UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Saturday, February 13, 2010

Menang Dalam Kekalahan

Tahniah atas keputusan dan Kemenangan BN setelah 5 Hakim Mahkamah Rayuan menolak permohonan Kerajaan PR untuk mentadbir negeri Perak. harap semua dapat menerima dengan perasaan tenang dan hati yang terbuka.

Bukan dengan keputusan itu bermakna hidup sudah sampai penghujung jalan. Sabarlah wahai Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. Kalau dah tidak mahu menerima keputusan ini kenapa kes ini dirujuk ke Mahkamah Rayuan. Tenang dulu...

Pelik dengan situasi sekarang. kita hanya mahu menerima keputusan mahkamah yang berpihak kepada kita. Fikirla sendiri. jangan sampai budak budak hingusan pun ketawa melihat telatah pemimpin kita. Tekad kan azam untuk sama sama membangunkan negeri Perak. Bila sampai masanya nanti kita tengok siapa yang kena.

BN pula janganlah mendabik dada. Renungkan kembali betapa teruknya hendak mencapai kemenangan. Kalau difikirkan secara logik akal...BN kalah di Perak dalam PRU 12 , Tewas akibat undi ribuan rakyat tetapi menang undi 3 ADUN yang tidak berprinsip. ini menunjukkan betapa teruknya BN di Perak ...khasnya UMNO.

BN MENANG DALAM KEKALAHAN AKIBAT GERHANA POLITIK UMNO DAN TELAH MELUKAKAN HATI RAKYAT.

Kesian juga melihat pemimpin pemimpin UMNO yang tewas dalam PRU12 tempohari. Mungkin mereka telah berangan berangan nak kembali bertanding kalaulah keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat.... itupun kalau mereka nak bubar DUN... Auta je semua tu 2x5...

Pemimpin Umno lain tak tahulah...tapi kalau di Parit Buntaq ni...ia agaknye...Tapi tak tahulah pulak....dua dua diwar2kan sebagai Wakil MB Perak...tentulah ada peruntukkan....Kalau dah dapat peruntukkan apa perlunya jadi YB .... Camnilah kesimpulannya kalau jadi YB ke tak jadi YB ke janji ader peruntukkan ( ada masyuk )...

Sebenarnya rakyat di Parit Buntaq ni telah lama menolak UMNO. sejak Pak Lah merestui Tok Man menjadi Ketua Bahagian .... Sejak kedua dua Timbalan dan Naibnya kehilangan telur dan menjadi kaki ampu di depan Ketuanya.

Senyumlah wahai pemimpin pemimpin UMNO Parit Buntaq... Jangan kata PAS mengadai maruah orang melayu dengan bersekongkol bersama DAP tetapi renung renungkanlah... siapakah yang menyebabkan UMNO kehilangan kerusi di Perak...Senyumlah sambil menunding jari didunia ini kerana anda belum tentu mampu tersenyum bila berhadapan dengan yang Maha Esa kelak....

No comments: