UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Saturday, July 9, 2011

SUHAKAM?

Dalam pada rakyat semakin gembira kerana ada kemungkinan perhimpunan BERSIH akan dibatalkan; kenyataan terbaru Pengerusi SUHAKAM memang amat mengejutkan. Apa sebenarnya yang Hasmy Agam inginkan? Nak buktikan dia buat kerja? Nak kata bahawa dialah ‘champion’ kepada isu Human Rights dan sebagainya? SUHAKAM ini apa role dan fungsi sebenarnya? Apakah juga menjadi impian SUHAKAM bahawa suasana huru hara akan menjadi sesuatu yang lebih mulia berbanding suasana aman? Begitu?

Hubungan baik Hasmy Agam dan Anwar memang sudah bermula lama. Kita faham bab itu. Tapi janganlah dalam pada kita bersahabat dengan seorang individu; kita jual semua kepentingan majoriti. Human rights bukannya berlaku dalam keadaan vakum. Apakah SUHAKAM menafikan sama sekali hak majoriti senyap untuk memperkatakan mengenai hak mereka? Di mana keadilan SUHAKAM?

Antara kenyataan SUHAKAM:-

Menurut Hasmy, Suhakam juga bimbangdengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.

“Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya.

Memang kita tak pertikai kredibiliti dan kemampuan Hasmy. Tapi janganlah jadikan ‘hubungan personal’ dengan Anwar menjadikan Hasmy gelap mata dan tidak bercakap dalam konteks yang lebih besar. SUHAKAM boleh selesai kalau huru hara tercetus di jalanan? Boleh?

Hasmy kena keluar daripada ‘kepompong’ Anwar dan mula bercakap secara bebas dan independent. Hasmy tak perlu ikut sangat rentak Anwar dalam isu seperti ini.

Memang kita dengar-dengar Hasmy turut ditawarkan untuk menjadi calon PKR dalam PRU yang akan datang – tapi tak perlu nak bertindak luar batas sekarang.

- Gelagat Anwar Wordpress -

No comments: