UMNO tidak gemar menerima orang lain kedalam kumpulan mereka, mereka ibarat membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesama mereka saja. UMNO lebih suka pintunya tertutup sedangkan parti yang satu lagi itu suka membuka pintunya seluas-luasnya kepada sesiapa saja.
"Mengkritik tidak bererti menentang, Memuji tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Wednesday, December 7, 2011

Borang Bantuan RM500

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan ketua kampung termasuk ketua kampung baru membuka bilik gerakan masing-masing bagi memudahkan orang ramai mendapatkan borang pemberian bantuan RM500 pada 10 Dis ini.

Beliau berkata, pengedaran borang itu akan dilakukan sehingga 9 Jan depan bagi memudahkan individu yang tergolong dalam kategori berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, memperolehi borang tersebut.

“Sekiranya terdapat ketua kampung yang tidak buka bilik gerakan mereka,pemohon hendaklah melaporkannya kepada pejabat negeri atau pejabat daerah. Saya berharap penghulu kampung melakukan pemantauan untuk memastikan pengedaran borang ini dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.

“Barangkali borang yang akan diedarkan tidak mencukupi untuk pemohon, jadi saya minta agar semua ketua kampung dan pihak bertanggungjawab buat salinan (fotostat) borang itu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya hari ini.

Zambry berkata borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di semua Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional,pejabat-pejabat penghulu dan kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh Perak.

“Pembayaran bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai 16 Januari depan di mana tarikh sebenar dan lokasi-lokasi majlis penyerahan baucer tunai akan ditentukan oleh pejabat-pejabat daerah dan tanah. Pemohon-pemohon akan dihubungi kemudian,” katanya.

Zambry turut menegaskan bahawa borang tersebut adalah percuma, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengenakan bayaran maka pemohon perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa atau pejabat daerah.

“Pemohon juga boleh mendapatkan borang itu dengan memuat turun daripada internet melalui laman web LHDN. Janganlah ada pihak ambil kesempatan untuk jual borang-borang ini bagi mengaut keuntungan,” katanya.

Individu yang layak menerima bantuan adalah yang berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) yang mempunyai tanggungan serta warga emas sebatang kara.

-Bernama-

Tuesday, December 6, 2011

PB Dulu Kini Dan Selama - lamanya....

Sejak arwah Dato Abdul Raman Suliman meninggal dunia dan seterusnya menanggalkan sarung politiknya di Parit Buntar tugas berikutnya di pikul pula oleh Haji Mohd Salleh Bin Mat Disa dan En. Abu Bakar Bin Mat Ali.Pelbagai onak ..suka dan duka yang bakal di tempuh lebih-lebih lagi apabila terpaksa merampas kembali takhta dan dinasti BN Parit Buntar yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Parit Buntar ada pelbagai suku kaum yang pelik-pelik yang cuba menguasai persada politik.. Antaranya puak-puak asal ( orang lama ) yang kita dah tahu suka memecahbelahkan perpaduan dan ikatan antara orang-orang Umno dengan budaya tikam menikam,kuncu-kuncu trojan horse.. yang sejak kebelakangan ini menggila untuk mengenepikan puak-puak Arwah Dato Ketua Bahagian.

Kisah ini khabarnya tentang seorang bekas YB mungkin dua bekas YB yang dari dulu cuba melobi untuk mendapat gelaran Dato' tapi sampai sekarang belum terbuka di hati atau mendapat pekenan DYMM Sultan Perak. dah xder rezeki nak buat camno...bersyukurlah dengan gelaran datok ( atok ) yang diberikan oleh cucu-cucu dirumah , kan lebih baik Insyaallah cucu-cucu tu akan terus mendoakan atoknya bila atoknya dah kembali nanti.

Bekas YB ini merupakan seteru kuat Allahyarham Dato' Ketua Bahagian . Sehinggakan ada pendapat yang mengatakan punca UMNO Parit Buntar tidak boleh bersatu adalah kerana dua insan inilah . Bekas YB ni lebih kepada bersikap low profile ataupun baling batu sembunyi tangan. Beliau akan cuba menguasai siapa sahaja yang berjawatan di peringkat kepimpinan bahagian supaya mengikut telunjuk beliau...ada masyuk la tu.

Khabarnya juga beliau sedang kuat melobi supaya orang-orang yang senang dicucuk hidung olehnya dan sedang mengait menggunakan galah panjang ke pucuk pimpinan atas supaya meletakkan sipolan sipolan di DUN dan Parlimen . Maklumlah dulu mereka ada mengatakan kekalahan BN di Parit Buntar kerana meletakkan Arwah Dato' Ketua Bahagian sebagai cal0n parlimen.....kalau betul kenapa di DUN pun BN tewas....

Kempen sedang kuat dijalankan, terkejut juga bila dengar berita yang ramai mengaku telah ditemuramah dan diminta resume oleh SB untuk dicalonkan.entah siapa lah pulak muka-muka trojan try yang bakal menghiasi persada politik BN Parit Buntar nanti.


Rakyat juga yang tertipu dan terkedu..lepas mulut Naga... masuk juga balik ke mulut buaya... Peringatan dan pengajaran yang boleh kita ambil... jangan sibuk-sibuk lah nak berkempen untuk diri sendiri...Sepatutnya kita bersama-sama bekerja untuk menaikkan semangat rakyat sayangkan kerajaan BN semula... Soal siapa nak jadi calon itu biarlah keputusan di atas.. Tentu agak jelek dan dengkel kalau kita empunya badan terjelir-jelir lidah mengidamkan sesuatu jawatan dalam konteks pemerintahan.

JANGAN AMBIL HATI YA... SEKADAR MENGINGATKAN.. SALAM PERJUANGAN DAN SALAM 1 MALAYSIA

Tuesday, November 29, 2011

PAS Ketawa Pemimpin Melayu DiHina

‘Hitam metalik’ – itu adalah ungkapan yang ditujukan kepada Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak. Disusuli pula dengan ungkapan ‘HARAMJADAH’ atau dalam bahasa Melayunya, ‘ANAK HARAM’. HARAM JADAH yang bermaksud ANAK YANG DILAHIRKAN LUAR NIKAH.

Hanya kerana Zambry Abdul Kadir menjadi Menteri Besar setelah Pakatan tumbang di Perak, maka Nga Kor Meng melabelkan Zambry sebagai ANAK HARAM dan para pengikut PAS yang mendengar maki hamunnya itu tersenyum dan ketawa?

Mengapa begitu teruk taraf seorang Setiausaha DAP Perak yang sangat disayangi oleh ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin PAS? Apakah kehilangan kuasa dan genggaman ke atas pentadbiran Perak menjadikan Nga Kor Meng tidak lagi boleh berfikiran waras dan dengan sembrono melabelkan seseorang sebagai ANAK LUAR NIKAH?

Buat Sahabat Bukan Melayu

Apakah dengan kuota, hak istemewa Melayu, bukan melayu bertambah papa kedana?
Apakah dengan kuota dan hak istimewa melayu, kuil, tok kong, gereja, habis dimusnahkan??
Apakah dengan kuota dan Hak istimewa Melayu Bukan Melayu kehilangan perniagaan berbilion bilion ringgit??
Apakah dengan kuota dan hak istimewa Melayu bilanagn pelajar bukan melayu semakin berkurangan??
Apakah dengan kuota dan hak istimewa melayu , sekolah sekolah rendah China dan Tamil di hapuskan??
Atau adakah bukan Melayu tidak berpuas hati selagi kuasa politik belum digenggaman mereka?
Atau adakah bukan melayu mahu segala galanya menjadi milik mereka??
Apakah bukan Melayu yakin kalau kuasa politik ditangan mereka, mereka akan lebih adil, lenih senang, lebih makmur, lebih aman??
Apakah mereka tidak terfikir Melayu akan memberontak dan akhirnya semua yang dikuasai sama ada ekonomi mahupun politik, akan berantakan???
Apakah mereka fikir Melayu akan sewenang wenangnya menggadaikan maruah, bangsa dan agama mereka ?
Apakah mereka fikir Melayu akan semudah itu membiarkan dan menyerahkan Malaysia sebagaimana Singapura diserahkan dahulu?
Apakah bukan melayu fikir Melayu sudah begitu lemah sehingga boleh diperlekehkan??
Apakah bukan Melayu mahu cari susah???