UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Thursday, May 17, 2012

Buku Jingga Atau AlQuran?

Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan.

Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai disusun dan satu mesyuarat pun tak pernah dibuat.

Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka.

Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.


Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan.


Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jingga juga yang jadi rujukan utama PR.


Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jingga sebagai dasar bersama.


Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jingga yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.


Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari PR.


Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buku Jingga kini dah macam kitab suci lebih diutamakan dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran

Wednesday, May 16, 2012

Nizar Terjah Ceramah UMNO

    
Banyak blog PR memuji tindakan Nizar yang berani hadir ke ceramah UMNO dan tidak kurang juga yang menabur fitnah kononnya penceramah UMNO terus terkedu dan tidak mampu mengutuk Nizar secara berdepan...Hakikatnya tengoklah rakaman ini...kemudian renung renungkanlah....

DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu

DAP yang merupakan sebuah parti yang dimonopoli kaum cina yang sebahagian ahlinya penah menjadi penyebab belakunya peristiwa 13 Mei, sudah pasti tidak sesuai untuk diberi ruang kepercayaan oleh orang Melayu. DAP berteraskan politik perkauman. Itulah yang digambarkan bekas naib Pengerusi DAP. Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sehingga mengambil keputusan meninggalkan DAP dan Tunku Abdul Aziz Buktikan DAP Tidak Layak Dipercayai Oleh Orang Melayu.

Malah DAP dikaitkan mempunyai polisi dan hubungan rapat dengan PAP. Orang melayu Malaysia telah membuka mata sejak lama lagi dengan melihat bagaimana PAP melayan warga melayu Singapura. Menyebabkan kedua-dua alasan ini menjadikan ramai melayu di Malaysia melebel DAP sebabagi parti yang tidak boleh dipercayai.

Berdasar dari hakikat itu DAP telah bertindak memikat orang melayu melalui membawa masuk Tengku Abdul Aziz dan dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP malah lebih agrasif lagi menarik berberapa orang melayu untuk dicalonkan sebagai calon bertanding DAP dalam PRU13.

Dalam Pakatan Rakyat pula DAP menjadi raja kerana mampu mengawal Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menjadi tenaga kerja yang cuba memikat melayu mempercayai DAP. Sehingga PAS sanggup fisabilillah bersama DAP, menjemput sebagai tetamu ceramah di surau-surau. Malah PAS lebih memuliakan DAP dari oarng islam lain. Ini sudah tentu memberi hebuan besar buat DAP meraih kepercayaan masyarakat Melayu.

Tetapi sifat perkauman yang melampau DAP belum juga dapat kikiskan kerana sudah menjadi darah kesumat warga DAP. Sekarang DAP tertekan ketika saat-saat akhir menanti keribaan PRU13 apabila segala yang dirancangnya mula menemui kegagalan. Ini jelas dilihat apabila hanya Tunku Abdul Aziz yang benar-benar berada dalam sistem pentabiran DAP, telah bertindak meninggalkan parti dan memberi alasan DAP berteraskan politik perkauman.

Tuesday, January 3, 2012

Mengapa Bukan Melayu Sokong Anwar

Dikalangan bukan Melayu, sokongan terhadap Anwar kelihatannya lebih kepada kesediaan Anwar untuk menilai semula kepentingan Melayu termasuk berjanji untuk menghapuskan DEB. Disini soalan perlu diajukan kepada Anwar apakah benar caranya untuk mendapatkan sokongan politik dari kaum bukan Melayu ialah dengan menggadaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera?

Anwar mungkin boleh berdolak-dalik dengan mengatakan dia akan menggantikna DEB dengan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang akan turut memuatkan beberapa polisi dan dasar-dasar yang telah sedia ada didalam DEB. Hakikatnya, apakah yang diharapkan oleh kaum bukan Melayu terutamanya yang muda seperti Vooi How? Yang nyata, mereka percaya jika Anwar menjadi Perdana Menteri, selain DEB, dasar-dasar keistimewaan untuk Melayu/Bumiputera seperti kuota-kuota berkaitan pelajaran dan biasiswa (yang termaktub didalam perlembagaan) akan turut berubah jika tidak dihapuskan samasekali. Jika itu yang dijanjikan oleh Anwar kepada kaum bukan Melayu, adakah Anwar berani untuk menjelaskannya secara terbuka kepada orang Melayu/Bumiputera dan bukan berselindung disebalik kata-kata yang kabur ataupun ambiguous.

Penerangan yang jelas dan terperinci dari Anwar mengenai perkara ini amat perlu kerana orang Melayu tidak boleh mengharapkan kepentingan mereka akan terjamin semata-mata kerana percaya bahawa tidak mungkin Anwar akan menggadaikan kepentingan bangsanya sendiri. Keadaan ini lebih mendesak kerana dipercayai, jika PR berjaya menubuhkan kerajaan, majoriti ahli-ahli parlimen didalam gabongan itu akan terdiri daripada kaum bukan Melayu. Jika itu terjadi, sudah pasti Anwar dan ahli-ahli parlimen Melayu/Bumiputera tidak berada didalam kedudukan yang kuat untuk membuat permintaan ataupun – not in position to have a strong bargaining power. Dan jika diperhatikan perlakuan-perlakuan Anwar sekarang serta pergantungannya yang kuat kepada DAP dan sokongan bukan Melayu, adalah tidak mustahil dia akan menurut telunjuk bukan Melayu untuk menghapuskan atau mengurangkan kepentingan-kepentingan Melayu, terutamanya yang tidak diperincikan didalam perlembagaan. Kerana itu, orang Melayu perlu bertanya kepada Anwar supaya menerangkan secara jelas apakah perancangan dan halatuju orang Melayu jika dia memerintah.