

Syaitan Bisu

Golongan ulama dalam Pas diminta tampil menyatakan pendirian berhubung tuntutan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Golongan ulama dalam Pas tidak sepatutnya menjadi 'syaitan bisu' sebaliknya sepakat dengan umat Islam lain berhubung penggunaan kalimah tersebut yang tidak boleh dipermainkan kerana sangat mulia.
Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini juga sudah sepakat agama lain tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

"Dengan sebab itu, saya harapkan ulama Pas janganlah sampai menggadaikan ajaran Islam kerana kepentingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Sebelum ini, kita dengar orang Pas tahu kalimah Allah itu paling mulia dan tak boleh dimain-mainkan, tapi kerana mahu jaga kepentingan politik, ulama Pas ini sanggup jadi syaitan bisu.


Sikap sesetengah ulama Pas yang dilihat menyokong kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan membenarkan pemimpin parti politik bukan Islam termasuk DAP menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.
"Kenapa ada sebahagian ulama menyokong konsep yang dibawa Nik Abdul Aziz dan ada sebahagian lain sanggup jadi syaitan bisu?

"Sekarang ulama Pas kena tampil, seluruh umat Islam mesti bersatu, tidak sepatutnya menyebelahi Guan Eng. Mana boleh seorang yang mengucap dua kalimah syahadah, tidak berasa Allah itu kalimah toyyibah (kalimah yang baik),"

No comments: