UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Friday, September 25, 2009

Cerita Mantan Ahli Parlimen Parit Buntaq

CERITA BEKAS AHLI PARLIMEN KITA – DATUK HASSAN ALI

Tak habis-habis cerita pasal Datuk Hassan Ali. Beliau disifatkan oleh sesetengah rakan Pakatan sebagai hipokrit, duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan berbagai-bagai lagi.

Hanya Pakatan Rakyat Selangor yang amat tahu cerita sebenarnya. Kami hanya tahu luarannya saja. Secara tersurat, kami hanya tahu beliau mahu perjalanan SELCAT dibuat secara tertutup, untuk menjaga aib penjawat awam.

Beliau juga diungkit oleh Tun Mahathir, kononnya Kerajaan membelanja RM1.0 juta untuk beliau membuat PhD sehingga membawa title Doktor. Banyak tu. Mungkin orang akademik boleh memberi komen, sejauhmana jumlah duit itu ada kebenarannya. PhD apa tu, apa kajiannya, berapa tahun dia buat penyelidikan, siapa yang jadi bahan kajiannya?

Tujuan Selcat adalah jelas, untuk mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan bukan untuk mengaib atau memalukan serta menjatuhkan kewibawaan sesiapa.
Tindakan Hassan membela pegawai kerajaan adalah benar. Kalau kereta, mereka ibarat enjin. Mereka hanya menjalankan tugas atau arahan. Memang tidak dinafikan ada pegawai kerajaan yang bermasalah, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan semua pegawai kerajaan adalah bermasalah.
Justeru, tindakan Hassan adalah benar, sekurang-kurangnya untuk mengelakkan persepsi buruk awam terhadap ‘enjin’ kerajaan.

Tiada ruginya pandangan Hassan didengari. Kalau Hassan dikira tidak betul apabila mengkritik Selcat melalui media, itu tidak bermakna pandangan Hassan tidak boleh dipakai. Apa salahnya, DAP dan kerajaan Selangor menganggap teguran Hassan melalui media itu sebagai salah satu daripada ciri-ciri keterbukaan Pakatan Rakyat untuk saling tegur-menegur.
Media hanya medium. Apa yang penting ialah teguran Hassan. Tiada salahnya teguran Hassan itu.

KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

No comments: