UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Wednesday, February 24, 2010

Jaguh Melayu

Tidak salah mahu jadi jaguh Melayu tetapi jadilah jaguh yang sebenar benarnya. Berjuanglah dengan ikhlas bukannya E-Class , sebutan hampir serupa tetapi berbeza.

Jangan aniayakan negara dan bangsa kita , kasihanilah generasi akan datang kita ..... kita semua memang sudah tentulah nak jalan , tapi kesianlah anak anak dan cucu kita yang bakal mengambil alih, jangan beri mereka negara yang sudah rosak , sehingga nak repair pun susah ..... halau pemimpin yang jadikan parti politik sebagai alat pengisi kocek dan kantung , sebagai alat untuk memperbanyakkan barang kemas bini , sebagai wadah untuk memperbanyakkan rumah , kereta , tanah , permit , sehingga tujuh keturunan tak habis makan, Terlupakah mereka masih ramai Melayu yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Fokus kita adalah perjuangan dan bukan pertandingan dengan amalan buruk dalam parti. Dalam perjuangan politik .... tempat dan jawatan adalah nombor 2...

No comments: